Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Tuesday, December 1, 2009


Tauhid tiga serangkai disyariat dalam Islam?

MINGGU ini kita menyambung kembali persoalan tauhid tiga serangkai yang telah pun diberikan lontaran awal pada dua minggu lepas. Sebelum soalan pertama dilontarkan mengenai tauhid tiga serangkai atau tauhid tiga bahagian yang diformulasikan atau direka oleh Ibnu Taimiyyah ini,

sebaiknya kita melihat dahulu secara ringkas definisi yang diberikan kepada ketiga-tiga tauhid ini.

Tauhid rububiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada ciptaan, pemerintahan, takdir, pentadbiran dan perbuatan-Nya serta dalam memberikan suatu kesan.

Manakala tauhid uluhiah didefinisikan dengan makna mengesakan Allah dalam hal peribadatan tanpa mengambil seorang manusia pun bersama Allah sebagai sembahan.

Tauhid Asma' dan Sifat pula didefinisikan dengan makna mengesakan Allah pada apa yang dinamakan dan disifatkan dengan diri-Nya, sebagaimana yang terdapat di dalam kitab-Nya atau yang didapati daripada lidah nabi-Nya yang telah menetapkan dengan apa yang telah ditetapkan bagi diri-Nya.

Dalam membincangkan pembahagian ini, maka perkara utama yang perlu dipersoalkan dan bincangkan ialah adakah pembahagian ini telah dinaskan oleh syarak dan terdapat dalil-dalil yang menunjukkan ke atasnya? Adakah pembahagian ini merupakan perkara yang disyariatkan ataupun perkara baru yang dicipta (bidaah)?

Persoalan ini, mengandungi beberapa jawapan:

Jawapan Pertama

Ibnu Taimiyyah yang merupakan pereka pembahagian tauhid ini mendakwa dirinya bermazhab Hanbali.

Namun Imam Ahmad ibnu Hanbal r.a. sendiri, yang dikatakan menjadi tempat sandaran bagi orang-orang yang melakukan pembahagian tauhid bidaah ini, tidak pernah menyatakan bahawa tauhid itu mempunyai beberapa bahagian; tauhid rububiah, tauhid uluhiah dan tauhid asma' dan sifat.

Beliau juga tidak pernah menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah, tidak dikira makrifatnya tentang tauhid rububiah kerana tauhid rububiah ini telah diketahui oleh orang musyrikin.

Sesungguhnya akidah Imam Ahmad ibn Hanbal r.a telah disusun di dalam kitab-kitab karangan pengikutnya. Misalnya, di dalam kitab biografinya yang ditulis oleh Ibnu Jauzi dan lain-lainnya, tidak terdapat langsung pembahagian tauhid rekaan ini. Maka dari manakah Ibnu Taimiyyah mengambil tauhid ini?

Jawapan Kedua

Tidak berkata walau seorang daripada Sahabat-sahabat Nabi r.a: "Sesungguhnya tauhid itu ialah tauhid rububiah dan tauhid uluhiah, dan sekiranya seseorang tidak mengetahui tentang tauhid uluhiah, maka tidak dikira makrifahnya tentang tauhid rububiyyah kerana tauhid rububiahini telah diketahui oleh orang musyrikin".

Justeru, saya mencabar kepada setiap orang yang mempunyai ilmu yang mendalam, supayamenaqalkan kepada kami pembahagian yang diada-adakan ini daripada sahabat-sahabat Nabi r.a, sekalipun dengan mengemukakan satu riwayat yang lemah.

Jawapan Ketiga

Tidak terdapat dalam sunnah Nabi SAW yang luas dan menjadi penjelas kepada kitab Allah, sama ada dalam kitab-kitab hadis sahih, sunan-sunan, musnad-musnad dan mu'jam-mu'jam yang menyebut bahawa Nabi SAW pernah bersabda dan mengajar sahabat-sahabatnya, bahawa tauhid itu terbahagi kepada tauhid uluhiah dan juga rububiah yang telah diketahui oleh orang musyrik.

Sekiranya berkumpul jin dan manusia bersama-sama mereka untuk menetapkan bahawa pembahagian ini adalah datang daripada Nabi SAW dengan isnadnya, sekalipun dengan isnad yang lemah, nescaya mereka tidak akan mampu untuk mendatangkannya walaupun dengan satu jalan.

Jawapan Keempat

Telah tercatat dalam sunnah yang banyak, bahawa dalam dakwah Rasulullah SAW mengajak manusia kepada Allah, Baginda SAW menyeru mereka ke arah penyaksian kalimah syahadah:Tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Baginda SAW juga mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala.

Di antara hadis yang paling masyhur menyebut tentang perkara ini ialah hadis Muaz ibnu Jabal r.a. Ketika beliau diutuskan oleh Nabi SAW ke Yaman, Baginda SAW bersabda kepadanya:Serulah mereka kepada penyaksian "Bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah". Sekiranya mereka mentaatinya, maka hendaklah kamu khabarkan kepada mereka bahawa diwajibkan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam. (riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya)

Diriwayatkan oleh pengarang kitab Sunan dan Ibnu Hibban, bahawa seorang Arab Badawi memberitahu Rasulullah SAW bahawa dia telah melihat anak bulan. Lantas Rasulullah SAW memerintahkan supaya berpuasa dan Baginda SAW tidak menyoalnya melainkan tentang pengakuannya terhadap kalimah syahadah. (diriwayatkan oleh Abu Daud, al Nasaei, al Tirmizi dan lain-lain)

Sekiranya tauhid itu terbahagi kepada tiga bahagian sebagaimana yang mereka perkatakan, maka sudah tentulah Nabi SAW menyeru sekelian manusia kepada tauhid uluhiah yang tidak mereka ketahui dan bukannya tauhid rububiah kerana mereka telah mengetahuinya.

Demikian juga, perlulah Baginda SAW bersabda kepada Muaz r.a, "Serulah mereka kepada tauhid uluhiah," dan Baginda SAW bertanya terlebih dahulu kepada orang Arab Badawi yang melihat anak bulan Ramadan, "Adakah kamu mengetahui tentang tauhid uluhiah dan perbezaan di antara tauhid ini dengan tauhid rububiah, dan adakah kamu mengetahui tauhid asma' dan sifat?"

Jawapan Kelima

Di dalam kitab Allah yang ternyata tidak dicemari dengan kebatilan, tidak membezakan di antara tauhid uluhiah dan tauhid rububiah.

Begitu juga tidak dikatakan kepada mereka: Sesiapa yang tidak mengetahui tauhid uluhiah tidak dikira imannya, bahkan dia adalah lebih kafir daripada Firaun dan Haman. Tetapi Allah SWT memerintahkan dengan kalimah tauhid secara mutlak sebagaimana firman Allah SWT kepada Nabi-Nya dalam surah Muhammad ayat 19: Ketahuilah, bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah. Begitu jugalah dengan keseluruhan ayat tauhid yang disebut di dalam al-Quran.

Sekiranya kamu kehendaki, maka bacalah surah al-Ikhlas yang menyamai sepertiga al-Quran. Adakah kamu mendapati di dalamnya ayat yang membezakan di antara uluhiah dan rububiahsebagaimana yang mereka sangkakan?

Jawapan Keenam

Melalui pembahagian yang direka ini, memberi kefahaman kepada kita, seolah-olah Allah masih belum lagi menyempurnakan agama-Nya. Kemudian, datang seseorang yang kononnya untuk menyempurnakan agama Allah yang masih lagi mempunyai kekurangan dan menjelaskan tentang tauhid dan pembahagiannya kepada manusia pada kurun ke-7 Hijrah.

Pada kurun ini, lahirnya pembahagian tauhid uluhiah, rububiah, asma' dan sifat yang dicetuskan oleh Ibnu Taimiyyah (661- 724 H). Seolah-olah semua umat tidak mengetahui tentang apa yang diperkenalkan oleh pemuka-pemuka pembahagian tauhid rekaan ini.

Selepas kita mengetahui jawapan daripada soalan pertama ini, yakinlah kita dengan sempurna bahawa tauhid ini tidak mempunyai sumber yang sah daripada al-Quran dan hadis.

Ia menunjukkan bahawa pembahagian ini hanyalah rekaan semata-mata. Persoalan kedua akan dikemukakan pada minggu hadapan, insya-Allah.

Sumber: Utusan - 30/11/2009

Ilustrasi: Al-Ashairah.blogspot.com (Penulis menggunakan pendekatan ilustrasi kerana mendapat respon yang positif daripada sebahagian pembaca yang menyatakan bahawa ilustrasi memudahkan pemahaman sesuatu isu yang rumit).

9 comments:

Ziarah76 said...

ilustrasi itu amat membantu.
Jazakallah ustaz.

Unknown said...

dari kecik saya dah dengar sifat 20, tapi tak faham-faham sampai sekarang,kerana penerangannya tidak disertai dgn ayat al-quran dan hadis,

bila saya jumpa tawheed 3 serangkai,dan saya baca senang je nak faham,kerana penerangannya disertakan dgn ayat al-quran dan hadis.

Al-Ashairah said...

Semoga Allah beri kefahaman... lebih ramai yang tak dapat nak paham Tauhid 3 serangkai..:)

Ziarah76 said...

dijemput baca posting terbaru saya
http://ziarah76.blogspot.com/2010/02/memenuhi-jemputan-multaqa_09.html

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.

Abou Fateh said...

Mohon beberapa artikel berikut ini untuk dimuat dalam blog antum supaya dibaca orang banyak (syukur2 semuanya). Dari a sampai z membongkar kesesatan ajaran Wahabi. klik

Karya-karya ulama kita yang harus anda baca, klik http://www.facebook.com/note.php?note_id=287937743329&1&index=1

Materi tauhid dalam menjelaskan ALLAH ADA TANPA TEMPAT DAN TANPA ARAH, klik http://www.facebook.com/note.php?note_id=276190138329&1&index=2

Bantahan Terhadap Kaum Anti Takwil [ALLAH MAHA SUCI DARI TEMPAT DAN ARAH; Mewaspadai Ajaran Wahhabi], klik http://www.facebook.com/note.php?note_id=312724543329&1&index=0

Materi penjelasan kesesatan aqidah hulul dan wahdah al-wujud, klik http://www.facebook.com/note.php?note_id=178832598329

Pernyataan sebagian ulama Ahlussunnah terkemuka dalam menjelaskan ALLAH ADA TANPA TEMPAT, klik http://www.facebook.com/note.php?note_id=177358813329

Dari tulisan al-'Arif Billah as-Sayyid Abdullah ibn Alawi al-Haddad (Shahib ar-Ratib); supaya anda kenal siapa Ahlussunnah Wal Jama'ah, klik http://www.facebook.com/note.php?note_id=174232968329

Materi penjelasan hakekat bid'ah dari a sampe z (supaya jangan sembarangan menuduh ahli bid'ah kepada orang lain), klik http://www.facebook.com/note.php?note_id=171331573329

Dari tulisan Imam al-Ghazali dalam menjelaskan bahwa ALLAH ADA TANPA TEMPAT DAN TANPA ARAH, klik http://www.facebook.com/note.php?note_id=171126758329

dan berbagai materi lainnya, banyak buuaaanggeeett... klik aja di sini http://www.facebook.com/notes.php?id=1789501505

Unknown said...

Saya ingin menjawab soalan Muid Nawawi, di

http://www.facebook.com/note.php?note_id=177358813329

yang tertulis:
1. "Ada" juga kan sifat benda?
2. Mengapa "ada" bisa dilekatkan pada "Allah" dan "bergerak" tidak?

Ini adalah pertanyaan yang berulang. Dijawab atau tidak, soalan ini tetap muncul berkali2. Maka jawabannya pun harus berkali2 juga.

1. Sifat "ada" pada benda bukan mutlak. Asalnya benda adalah "tiada".

2. Benda tidak bersifat "ada" semata2. Sifat benda ialah "ada dan binasa" atau "hidup dan mati".

Di dalam Kitab Tafsir Marah Labid Li Kasyfi Ma’na Quran Majid / Tafsir Al-Munir, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, Juzu’ 1, m/s 247, baris 12 dari atas.

Maka, apakala menjadi gelaplah waktu malam, lalu melihatlah Nabi Allah Ibrahim as akan bintang, sedangkan Bintang itu adalah Bintang Zuhrah, dan bintang Zuhrah itu pada langit yang ketiga.

Lalu, berkatalah Nabi Ibrahim as,

“Haza Robbi?”(Inilah Tuhan Ku?),

Yakni, duduk bersama-sama Nabi Ibrahim as dengan bapanya dan qaumnya, yang mana adalah mereka itu orang-orang yang menyembah akan berhala, dan juga bintang-bintang. Apabila tenggelam bintang tersebut, maka berkatalah Nabi Ibrahim as,

“Aku tidak menyukai benda-benda atau perkara-perkara yang hilang.”

Yakni, aku tidak menyukai benda-benda yang berpindah–pindah dari sesuatu tempat, berubah-ubah dari satu hal kepada satu hal yang lain, lagi terdinding (terhalang) dengan dindingan.” (Maksudnya bintang telah terhalang dengan bumi dan tidak nampak lagi. – Pent.)

Maka, apabila ia melihat akan bulan, iaitu apakala bulan mula terbit, lalu berkatalah Nabi Allah Ibrahim as,

“Ini Tuhan Ku?”

Ia terlebih besar dari yang pertama. Perkataan Nabi Ibrahim as ini bertujuan menentang orang-orang yang menyembah akan bintang-bintang. Maka, apakala tenggelam sahaja bulan. Maka, berkatalah Nabi Ibrahim as,

“Jika sekiranya Allah tidak memberikan petunjuk kepada ku,” Mengenal kepada Tuhan yang benar, Nescaya aku daripada orang yang sesat.”

Kerana sesungguhnya, sesuatu yang Nabi Ibrahim as telah lihat itu, memang tidak layak langsung dipanggil tuhan.

Maka, apakala ia melihat akan matahari mula terbit, ia berkata,

“Ini Tuhan Ku? Ini lebih besar,” dari yang pertama (Bintang), dan yang kedua (Bulan).

Dan, apakala menghilang matahari, lalu berkata Nabi Ibrahim as,

Ertinya, "Wahai qaum ku, saya berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan dengan Allah."

(Ini bermakna Nabi Ibrahim as tujukan cakapnya kepada semua mereka yang menyembah Bintang, Bulan dan Matahari kerana memperjelaskan kebenaran di kalangan mereka itu.- Pent.)

Iaitu, Nabi Ibrahim as tidak ada kena mengena dengan qaumnya daripada apa yang mereka sekutukan dengan Allah, daripada benda-benda jirim yang baharu, yang berhajat menjadikan akan dia.

flipflow said...

http://www.youtube.com/watch?v=qXeSmAlLvUU

Mujtahid005 said...

Imam Ahmad bin Hanbal ada sebut tentang Sifat 20?