Pages

Tuesday, March 2, 2010

Beratnya tuduhan “Tidak Ada Dalil” Kepada Para Ulama’

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Sudah agak lama, penulis tidak menjenguk dan menulis di laman ini. Ini adalah keranan penulis masih lagi memikirkan konsep yang patut diketengahkan oleh laman yang serba sederhana ini agar ianya dapat dijadikan koleksi penulisan atau buku pada suatu hari nanti.

2. Penulis bercadang ingin menterjemah beberapa buku kecil yang disusun oleh para ulama’ mengenai Fitnah Wahhabiah ini, dan Insya Allah, penterjemahan akan dimulakan pada “posting” yang akan datang.

4. Dalam penulisan kali ini, penulis ingin membincangkan kata-kata yang sering kita dengari sejak akhir-akhir ini bermain di bibir-bibir orang-orang jahil yang tidak mengerti dan memahami adab dengan para ulama’ dan awliya’, iaitu, “TIDAK ADA DALIL”.

5. Mereka menyatakan dengan begitu mudah bagi hukum-ahkam yang tidak selari dengan “PENDIRIAN WAHHABI” mereka sebagai “TIDAK ADA DALIL”.

6. Sebagai contoh, kata-kata mereka :

  • Kenajisan babi dan anjing TIDAK ADA DALIL
  • Qunut subuh TIDAK ADA DALIL
  • Sambutan Mawlid Nabi TIDAK ADA DALIL
  • Menyapu Muka selepas Solat Sambil berdoa TIDAK ADA DALIL dan (kata mereka) ia adalah Sunnah Fathani.
  • Berzikir Berjemaah Selepas Solat TIDAK ADA DALIL
  • Dan begitu banyak lagi masalah yang tidak terhitung…

Bahkan, lebih daripada itu mereka menuduh amalan tersebut sebagai Bid’ah masyarakat Melayu, jatuh syirik dan kufur dan sebagainya.

7. Tanpa mereka sedari, mereka mendedahkan diri mereka kepada KECELAKAAN yang sangat besar.

8. Mengatakan bahawa hukum ahkam yang diistinbat oleh para ulama’ itu TIDAK ADA DALIL adalah seolah-olah:

  • Menyatakan bahawa para ulama’ mengeluarkan hukum berdasarkan “HAWA NAFSU” mereka. Ini adalah kerana hukum ahkam yang tidak terbit daripada dalil yang muktabar itu sebenarnya terbit daripada hawa nafsu. Secara jelasnya, ini adalah tuduhan yang berat.

  • Menyatakan bahawa mereka telah mengetahui semua dalil-dalil di dalam Shariat Islam sehingga mereka mampu membuat dakwaan bahawa “TIDAK ADA DALIL” bagi hukum ahkam tersebut. Secara jelasnya, ini adalah dakwaan yang sangat palsu.

9. Ramai para ulama’ empat mazhab merupakan para wali Allah dan Allah mengisytiharkan perang terhadap golongan yang memusuhi para Wali-Nya [di dalam sebuah hadis qudsi yang sangat masyhur – Rujuk al-Arba’in al-Nawawiyyah]. Dan para ulama’ menambah: “Berperang dengan Allah itu kufur”.

10. Menuduh para ulama’ dan awliya’ dengan menyatakan bahawa hukum ahkam yang diistinbatkan oleh mereka sebagai “TIDAK ADA DALIL” seolah-olah menyatakan mereka membuat hukum berdasarkan hawa nafsu. Astaghfirullah. [Semoga kaedah: “Lazim al-madhhab lasya bi madhhab” dapat digunakan di sini].

11. Adakah mereka sengaja MEMUSUHI para ulama’ dan wali Allah? dan tanpa mereka sedari Allah MEMUSUHI mereka?

12. Lihatlah kisah-kisah golongan yang memusuhi dan cuba menghina para ulama’ dan Wali Allah yang akhirnya mati di dalam kekufuran seperti kisah Ibnu al-Saqa.

13. Moga-moga selepas ini, kita semua (khasnya golongan Pro-Wahhabi) lebih berhati-hati dalam tutur kata kita berkenaan para ulama’ dan hukum ahkam yang telah diistinbatkan oleh mereka.

14. Janganlah hanya kerana beberapa patah perkataan yang dituturkan tanpa adab oleh seseorang menjadi penyebab ketergelincirannya dalam agama dan seterusnya ke lembah kekufuran dan neraka.

[Ya Allah! Perlindungan-Mu, perlindungan-Mu].