Pages

Tuesday, February 7, 2012

Selawat dan Salam kepada Nabi Tercinta, Dari Umatmu Yang Banyak Berdosa, Semoga Allah Mengampuni

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

Telah datang kepada kita bulan yang telah dimuliakan oleh Allah dengan kelahiran kekasihNya - Junjungan dan Penghulu kita, Nabi Muhammad SAW - ke alam dunia ini. 

Meriahlah alam ini dengan kumandang selawatan, puji-pujian dan nasyid sebagai tanda kecintaan hati-hati umat ini untuk bertemu dan menatap wajah Baginda SAW. 


Walaupun tahu, sememangnya diri yang penuh dosa dan maksiat ini tidak layak, namun tetap yakin bahawa Allah SWT dan  Baginda SAW jauh maha maha kasih, maha pemurah, maha pemberi kemaafan....

Hati yang bisu, lidah yang kelu dari berselawat ke atas-Mu, setelah mendengar nama-Mu, sememangnya milik orang-orang yang ditimpa kecelakaan. 


Apakah wasilah yang lebih dekat kepada Allah berbanding kekasihNya, Tidak ada jalan ke syurga melainkan dengan jalannya,

Ya Allah! Hidupkanlah kami di atas sunnah Baginda SAW, Wafatkanlah kami di atas agama Baginda SAW, Bangkitlah kami bersama Baginda SAW, Dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama Baginda SAW, Jadikanlah kami orang-orang yang hampir dengan Baginda SAW

"Wahai Penghulu segala para rasul, Engkaulah sandaranku selepas pergantungan kepada Allah,
Maka di dunia dan akhirat nanti, Sambutlah tanganku (yang penuh dosa ini)."
 اللهم صل وسلم وبارك عليه وعلى آله