Pages

Monday, March 25, 2013

Semoga Allah SWT Mencucuri Rahmat ke atas Shaykh Dr. Uthman el-Muhammady




Semoga Allah SWT merahmati al-Marhum Shaykh Dr. Uthman el-Muhammady, salah seorang permata ASWJ di bumi Malaysia ini.

Semoga perjuangan ASWJ sentiasa berterusan dan silih berganti dari generasi ke generasi yang lain. Penulis pernah bersama-sama dengan beliau di dalam beberapa urusan dan penulis sangat menghormati serta mengkagumi kebaikan dan kesantunan watak Shaykh kita ini.


Ketika penulis bersama beliau, mulut beliau sentiasa bergerak membaca zikrullah serta jari-jemari beliau sentiasa bergerak menghitung zikrullah. Apabila penulis bertanya adakah beliau ada mengamalkan mana-mana tariqat muktabar, beliau menjawab bahawa beliau beramal dengan amalan yang dianjurkan oleh Imam al-Ghazali r.a.

Satu perkara yang paling sukar dicari ganti ialah kesungguhan beliau dalam mempertahankan ASWJ dalam mendepani golongan seperti Wahhabism, Pluralism, intellectuals yang menyeleweng yang melihat ibadat sebagai ritualism, dan lain-lain. Kefahaman beliau tentang sejarah, aqidah dan bahaya golongan Wahhabiyyah sangat mendalam. Minat beliau yang mendalam di dalam bidang ilmu adalah luar biasa.

Beliau menegur beberapa agamawan agar sentiasa kembali kepada kerangka ASWJ dan beliau sering menekankan agar para ustaz sentiasa kembali kepada kerangka ASWJ.

Semoga Allah SWT merahmati tokoh kita ini dan meletakkan beliau di kalangan para solihin.

Al-Fatihah buat al-Marhum Shaykh Dr. Uthman el-Muhammady..

Pemergian Shaykhuna Dr. al-Buti dan Shaykh Dr. Uthman el Muhammady adalah merupakan kehilangan besar buat pejuang ASWJ dan umat Islam ....................

Firman Allah SWT (al-Ahzab: 23):

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً

[23]Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Friday, March 22, 2013

Semoga Allah SWT merahmati al-Marhum Shaykhana al-Buti


Semoga Allah SWT merahmati al-Marhum Shaykhuna Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti yang telah wafat kerana dibom di dalam Masjid al-Iman di daerah al-Mazra'ah. Dilaporkan sebanyak 42 terbunuh dan 84 yang tercedera. Di antara yang terbunuh ialah cucu Shaykh al-Buti. Sesungguh kewafatan seorang alim ahli sunnah dan jama'ah seumpama beliau menunjukkan bahawa zaman qabd al-ilm bi qabd al-ulama' (ilmu diangkat dengan kewafatan ulama') telah pun tiba.

Pihak kami telah mengerjakan solat bagi jenazah Shaykh yang gha'ib dan sesungguhnya tidak tertahan air mata ini serta pilunya rasa hati ini dengan kewafatan Shaykhuna al-Buti yang telah menjadi sebab kukuhnya kami di atas jalan manhaj Ahli Sunnah dan Jamaah al-Asha'irah.

Semoga Allah SWT merahmati dan memuliakan Shaykh al-Buti yang sangat kami cintai dari lubuk hati kami.

Firman Allah SWT (al-Ahzab: 23):

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً
[23]Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Hati menjadi pilu,
Lidah menjadi kelu,
Air mata mengalir,
Seluruh badan merasakan kejutan,
Mengenangkan pemergian alim yang tiada pengganti seumpamanya,
Semoga Allah SWT merahmatimu dan merahmati kami denganmu.

Al-Fatihah untuk Shaykhina al-Buti..........