Pages

Tuesday, December 31, 2013

Menafikan Tariqah Sufiyyah Yang Muktabar adalah Satu Kekufuran

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam;
Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Buat golongan yang menolak semua tarikat tanpa membezakan di antara tarikat yang muktabar dan tidak muktabar (pada hakikatnya batiniyyah - tak sesuai guna istilah tarikat.

2. Penulis menyediakan dalam bentuk imej JPEG agar mudah dikongsikan dalam semua bentuk laman sosial atau facebook agar maklumat ini sampai ke smart phone setiap individu yang ingin mencari kebenaran.

Semoga bermanfaat.

Sunday, December 29, 2013

Khutbah Jumaat Negeri Pahang Menolak Wahhabiyyah

 Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; 
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; 
Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Alhamdulillah. Pergerakan para ilmuan ASWJ menolak fahaman dan gerakan Wahhabi semakin ketara sejak akhir-akhir ini sehingga golongan Wahhabi merasakan bahangnya.

2. Insha Allah. Sekiranya berkesempatan kami akan ulaskan isu berkaitan "Dulu Wahhabi, kini Ash'ari Jadian" :)

3. Di sini, kami kongsikan khutbah Jumaat yang disusun oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang sejak tahun 2008 atau 2009 lagi dan dibacakan kembali baru-baru ini.


Dapatkan di sini:

4. Insha Allah. Pihak kami akan merumikan khutbah ini pada masa akan datang.

5. Syabas buat negeri Pahang! Bila negeri lain atau Wilayah Persekutuan nak mengikut jejak Pahang ? :)

Semoga ianya memberi manfaat.

Thursday, August 1, 2013

5 Ancaman Besar Umat Islam di Malaysia Masa Kini



Segala puji bagi Allah SWT, Selawat dan Salam diutuskan buat kekasih Allah dan kekasih kami, Saidina Muhammad SAW, dan ahli keluarga serta para sahabat Baginda RA:
 
Lima ancaman besar yang sedang menyerang umat Islam di Malaysia masa kini:

  1. Gerakan Salafi Wahhabi , Irhabi Jihadi
  2. Syiah
  3. Pluralism
  4. Komunis Moden (Kaum Chauvinist)
  5. Missionaries Kristian
Semoga Allah SWT terus memelihara kita daripada dikuasai oleh musuh-musuh kita! Amin.

Sunday, April 14, 2013

Shaykh Said Afandi al-Chirkawi - One of the musrhids who has been targetted by the so-called Salafi Wahabi Jihadi

 

Can you guess who did this?

A bomb blast killed leading Islamic scholar in Dagestan


By Ibrahim Abdulaev : IslamDag.info | 29 Aug 2012
MAKHACHKALA. A woman suicide bomber killed an influential Islamic cleric and six of his followers, including an 11-year-old boy and a woman, in Dagestan on Tuesday.
Said Atsayev, a renowned Sufi Muslim spiritual leader popularly known as Shaykh Said Afandi al-Chirkawi, was killed in an attack when the woman entered his home disguised as his follower and detonated an explosive belt around her waist, Russian media quoted police as saying. The blast happened in the village of Chirkey in the southern republic, which borders Chechnya.
Witnesses say as many as 150,000 of mourners converged on a cemetery for the burial of Said Afandi, and thousands more flocked to his grave the following day. President of Dagestan Magomedsalam Magomedov officially announced August 29 a day of mourning in the republic. All state flags of Russian Federation and the Republic of Dagestan were lowered, and all entertainment programs were cancelled.
Russian police on Wednesday identified the female suicide bomber as Aminat Kurbanova, a 30-year-old resident of Dagestan's capital, Makhachkala. The Interfax news agency claimed she was an ethnic Russian woman (Saprykina) who had converted to Islam after marrying an Islamist militant.
74-year-old Said Afandi, was considered one of the Russia's top spiritual leaders whose tens of thousands of followers include influential officials, clerics and businessmen. His father died when Afandi was just seven years old. After high school he worked as shepherd to financially support his family. He served in the Soviet Army and worked as a firefighter before coming to religion at the age of 32.
In his last years, Said Afandi mostly wrote books, many of which were translated into Russian and English. He was also fond of poetry, and was a keen poet himself. He never asked people to join tariqa or follow Sufism, but his followers are found all over Russia and beyond and condolences are received from all over the world.
"I express my deepest condolences to the family of Shaykh Said Afandi and all the families of the victims," Russian President Vladimir Putin wrote in a telegram. "His unwavering reputation with hundreds of thousands of believers was undeniable. This vile and cynical attack caused outrage and indignation of all Russian citizens regardless of their religion."
In one of his interviews he said that it is not allowed to call people to Sufism. “It’s the law of Sufis, we cannot invite people, and count them”, he said. “But if a person comes with his own initiative, then we cannot decline, whoever comes, Russian, Jew or Avar, I must accept him and teach him”.
In another interview Said Afandi is quoted to have said if a killer enters his house he will not prevent him from taking his life.“Let him answer before God for taking my life, than me,” he said. His modest house had no any security measures and was always full with visitors, anyone wishing to meet him had access to his house.
Dagestan is a multiethnic and predominantly Muslim province of nearly 3 million people on the oil-rich Caspian Sea. The mystical Muslim orders of Sufis have for centuries been popular here and in neighboring provinces of Russia's Caucasus region, and their leaders and adherents survived decades of Communist persecution. The Sufi brotherhoods are fiercely opposed to radical and militant Salafis that have mushroomed across the region.
Attacks against spiritual leaders in Russia have been on the rise recently. Militants have increasingly been targeting moderate Muslim leaders who have criticized extreme forms of Islam. Just months ago, a local imam was killed and the mosque set on fire in a small village in the republic. In March, `Abdulghafuril Muhammad, the imam of a mosque in Buynaksk, a city in Dagestan, was assassinated by a remote-controlled explosive device. Sirajudin Haji Israfilov, the imam of a mosque in the town of Derbent, was shot dead at his home in October. Maksud Sadikov, rector of Institute of Theology and International Relations was victim of another such attack last year. Less than two months ago, Ildus Faizov the mufti of the Russian Republic of Tatarstan was seriously injured in a car bomb, and another cleric former deputy mufti Valiulla Yakupov was gunned down outside his apartment in the republic's capital, Kazan on the same day.
Said Afandi had recently initiated peace talks between Sufis and Salafis in the republic and many experts believe that this terrorist act is an attempt to abort peacekeeping efforts in the region and to escalate the situation in southern Russia.
Moscow is struggling to contain an Islamic insurgency in North Caucasus region, nearly a decade after fighting two wars against separatists in Chechnya. Russia claims the region is largely under control, but sporadic bombings, assassinations and attacks on government facilities and troops continue.
Female suicide bombers are often called "black widows" in Russia because many of them are the wives, or relatives, of militants who have been killed by security forces. Some women are driven more by personal revenge for slain relatives than by promises of martyrdom and reward in the afterlife, while others are sent on such attacks against their will, experts say.
Muslims are a large minority of some 20 million in Russia, a country of 143 million people.

Monday, March 25, 2013

Semoga Allah SWT Mencucuri Rahmat ke atas Shaykh Dr. Uthman el-Muhammady




Semoga Allah SWT merahmati al-Marhum Shaykh Dr. Uthman el-Muhammady, salah seorang permata ASWJ di bumi Malaysia ini.

Semoga perjuangan ASWJ sentiasa berterusan dan silih berganti dari generasi ke generasi yang lain. Penulis pernah bersama-sama dengan beliau di dalam beberapa urusan dan penulis sangat menghormati serta mengkagumi kebaikan dan kesantunan watak Shaykh kita ini.


Ketika penulis bersama beliau, mulut beliau sentiasa bergerak membaca zikrullah serta jari-jemari beliau sentiasa bergerak menghitung zikrullah. Apabila penulis bertanya adakah beliau ada mengamalkan mana-mana tariqat muktabar, beliau menjawab bahawa beliau beramal dengan amalan yang dianjurkan oleh Imam al-Ghazali r.a.

Satu perkara yang paling sukar dicari ganti ialah kesungguhan beliau dalam mempertahankan ASWJ dalam mendepani golongan seperti Wahhabism, Pluralism, intellectuals yang menyeleweng yang melihat ibadat sebagai ritualism, dan lain-lain. Kefahaman beliau tentang sejarah, aqidah dan bahaya golongan Wahhabiyyah sangat mendalam. Minat beliau yang mendalam di dalam bidang ilmu adalah luar biasa.

Beliau menegur beberapa agamawan agar sentiasa kembali kepada kerangka ASWJ dan beliau sering menekankan agar para ustaz sentiasa kembali kepada kerangka ASWJ.

Semoga Allah SWT merahmati tokoh kita ini dan meletakkan beliau di kalangan para solihin.

Al-Fatihah buat al-Marhum Shaykh Dr. Uthman el-Muhammady..

Pemergian Shaykhuna Dr. al-Buti dan Shaykh Dr. Uthman el Muhammady adalah merupakan kehilangan besar buat pejuang ASWJ dan umat Islam ....................

Firman Allah SWT (al-Ahzab: 23):

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً

[23]Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Friday, March 22, 2013

Semoga Allah SWT merahmati al-Marhum Shaykhana al-Buti


Semoga Allah SWT merahmati al-Marhum Shaykhuna Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti yang telah wafat kerana dibom di dalam Masjid al-Iman di daerah al-Mazra'ah. Dilaporkan sebanyak 42 terbunuh dan 84 yang tercedera. Di antara yang terbunuh ialah cucu Shaykh al-Buti. Sesungguh kewafatan seorang alim ahli sunnah dan jama'ah seumpama beliau menunjukkan bahawa zaman qabd al-ilm bi qabd al-ulama' (ilmu diangkat dengan kewafatan ulama') telah pun tiba.

Pihak kami telah mengerjakan solat bagi jenazah Shaykh yang gha'ib dan sesungguhnya tidak tertahan air mata ini serta pilunya rasa hati ini dengan kewafatan Shaykhuna al-Buti yang telah menjadi sebab kukuhnya kami di atas jalan manhaj Ahli Sunnah dan Jamaah al-Asha'irah.

Semoga Allah SWT merahmati dan memuliakan Shaykh al-Buti yang sangat kami cintai dari lubuk hati kami.

Firman Allah SWT (al-Ahzab: 23):

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً
[23]Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Hati menjadi pilu,
Lidah menjadi kelu,
Air mata mengalir,
Seluruh badan merasakan kejutan,
Mengenangkan pemergian alim yang tiada pengganti seumpamanya,
Semoga Allah SWT merahmatimu dan merahmati kami denganmu.

Al-Fatihah untuk Shaykhina al-Buti..........