Pages

Sunday, April 4, 2010

Al-Fatihah – Kewafatan Al-Qutub al-Habib Abdul Qadir al-Saqqaf


Al-Qutub al-Habib al-Murabbi Al-‘Alim al-Rabbani Al-‘Allamah al-Sheikh Abdul Qadir Ibn Ahmad Ibn Abd al-Rahman al-Saqqaf telah wafat sebelum terbitnya fajar hari Ahad iaitu bersamaan 19 Rabiul Akhir 1431 H bersamaan 4 April 2010 M…

Semoga Allah merahmati beliau dan merahmati kita semua dengan keberkatan yang dikurniakan kepada beliau dan menempatkan beliau bersama golongan Muqorrabin…

Semoga Allah membangkitkan beliau dan kita semua - dengan berkat kedudukan Kekasih Hati dan Rasul kita Nabi Muhammad SAW, para Anbiya’ a.s., Awliya’, Siddiqin, Shuhada’ dan Solihin - di kalangan orang-orang yang soleh… Amin Ya Rabbal Alamin…

Pemergian seorang ulama' besar ASWJ ... Hati sayu, alam menangisi, suramlah cahaya, beliau telah melalui alam ini, dengan jejak-jejak Nabawi dan Salafus Soleh..

Bagi kita yang masih tinggal?!! Apakah persediaan yang kita bawa?!! Allahu, Allahu.. Wa Muhammadah, Wa Muhammadah.....

Penulis hanya pernah mendengar namanya meniti di bibir guru-guru penulis dengan penuh pujian dan penghormatan.. Penulis sendiri tidak berpeluang berjumpa dengan beliau .. Namun begitu, semoga kasih kepada orang-orang Soleh dan para kekasih Allah menjadi asbab untuk kita semua dibangkitkan bersama mereka semua, Amin Ya Rabbal Alamin...Al-Fatihah....

1 comment:

  1. AS, INNALILLAHI WA INNA ILAIHI ROJIUN, Telah berplang ke rahmatullah auliya allah, abuya al-qutb, sekarang kt tlh di tngggal pergi oleh beliau, tp jasa bliau, kariamatik beliau akn ttp brsm kt slamax

    ReplyDelete