Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Thursday, July 19, 2012


Ulama Rusia mati ditembak


BEBERAPA anggota polis memeriksa bangkai kereta yang membawa Ildus selepas ia hangus akibat letupan bom di Kazan, Rusia semalam.



MOSCOW - Seorang ulama wilayah Tatarstan, Rusia mati ditembak manakala seorang lagi ulama cedera dalam satu letupan bom kereta di Kazan, wilayah Tatarstan, kata beberapa penyiasat semalam.
Beberapa pemimpin tempatan menyatakan, kedua-dua serangan tersebut mempunyai kaitan dengan kritikan mereka terhadap golongan radikal Islam.
Jawatankuasa Siasatan Rusia memberitahu, Timbalan Mufti Tatarstan, Valiulla Yakupov ditembak mati ketika beliau meninggalkan rumahnya di Kazan semalam.
Menurut jawatankuasa itu, Ketua Mufti, Ildus Faizov cedera di kaki selepas bom pada keretanya meletup di pusat bandar tersebut.
Kedua-dua ulama berkenaan merupakan penentang pengikut fahaman Salafi atau Wahabi.
Jurucakap Jawatankuasa Siasatan, Vladimir Markin memberitahu beberapa agensi berita Rusia bahawa agensinya sedang menyiasat aktiviti kedua-dua ulama itu sebagai punca mereka diserang.
Berusia 49 tahun, Ildus menjadi Ketua Mufti Tatarstan pada tahun 2011 dan memulakan operasi membanteras golongan radikal Islam dengan memecat pendakwah Wahabi dan mengharamkan buku agama dari Arab Saudi.
Beliau turut dikritik media di Tatarstan kerana mengaut keuntungan daripada pakej mengerjakan haji anjurannya selain cuba mengawal sebuah masjid yang dikategori sebagai antara tertua dan terbesar di Kazan. - AP
Sumber: Kosmo
----------------------------------------------------------------------------
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;
1. Merujuk berita di atas. Al-Fatihah kepada Timbalan Mufti Tatarstan, Valiulla Yakupov. (Gambar di bawah) . Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang soleh. Amin.

2. Dan semoga Allah menyembuhkan Ketua Mufti Tatarstan, Ildus Faizov (Gambar di bawah). Berita yang sama banyak dilaporkan di dalam media-media antarbangsa yang lain seperti di sini dan di sini.


3. Peristiwa pembunuhan ulama' yang disyaki didalangi oleh Wahhabi Irhabi ini sememangnya mengingatkan kita kepada banyak peristiwa berdarah umat Islam yang dilakukan oleh golongan Khawarij amnya dan Wahhabi khususnya (Rujuk Sejarah Kebangkitan Wahhabi di dalam Inwan al-Majd dan Tarikh Najd). Begitu ramai ulama' yang terkorban di tangan Wahhabi Irhabi. Allahu al-Musta'an.
4. Negara-negara balkan sedang cuba bangkit dalam kewangan Islam seperti Kazakhstan sendiri telah menubuhkan Kaz Haj yang menyerupai model Tabung Haji dengan bantuan Amanah Raya Berhad (Malaysia) dan Tatarstan bercadang untuk mengintai peluang penerbitan sukuk dengan Amanah Raya Berhad (Malaysia). 
5. Negara-negara Balkan sememangnya pernah menjadi pusat ilmu Islam sehingga digambarkan ketinggian ilmu di Bukhara menyamai perbincangan ilmu di Baghdad. 
6. Semoga negara-negara Islam Balkan kembali bangkit dan semoga Allah menjauhkan mereka daripada fahaman-fahaman menyeleweng seperti Wahhabi, Syiah, Islam Liberal, Hizb al-Tahrir, dan lain-lain. Amin Ya Rabbal Alamin.

0 comments: