Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam,
Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;
1. Al-Sheikh Husyan Sami Badwi al-Shafie dilahirkan pada 1320H dan wafat pada tahun 1362 H merupakan seorang ahli tafsir dan ahli hadis bermazhab Shafi'e daripada keluaran ulama' Al-Azhar. Melalui buku ini, kita mendapati beliau menolak dengan sangat tegas fahaman Wahabi yang membawa Aqidah Tashbih & Tajsim yang sedang mula bertapak di Mesir pada waktu itu.
2. Buku “al-Hujjah al-Damighah li shubhat al-mujassimah al-za’ighah” [Yang Bermaksud: Hujah Yang Mampu Mematahkan Shubhat-shubhat Golongan Pentajsim Yang Menyeleweng daripada Kebenaran” merupakan salah satu daripada risalah yang telah beliau karang pada zaman beliau di awal kebangkitan fahaman Tashbih dan Tajsim di Mesir yang dibawa oleh puak yang menggelar diri mereka “Ansar al-Sunnah”.
Komen penulis: Kalau tak silap, puak ini masih ada di Mesir dan merekalah yang bertanggungjawab mengumpul semula fatwa-fatwa Ibnu Taymiyyah menjadi satu majmu’ah (kumpulan) fatwa.
Di dalam buku ini, beliau menyatakan bahawa beliau akan terus menumpukan usaha memerangi golongan yang membawa fahaman Tashbih dan Tajsim ini.
3. Yang menarik pada muqaddimah buku kecil ini, pihak penerbit buku ini ada menyatakan rasa kesalnya dengan senario “membisu” di kalangan sebahagian orang berilmu:
“Setiap daripada kami berharap semoga risalah ini – dan yang lain-lain yang kami berazam untuk menerbitkannya/menyebarkannya – diterima baik dan tersebar, pada waktu di mana golongan-golongan yang memiliki kebenaran mendiamkan diri daripada berterus terang, kerana takut, rendah hina dan tunduk demi menjaga pekerjaan dan pangkat, undangan ke seminar-seminar, dan penyertaan di dalam perhimpunan-perhimpunan.”
Komen penulis: Maka hendaklah setiap daripada kita (khasnya para ustaz) menilai diri masing-masing, adakah kita takut menyatakan kebenaran hanya semata-mata takut tidak mendapat tempat di dalam masyarakat untuk berceramah, mengajar? Atau takut tidak mendapat kawan? dan sebagainya?. Pendakyah Wahabi sanggup menerima penolakan daripada masyarakat kerana memperjuangkan aqidah dan fiqh yang menyeleweng, sebaliknya kita yang berada di pihak kebenaran takut untuk bersuara? Fikir-fikirkanlah.
4. Di dalam buku yang kecil ini, al-Sheikh Husayn Sami Badwi dengan terus terang menggunakan tajuk Mushabbihah dan Mujassimah di dalam beberapa bahagiannya dan menceritakan latar belakang fitnah ini, pendapat para ulama’ mengenai golongan Mushabbihah dan Mujassimah, dan kaedah Ahli Sunnah dan Jama’ah memahi ayat al-Quran Muhkam dam Mutashabihat, dan lain-lain. Kemudian beliau menekankan bahawa fitnah Tashbih dan Tajsim telah timbul semula setelah ia terkambus sebelum ini, beliau berkata (ms 30).
“ Dan sesungguhnya telah timbul di zaman kita ini satu golongan yang menjadikan asas pemikiran mereka menyeru kepada mazhab al-Mujassimah yang telah sepakat/ijma’ umat Islam di atas kebathilannya serta penyelewengan para pemikulnya. Dan golongan ini telah memukau masyarakat awam dan seumpama mereka dengan makna-makna zahir ayat-ayat al-Quran dan hadis yang mutashabihat setelah melucutkan mereka daripada kefahaman menyeluruh nas-nas yang muhkam. Hal keadaan mereka itu sebenarnya memesongkan masyarakat awan daripada kaedah yang kukuh dan jalan yang lurus yang telah dipegang secara berterusan oleh umat Islam sejak era Salafus Soleh sehingga ke zaman kita sekarang ini..”.
5. Beliau juga menyatakan empat sebab mengapa golongan seperti ini terpesong dari jalan yang lurus.
Terjemahan:
1. Kejahilan mereka mengenai Allah Yang Maha Agung, dan nama-namaNya yang indah dan sifat-sifatNya yang mulia yang menjadi bukti bahawa Maha Suci Dia SWT daripada menyerupai makhluk ciptaanNya.
2. Kehilangan cahaya hati yang dengannya seorang Mukmin itu dapat membezakan di antara kebenaran dan kebathilan, dan di antara petunjuk dan kesesatan.
3. Kejumudan mereka untuk berpegang dengan makna-makna zahir nas-nas Mutashabihat, dan kealpaan mereka daripada qarinah-qarinah yang menunjukkan kepada penyelidik yang bersikap adil tentang makna yang dikehendaki dengan nas-nas tersebut, sama ada daripada ayat-ayat Muhkamat atau daripada konteks ayat.
4. Kejahilan mereka yang melampau berkenaan majaz (kiasan) bahasa dan keluasan makna bahawa arab dan kaedah penerangan yang diturunkan al-Quran al-Karim dengannya dan yang dituturkan oleh sefasih-sefasih bangsa Arab, iaitu, penghulu dan ketua kita, (Nabi) Muhammad SAW.”
Komen penulis: Insya-Allah, kami akan bentangkan akan datang kata-kata ulama’ bahawa "Di antara pokok-pokok kekufuran itu ialah berpegang dengan semua makna zahir al-Quran dan al-Sunnah".
Huraian
6. Al-Sheikh telah memberi amaran kepada kita semua tentang FITNAH AQIDAH TASHBIH DAN TAJSIM yang sedang melanda umat Islam masa kini sejak dulu lagi. Apakah kita tidak mengambil manfaat pesanan ini?
7. Masihkan kita beranggapan bahawa kita semua tidak perlu menolak Wahabi kerana takut berlaku perpecahan di dalam masyarakat? Atau sebenarnya di dalam diri kita ada shahwat yang tersembunyi yang ingin mencari kedudukan yang baik di dalam masyarakat walaupun terpaksa membiarkan dan merelakan fitnah aqidah ini tersebar di dalam masyarakat? Muhasabah diri dan fikir-fikirkanlah.
Wassalam.
"Hanyasanya yang mengambil peringatan itu adalah golongan ulul-albab".
7 comments:
semoga syariah Islam di bumi Indonesia ditegakkan dengan segera.. kunjungi http://mastersaham.blogspot.com
Anda sendiri tidak membaca tulisan-tulisan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Ibn Katsir, Az-Zahabi, Muhammad Abdul Wahab, Al-Albani, Ibn Baz, Ibn Utsaimin, dll daripada kalangan yang semanhaj dengan mereka.
Bukankah mereka telah menulis juga tentang tidak bolehnya tasybih dan tajsim. bahkan Takyif dan Ta'til.
Sedangkan Allah berfirman:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
"Tiada sesuatupun Yang serupa Dengan Dia, dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat." (as-Syura 42: 11)
Perhatikan ayat di atas menafikan kesamaan Allah dengan makhlukNya:
"Tiada sesuatu Yang serupa dengan Dia..."
Sedangkan ayat selanjutnya menetapkan sifat yang mempunyai kesamaan dari sudut nama/pertuturan iaitu Allah mendengar dan Melihat:
"...Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Akan tetapi dari sudut hakikatNya adalah berbeza. Allah mempunyai sifat kesempurnaan dan makhluk mempunyai sifat lemah kerana ia adalah hamba, dan Allah dalah Tuhan.
Dari sini kaedah salaf ialah hendaklah menghindari daripada:
Ta’thil – adalah menghilangkan makna atau sifat Allah.
Takyif - adalah mempersoalkan hakikat asma’ dan sifat Allah dengan bertanya “bagaimana”.
Tamtsil - adalah menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya.
Allah menafikan jika ada sesuatu yang menyerupai-Nya, dan Dia menetapkan bahawa Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Maka Dia diberi nama dan sifat dengan nama dan sifat yang Dia sendiri berikan untuk diri-Nya dan dengan nama dan sifat yang disampaikan oleh Rasul-Nya (melalui hadis).
Al-Qur’an dan as-Sunnah dalam hal ini tidak boleh dilanggar, kerana tidak seorangpun yang lebih mengetahui Allah daripada Allah sendiri, dan tidak ada sesudah Allah orang yang lebih mengetahui Allah daripada Rasul-Nya.
Maka barangsiapa yang mengingkari nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya atau menamakan Allah dan menyifati-Nya dengan nama-nama dan sifat-sifat makhluk-Nya, menta’wilkannya dari maknanya yang benar (haq), maka dia telah berbicara tentang Allah tanpa ilmu dan berdusta terhadap Allah dan Rasul-Nya.
Allah s.w.t. berfirman:
هَؤُلاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً لَوْلا يَأْتُونَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah? (al-Kahfi 18: 15)
Imam Ibnul Qayyim berkata:
“Manusia banyak berselisih pendapat dalam pelbagai hal hukum, tetapi mereka tidak berselisih dalam memahami ayat-ayat sifat dan juga hadis-hadisnya, sekali pun itu hanya sekali. Bahkan para sahabat dan tabi’in telah bersepakat untuk iqrar (menetapkannya) dan imrar (membiarkan seadanya) disertai dengan pemahaman makna-makan lafaz yang bahawa hal tersebut telah dijelaskan dengan tuntas, dan bahawa menjelaskannya adalah hal yang teramat penting, kerana ia termasuk penyempurnaan bagi perwujudan dua kalimah syahadah, dan penetapannya merupakan hasil kesan tauhid. Maka Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w menjelaskan dengan jelasnya lagi terang tanpa kesamaran dan keraguan yang boleh menimpa ahlul ilmi.” (Mukhtashar shawa’iq Mursalah, 1/15)
Ingatlah bahawa:
1 – Sifat-sifat ini datang dan ditetapkan oleh nas-nas al-Qur’an dan as-Sunnah yang mutawatir. Sedangkan kita diperintahkan mengikuti al-Kitab dan as-Sunnah.
Allah s.w.t. berfirman:
اتَّبِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ
(Katakanlah kepada mereka Wahai Muhammad): "Turutlah apa Yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu... (al-A’raaf 7: 3)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
عليكم بسنتي وسنة الخلقاء الراسدين منبعدي
“Ikutilah sunnahku dan sunnah para khulafa’ Rasyidin sesudahku.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi, ia berkata hadis ini hasan sahih)
Dan Allah s.w.t. berfirman:
وَمَا آتَكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا
...dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya). (al-Hasyr 59: 7)
Ada pun dalam menangani ayat-ayat mutasyabihat sebagaimana firman Allah:
“Dialah yang menurunkan al-Kitab (al-Qur’an) kepadamu. Di antara (isinya) ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah dasar-dasar kandungan al-Qur’an. Dan yang lain (ayat-ayat mutasyabihat). Adapun orang-orang yang hatinya (berpenyakit) cenderung kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat mutsyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Rabb kami”. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.” (Surah Ali Imran, 3: 7)
Al-Imam Ibn Katsir Rahimahullah berkata:
“Ayat-ayat muhkam adalah seperti ayat-ayat yang menasakh (ayat yang lain), atau ayat-ayat yang berkenaan dengan permasalahan halal dan haram, masalah hudud (hukuman atau sanksi), kewajiban-kewajiban, serta perkara-perkara yang diperintahkan dan harus diamalkan.
Manakala ayat mutasyabihat adalah ayat-ayat yang dinasakh, didahulukan, diakhirkan, perumpamaan-perumpamaan, sumpah dan apa yang harus diimani tetapi bukan berupa amal perbuatan.
Muhammad bin Ishaq bin Yasar rahimahullah berkata: Firman Allah (maksudnya): “Di antara (isinya) ada ayat-ayat yang muhkamat”, iaitu di dalamnya berisi hujjah Allah, pedoman bagi para hamba, dan menolak bantahan yang batil. Ayat-ayat muhkam tidak mengalami perubahan yang menyimpang dari apa yang telah ditetapkan.
Seterusnya beliau menjelaskan: Adapun ayat-ayat mutasyabihat mengandungi perkara-perkara yang harus diyakini, yang ada kemungkinan padanya untuk dihuraikan, diubah, bahkan ditakwil. Allah menguji hamba-Nya dengan ayat-ayat tersebut sebagaimana Dia menguji mereka dalam masalah halal dan haram. Ayat-ayat tersebut tidak boleh dibawa kepada makna yang batil dan tidak boleh diselewengkan dari kebenaran.
Kerana itulah Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya): “Adapun orang-orang yang dalam hatinya (berpenyakit) cenderung kepada penyimpangan (zaigh)”, iaitu kesesatan (dhalal). Dan mereka pun keluar dari kebenaran menuju kebatilan. Firman Allah (maksudnya): “Maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat mutasyabihat”, ertinya mereka hanya mengambil ayat-ayat mutasyabihat yang boleh untuk mereka selewengkan dan mereka menggunakannya bagi tujuan yang buruk. Kerana lafaz ayat tersebut boleh mereka bawa kepada makna yang mereka mahu.
Tetapi, tiada ruang bagi mereka untuk menyelwengkan ayat-ayat muhkamat. Kerana ayat-ayat muhkam merupakan penghalang sekaligus hujjah yang mengalahkan mereka. Kerana itulah Allah ‘Azza wa Jalla berfirman (maksudnya): “Untuk menimbulkan fitnah”. Iaitu untuk menyesatkan para pengikut mereka dengan seakan-akan mereka itu membawakan hujjah mereka berdasarkan dalil al-Qur’an. Padahal al-Qur’an adalah hujjah yang membatalkan bid’ah mereka, bukan mendukungnya.
Firman Allah (maksudnya): “Dan untuk mencari-cari takwilnya”, iaitu menyelewengkan maksud bersesuaian dengan apa yang mereka kehendaki. Dan seterusnya (maksudnya): “Tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah”. (Tafsir Ibnu Katsir tafsir ayat 7 surah Ali Imran)
Berkenaan Allah di Atas 'Arasy sebagaimana firman-Nya: “...kemudian Dia beristawa di atas ‘Arsy.” (Surah al-A’raaf, 7: 54) dan juga surah Thoha (20: 5) sebagaimana yang ditanyakan oleh si penanya, begitu juga di dalam beberapa ayat yang lain iaitu Yunus, 10: 3, ar-Ra’d, 13: 2, al-Furqon, 25: 59, as-Sajdah, 32: 4, Al-Imam Ibn Katsir berkata:
“Di dalam menafsirkan ayat ini (al-A’raaf, 7: 54), manusia memiliki pelbagai pandangan yang sangat banyak dan tidak mungkin pada kesempatan ini kami menghuraikannya. Tetapi, pandangan yang kami ikuti berkenaan dengan permasalahan ini adalah pandangan Salaf as-Soleh, seperti Malik, al-Auza’i, ats-Tsauri, al-Laits bin Sa’ad, asy-Syafi’i, Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, dan selainnya yang terdiri dari para imam kaum Muslimin sejak dahulu hingga kini. Mereka berpandangan supaya mengambil (memahami) ayat ini sebagaimana adanya tanpa menanyakan bagaimana (takyif), tidak menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya (tasybih), serta tidak meniadakan sifat tersebut (ta’thil). Sementara itu, yang terlintas di dalam pemikiran kaum mutasyabbih adalah dinafikan dari-Nya kerana Dia tidak serupa dengan sesuatu pun dari makhluk-Nya. Tidak ada sesuatu yang seperti Allah dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Dalam perkara ini, pendapat orang-orang yang menganggap bahawa jika kita menetapkan sifat-sifat itu bagi Allah, bererti kita telah menyerupakan Allah adalah tidak benar. Malahan, yang benar adalah seperti yang diucapkan olrah para imam salaf, di antaranya Imam Nu’aim bin Hammad, syaikh (guru) al-Bukhari rahimahullah, ia berkata: “Barang siapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, bererti ia kufur. Barang siapa yang mengingkari apa yang Allah sifatkan untuk diri-Nya, bererti dia kafir. Tidak ada tasybih (penyerupaan Allah dengan makhluk) pada semua sifat yang dengannya Allah dan rasul-Nya mensifati diri-Nya Subhanahu wa Ta’ala.”
Maka, orang yang menetapkan bagi Allah apa yang disebutkan oleh ayat-ayat yang sharih dan hadis-hadis yang sahih adalah bersesuaian dengan kebesaran Allah dan menafikan dari Allah sifat-sifat kekurangan, bererti ia telah menempuh jalan hidayah.” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir & Adhwa’ ul Bayan di bawah penafsiran ayat 54 surah al-A’raaf)
Maka, ketahuilah mazhab salaf dalam masalah ini lebih terperinci dan lebih taslim. Maka dari itu sedarilah ya akhi fil Islam. Renungilah kembali pendapatmu dalam masalah ini.
Semoga Allah memberi Rahmat ke atasmu.
Wallahua'lam
Assalamu'alaikum Abu Hurairah,
Anda pula tak membaca ke dalam Majmu' Al Fatawa II/427 mengenai ayat ALlah yang bererti : Segala sesuatu pasti binasa kecuali wajahNya telah disebutkan oleh Imam Ibnu Taimiyyah dengan katanya :
Segala sesuatu itu binasa kecuali amal-amal dan selainnya yang dimaksudkan kerana ALlah. Diriwayatkan dari Abil "aliyah bahawa dia berkata : Kecuali sesuatu yang dimaksudkan kerana ALlah.
Dalam Jilid II/428 :
Maksud Wajhun pada Kulli sya'in Halikun illa wajhaHu adalah al Haq
Pada jilid VI/394 ketika menjelaskan firman ALlah yang bererti : Pada hari ketika betis disingkapkan. Ibnu Taimiyah berkata : Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dan sekelompok lainnya bahawa yang dimaksudkan dengan ayat terseut adalah as syiddah (ketakutan).
Menurut Imam Az Zahabi pula :
وتعالى الله أن يحد أو يوصف إلا بما وصف به نفسه أو علمه رسله بالمعنى الذي أراد بلا مثل ولا كيف
Maksudnya: "Maha Suci Allah daripada dibatasi oleh sebarang batasan (samada tempat atau masa) atau Maha Suci Allah juga daripada sebarang sifat melainkan apa yang hanya disifatkan kepada diriNya atau apa yang diajarkan kepada para rasulNya dengan makna yang Dia sendiri kehendaki tanpa sebarang penyerupaan dengan makhluk dan tanpa tatacara…
(Siyar A'lam An-Nubala' 16/97-98)
Anda tidak membaca keseluruhannya.. kerana Ibn Taimiyyah menisbatkan sifat Wajah kepada Allah begitu juga dengan Az-Dzahabi..
Bukan setakat Ibn Taimiyyah mentafsirkan Wajah pada ayat tersebut bermaksud "Zat" Allah..
Malah Imam Bukhari juga menyebut dalam kitab sahihnya dalam 'kitab tafsir' ia menyebut Wajah dengan maksud kerajaan Allah kerana semua makhluk akan binasa kecuali kerajaan Allah termasuk di dalamnya 'Arasy, surga dan neraka.. Akan tetapi dalam masa yang sama Imam Bukhari menisbatkan Wajah Allah pada 'kitab Tauhid' dalam sahihnya dengan meriwayatkan hadis-hadis nabi menyebutkan tentang Wajah Allah tanpa menafikannya dan tidak dikatakannya Wajah disitu adalah kerajaan kerana Allah memang punya wajah..
Berbeza dengan golongan Asha'irah menafikan sifat Wajah, Tangan, Istiwa, Turun dll, serta mengatakan org yg menisbatkan sifat2 tersebut adalah tajsim/tasybih..
Padahal, Allah itu tidak sama dengan makhlukNya, dari segi hakikatNya. Pertanyaan tentang kaifiatnya sesuatu yang bid'ah sebagaimana ucapan Imam Malik.
Sebuah penerangan yang menarik dari Imam Tirmizi ketika menjelaskan tentang hadis tentang Allah menerima sedekah dengan tangan kananNya, lalu Imam Tirmizi menjelaskan di dalam kitabnya sunan Tirmizi:
“Dan sungguh telah berkata tidak seorang daripada ahli ilmu tentang hadis ini dan apa yang seumpamanya daripada riwayat-riwayat tentang al-Sifat dan (tentang) Penurunan Rabb (Allah) Tabaraka wa Ta’ala pada setiap malam ke langit dunia. Mereka berkata riwayat-riwayat seperti ini adalah benar (thabit) dan berimanlah kepada ia dan jangan dibayangkan (seperti apa) dan jangan ditanya bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat). Inilah yang telah diriwayatkan daripada Malik (bin Anas) dan Sufyan bin ‘Uyaynah dan ‘Abdullah bin Mubarak, sesungguhnya mereka telah berkata tentang hadis-hadis seperti ini (yang berkaitan nas-nas al-Sifat): Terimalah ia (berimanlah kepadanya) tanpa mempersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifiat). Dan demikianlah juga pendapat ahli ilmu Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.
Manakala golongan al-Jahmiyyah, mereka mengingkari riwayat-riwayat seperti ini (nas-nas al-Sifat) sambil berkata ini adalah tasybih (penyerupaan dengan makhluk). Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menyebut hal ini tidak sekali dalam kitab-Nya (al-Qur’an) seperti Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan akan tetapi golongan al-Jahmiyyah telah mentakwilkan ayat-ayat ini dan menafsirkannya kepada sesuatu yang berlainan daripada tafsiran ahli ilmu. Mereka (al-Jahmiyyah) berkata sesungguhnya Allah tidak mencipta (Nabi) Adam (‘alaihi salam) dengan Tangan-Nya. Mereka berkata maksud Tangan-Nya di sini adalah kekuatan-Nya.
Padahal berkata Ishaq bin Ibrahim: “Sesungguhnya yang dianggap tasybih (penyerupaan dengan makhluk) hanyalah apabila seseorang berkata Tangan sepertimana tangan (makhluk) atau seumpama tangan (makhluk), Pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk). Justeru apabila seseorang berkata Pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk) maka barulah ia dianggap sebagai Tasybih (penyerupaan).
Namun apabila seseorang berkata sebagaimana firman Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya (al-Qur’an): Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat) dan tidak dikatakan seumpama pendengaran (makhluk) dan tidak juga dikatakan sepertimana pendengaran (makhluk) maka ini tidak dianggap sebagai penyerupaan. Malah ia adalah sepertimana firman Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya (al-Qur’an): Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [al-Syura 42:11]”.
(Lihat Sunan Tirmizi pada Hadis no: 662. (باب ما جاء في فضل الصدق) Bab Keutamaan Sedekah.)
Assalamu'alaikum,
Itu bermakna Ibnu Taimiyyah pun mentakwil/tafsir. Titik.
Sifat dengan zat pun tak tahu nak beza. Sifat itu seperti mendengar, melihat. Zat itu seperti wajah, tangan etc.
---
Berbeza dengan golongan Asha'irah menafikan sifat Wajah, Tangan, Istiwa, Turun dll, serta mengatakan org yg menisbatkan sifat2 tersebut adalah tajsim/tasybih..
Padahal, Allah itu tidak sama dengan makhlukNya, dari segi hakikatNya.
--------
Tangan itu zat, ia hanya membawa manusia kepada memikirkan zat Allah dan menyamakan dengan makhluk walau apapun dalih yang anda nak gunakan.
Sebab itulah dalam ayat “Dan langit itu Kami (Allah) dirikan dengan ayydin (tangan-tangan dalam Bahasa Melayu)…” Imam Ibn Abbas r.a. menta’wilkan aydin dengan makna kekuasaan. (Tafsir At-Tabari: 27/6)
ALlah itu wujud tidak bertempat, istiwa kena serah maknanya pada Allah. Bukan seperti fahaman tajsim dan musyabbihah iaitu menterjemahkannya kepada bahasa lain itu yang dapat erti : bersemayam/duduk.
Ini kalam ulamak salafussoleh mengenai istiwa :
Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menciptakan Arasy, sebagai tanda kekuasaanNya, bukan sebagai tempat untuk Dia duduki” (Al-firaq bainal firaq: 333)
Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesiapa yang beranggapan bahawa, Tuhan kita mahdud (ada ruang lingkup tertentu atau ada had-had tertentu), bererti dia jahil tentang Tuhan Maha Pencipta lagi Tuhan yang disembah” (hilyatul Auliya’: 1/73)
Imam Ali Zainal Abidin bin Al-Husein r.a. berkata: “Sesungguhnya, Engkaulah Allah, yang tidak bertempat” (Ittihaf Saadah Al-Muttaqin: 4/380)
Imam Abu Hanifah r.a. berkata: “...Tidaklah ada sebarang jarak antara Allah s.w.t. dengan makhlukNya” (syarh Fiqh Akbar karangan Ali Al-Qari: 136-137)
Imam As-Syafi’e r.a. berkata: “Allah s.w.t. wujud tidak bertempat. Dia menciptakan tempat, sedangkan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya, sepertimana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak Allah s.w.t. berubah sifatNya atau zatNya.” (ittihaf saadah Al-Muttaqin: 2/24).
Imam At-Tohawi (321H) berkata juga: “Maha Tinggi dan Suci Allah s.w.t. daripada sebarang had, sempadan, anggota, dan alat. Dia tidak tertakluk dalam mana-mana sudut yang enam (tidak bertempat).” (As-Siqaat: 1/1)
Imam Ibn Hibban r.a. juga berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak tertakluk kepada tempat dan masa” (Al-Ihsan fi tartib sahih Ibn Hibban: 4/8)
Ini yang diajarkan oleh Ulamak salaf agar tidak menterjemahkan ayat mutasyabihat itu kepada bahasa lain dan hendaklah dibiarkan sahaja :
kata Abu Ubaid:
“Jika ditanya kepada kami, tentang tafsirannya (ayat-ayat mutasyabihat), maka kami tidak menafsirkannya…”
(Al-Asma’ wa As-Sifat karangan Imam Al-Baihaqi: 355)
Imam Sufian bin Uyainah r.a. berkata:
“Apa yang disifati oleh Allah s.w.t. tentang diriNya dalam kitabNya, maka bacaan perkataan tersebut (seperti yadd) ialah tafsirannya (maknanya, cukuplah dengan menyebut perkataan tersebut, maka itulah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., tanpa perlu tahu makna sebenar dari sudut bahasa ataupun sebegainya- penulis). Tidak boleh seseorang menafsirkannya dengan Bahasa Arab (dengan mengisbatkan sifat tersebut dari sudut Bahasa Arab) ataupun menafsirkannya dengan bahasa Farsi (merujuk kepada menterjemahkan perkataan tersebut kepada bahasa asing, menurut maknanya dari sudut Bahasa Arab, seperti menterjemahkan perkataan Yadd Allah kepada tangan Allah)”
(Al-Asma’ wa As-Sifat: 314).
Begitu juga dengan apa yang diriwayatkan oleh Imam Az-Zahabi dari perkataan Ibn Suraij: “Tidak boleh menterjemahkan sifat-sifatNya (yang mutasyabihat tersebut) ke dalam bahasa selain daripada bahasa Arab”.
Imam Abu Sulaiman Al-Khitobi r.a. berkata:
“Mutasyabihat itu, cukuplah sekadar beriman mengenai sifat tersebut, dan cukuplah dengan mengetahui lafaz yang terzahir.
Adapun maknanya yang sebenar(batinnya), diserahkan kepada Allah s.w.t. semata-mata…”
(Al-Asma’ wa As-Sifat: 454).
Bacalah ini:
http://wahabiah.blogspot.com/2008/12/syubhat-takwil-dalam-akidah-salafiyyah.html
http://mashoori.wordpress.com/2009/05/29/tafwid-antara-makna-dan-kaifiat-i/
http://mashoori.wordpress.com/2009/05/29/tafwid-antara-makna-dan-kaifiat-ii/
http://mashoori.wordpress.com/2009/03/03/awal-wajib-antara-nas-dan-logika/
Semoga anda terbuka menerima kebenaran.
Post a Comment