Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Tuesday, February 3, 2009


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,

Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam,

Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

  

1. Adalah menjadi satu kerisauan yang amat besar apabila penulis melihat ajaran Tauhid ala Wahhabi dan Taymiyyah telah diserap masuk ke dalam silibus dan pembelajaran agama di Malaysia.

 

2. Mengikut ajaran ala Wahhabiyyah dan Taymiyyah, Tauhid dibahagikan kepada tiga bahagian: Pertama: Tauhid Rububiyyah, kedua: Tauhid Uluhiyyah dan ketiga: Tauhid Asma’ dan Sifat. Ramai yang tidak sedar atau tahu tentang hakikat ini.

 

Tauhid Rububiyyah – menyatakan bahawa orang musyrik itu bertauhid – astaghfirullah.

 

Tauhid Uluhiyyah – buat mengkafirkan umat Islam yang bertawassul, bertabarruk, beristighathah dengan para Anbiya’ dan awliya’. – Astaghfirullah.

 

Tauhid Asma’ dan Sifat – menjadikan ayat-ayat mutashabihat sebagai asas tauhid dan meletakkan tashbih dan tajsim sebagai tauhid. Na’uzubillah.

 

Insya-Allah, pihak al-Ashairah akan menerangkan kebathilan setiap satu tauhid versi Taymiyyah dan Wahhabi ini di masa akan datang. Sebenarnya telah banyak penulisan ulama’ mengenai perkara ini. Di Malaysia, tuan-tuang boleh lihat senarai karangan Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki.

 

3. Namun begitu, apabila ada pihak yang berusaha agar pihak berkuasa agama dan pusat pengajian menyemak semula kemasukan ajaran Tauhid Tiga ini ke dalam silibus pengajian agama di Malaysia, terdapat pihak-pihak yang kurang mengerti membantah dan menolak. Penulis berpendapat penolakan ini bukanlah berdasarkan kefahaman yang nyata.

 

4. Kalaulah kebenaran itu tidak jelas bagi mana-mana pihak, baiklah dia berdiam dan berkecuali. Kalau tersilap sokong, termasuk dalam golongan ahli bid’ah pula.

 

5. Dan Alhamdulillah pihak Darul Ifta’ Misriyyah (Pusat Fatwa Republik Mesir) telah menjelaskan bahawa pembahagian Tauhid ala Taymiyyah dan Wahhabiyyah ini adalah TAUHID GOLONGAN KHAWARIJ dan MENYEBABKAN FITNAH TAKFIR (KAFIR MENGKAFIR SESAMA MUSLIM).

 

6. Diharapkan agar pihak berkuasa agama dan institusi pengajian dapat menyemak semula silibus aqidah yang diajar ditempat masing-masing. Tanggungjawab ini akan dipersoalkan di akhirat nanti.

 

7. Penulis masih teringat bahawa di satu seminar anjuran INFAD – Pusat Fatwa, USIM (dulu KUIM) pada tahun 2005 yang telah dihadiri oleh Sheikh Muhammad Saed Ramadhan al-Bouthi. Beliau ditanya tentang pembahagian Tauhid Tiga ini, maka beliau menjawab: 

هذه بدعة اصطلاحية ابتدعها ابن تيمية

“INILAH BID’AH (ISTILAHIYYAH - SEBENARNYA) YANG DILAKUKAN OLEH IBNU TAYMIYYAH.”


Penulis mendengar kata-kata ini daripada mulut beliau sendiri.

  

7. Berikut adalah sebahagian daripada terjemahan kami bagi Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Pusat Fatwa Mesir berkaitan kesesatan Pembahagian Tauhid ala Taymiyyah dan Wahhabiyyah. Oleh kerana fatwanya agak panjang maka kami pilih yang sesuai dan bagi sesiapa yang boleh berbahasa Arab, silalah merujuk ke:

 

http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=6623


TERJEMAHAN:

“Dan pembahagian Tauhid kepada Uluhiyyah dan Rububiyyah adalah daripada pembahagian yang baru yang tidak datang daripada generasi Salafus Soleh. Dan orang pertama yang menciptanya – mengikut pendapat yang masyhur – ialah Sheikh Ibnu Taymiyyah (semoga Allah merahmati beliau),…


Melainkan beliau membawanya kepada had yang melampau sehingga menyangkakan bahawa Tauhid Rububiyyah semata-mata tidak cukup untuk beriman, dan bahawa sesungguhnya golongan Musyrikin itu bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan sesungguhnya ramai daripada golongan umat Islam daripada Mutakallimin (ulama’ tauhid yang menggabungkan naqal dan aqal) dan selain daripada mereka hanyalah bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan mengabaikan Tauhid Uluhiyyah.


Dan pendapat yang menyatakan bahawa sesungguhnya Tauhid Rububiyyah sahaja tidak mencukupi untuk menentukan keimanan adalah pendapat yang bid’ah dan bertentangan dengan ijma’ umat Islam sebelum Ibnu Taymiyyah…


Dan pemikiran-pemikiran takfir ini sebenarnya bersembunyi dengan pendapat-pendapat yang rosak ini dan menjadikannya sebagai jalan untuk menuduh umat Islam dengan syirik dan kufur dengan menyandarkan setiap kefahaman yang salah ini kepada Sheikh Ibnu Taymiyyah (semoga Allah merahmatinya) adalah daripada tipu daya dan usaha menakutkan yang dijalankan oleh pendokong-pendokong pendapat luar (yang bukan daripada Islam ini) untuk mereka memburuk-burukkan kehormatan umat Islam.


Dan inilah sebenarnya hakikat mazhab golongan Khawarij dan telah banyak nas-nas Syariat menyuruh agar kita berhati-hati daripada terjebak ke dalam kebathilannya.”


Kesimpulannya:

  • Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah tidak boleh terpisah.
  • Pembahagian atau pemisahan ini mula dilakukan oleh Ibnu Taymiyyah.
  • Pembahagian tauhid seperti ini bukanlah pembahagian yang bersesuaian dengan tauhid generasi Salafus Soleh.
  • Menyatakan bahawa Tauhid Rububiyyah sahaja tidak cukup untuk menentukan keimanan seseorang yang beriman adalah bertentangan dengan ijma’.
  • Fitnah takfir (kafir-mengkafir) yang timbul daripada pembahagian tauhid seperti ini adalah hakikat mazhab Khawarij (seperti mengkafirkan orang yang bertawassul).

 

Wassalamu ‘alaikum.

Sejahteralah ke atas mereka yang mengikut petunjuk daripada Tuhannya.

12 comments:

xxx said...

Assalamualaikum.

Bukan nak sokong mana-mana pihak. cuma nak menyatakan, tiga tauhid ini menjadi salah satu sukatan pelajaran dalam Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam pada masa sekarang.

Namun, apa yang saya (dan rakan-rakan saya yang lain) faham berbeza dengan apa yang ditulis, terutama Asma' Wa Sifat. Di dalam Asma' Wa Sifat, Asma disandarkan kepada 99 Nama Allah, manakala sifatnya disandarkan kepada Sifat 20.

Boleh Ustaz terangkan kepada saya tentang hal ini. Saya takut saya dan rakan-rakan saya tidak tahu tentang hal yang sebenarnya.

Oh ya, mohon izin agar saya 'link'kan blog ini di blog saya.

xxx said...

Bimbang Ustaz tidak faham tentang pertanyaan saya, biarlah saya menjelaskan apa yang saya dan rakan-rakan saya pelajari tentang tiga konsep tauhid ini di sekolah.

Tauhid Rububiyah - mempercayai Allah itu sebagai penguasa, pencipta, dan pemilik alam (tidak bermakna orang musyrik itu juga orang Islam, kerana tauhid ini sahaja tidak mencukupi).

Tauhid Uluhiyyah - mempercayai dan meyakini bahawa Allah yang berhak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak (paksi utama tauhid ini ialah kalimah syahadah)

Tauhid Asma' Wa Sifat - Allah memiliki nama-nama yang indah (99 Asma al-Husna) dan sifat-sifat yang sempurna (20 Sifat)

Harap Ustaz lebih faham soalan saya sebelumnya dan dapat merungkaikan persoalan saya.

xxx said...

Tambahan lagi: Petikan daripada buku teks Tasawwur Islam Tingkatan 4

Tauhid Uluhiyah: "Orang yang tidak beriman dengan tauhid Uluhiyyah menjadi sesat."

Tauhid Asma' Wa Sifat: "Allah s.w.t. memiiliki 99 nama bagi diri-Nya dan memiliki 41 sifat yang terdiri daripada 20 sifat yang wajib, 20 sifat yang mustahil dan satu sifat yang harus bagi-Nya."

Petikan dari buku rujukan TI:

"3. Jika terdapat seseorang yang membanding nama atau sifat Allah S.W.T. dengan makhluk-Nya, maka hukumnya adalah haram."

Al-Ashairah said...

Insya Allah, saya akan huraikan nanti.
Wassalam.

Al-Ashairah,

Muhammad said...

Diskusi Buku
"Bid'ah Satu Perbincangan Rapi"
Muslimin Muslimat dijemput hadir ke majlis ini pada:

Tarikh :
21 Februari 2009 (Sabtu)
Masa :
Lepas Solat Maghrib
Tempat :
Masjid Asy-Syakirin KLCC

Pendiskusi:
Ustaz Mahfuz Mohammad)
(Pendakwah Bebas)

http://pondokhabib.wordpress.com

ﻤﺤﻤﺩ ﻤﻬﻴﻤﻴﻥ ﺍﺒﻥ ﻤﺯﻟﻥ said...

salam ziarah...

Ikhwan Muslimun Malaysia said...

Assalamualaikum.
Ana bukanlah hendak memihak kepada sesiapa tetapi kita juga masih didalam pembelajaran.

Tauhid Rububiyah - mempercayai Allah itu sebagai penguasa, pencipta, dan pemilik alam (tidak bermakna orang musyrik itu juga orang Islam, kerana tauhid ini sahaja tidak mencukupi).

Tauhid Uluhiyyah - mempercayai dan meyakini bahawa Allah yang berhak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak (paksi utama tauhid ini ialah kalimah syahadah)

Tauhid Asma' Wa Sifat - Allah memiliki nama-nama yang indah (99 Asma al-Husna) dan sifat-sifat yang sempurna (20 Sifat)

Apa yang ana difahamkan dari pensyarah dan ana juga ada bertanyakan kepada pihak jabatan agama.Mereka berkatakan ia tidak sesat sebab ia cuma membahagikan 3 bahagian untuk memudahkan pembalajaran dan ketiga-tiga ini tidak pernah dan tidak boleh di pisahkan.Mungkin ada sebilangan pihak yang mensalah tafsirkan pembahagian.

Apa pendapat anta?

Al-Ashairah said...

Al-Ashairah:

Tak apa. Komentar sememangnya dialu-alukan.

Isu ini memang agak rumit bagi sesiapa yang tidak merujuk kepada penjelasan para ulama' kita yang benar-benar pakar di dalam ilmu Usuluddin seperti Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouthi dll.

Insya-Allah, saya akan bincangkan perkara ini.Cuma nak kene selesaikan isu "Niat kerana Allah" terlebih dahulu.

Wassalam.

zuraima said...

salam. saya ni tak berapa dalam ilmu khususnya taymiyyah. adakah taymiyyah yang dimaksudkan ibn taymiyyah penulis buku al-jawab al-sahih?

AKU DAN PERJUANGANKU said...

salam singgah...

Muhammad said...

Program Ilmu : Ahlulbait, Peranan & tanggungjawab, 23/05/2009, sabtu, 2.00pm di Masjid UKM Bangi, maklumat lanjut klik : http://pondokhabib.wordpress.com

Jack Sparrow said...

Assalamualaikum WBT,

Tuan,

Saya cuma ingin berkongsi, dengan izin Allah SWT saya ke tanah suci, bertemu saya dengan Kiai Haji Ahmad Jamhuri, dan kesempatan itu saya bertanyakan perihal Aliran Wahabi Di Tanah Suci, maka komentar beliau aliran itu haram untuk di ikuti, kerana atas sebab-sebab aliran aqidah yang dibawa, dan dari kitab Ta'lim Mu'ta'alim (Pelita Penuntut) karangan Al-Al'lamah Asy'sheikh Burhanuddin Az Zarnurji jelas menolak pendirian adan aliran "Kaum Muda" ini.

Semoga Allah SWT memelihara kita semua, semoga Tanah Melayu yang pernah menjadi Payung kepada Ahlul Bait berdakwah di masa dahulu akan kembali gemilang dengan lebih ramai Kehadiran Para Habaib dan Ulama' Ahlul Sunnah Waljamaah, InsyaAllah,Amin.