Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan nama Allah SWT, Selawat dan salam ke atas Penghulu Kita yang tercinta, Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda r.anhum,
Pada kali ini, pihak al-Asha'irah bercadang untuk mengemukakan satu aspek yang jarang disebut di Malaysia apabila perbincangan mengenai fahaman Wahhabi dibuat. Namun perkara ini telah pun diketengahkan oleh para ulama' Ahli Sunnah dan Jama'ah dalam sanggahan dan penolakan mereka terhadap fahaman Wahhabi.
Aspek tersebut ialah "FAHAMAN WAHHABIAH" juga membawa satu fahaman yang boleh merapuhkan hubungan umat Islam dengan Nabi Muhammad SAW. Inilah yang telah ditekankan oleh beberapa orang ulama' seperti al-Sayyid Abu al-Hasanayn Abdullah al-Hashimi, al-Sheikh Dr. Subayh Soleh, al-Sheikh Prof. Dr. al-Sayyid Muhammad Ibn al-Sayyid Alawi al-Maliki (Abuya al-Maliki) dan beberapa ulama' lain di dalam kitab-kitab mereka. Apabila hubungan ini telah rapuh, maka umat Islam tidak lagi sensitif apabila Rasulullah SAW disebut sebagai budak kampung atau apabila hari kelahirannya di namakan sebagai sambutan Abu Jahal atau dikatakan bahawa hari kelahirannya itu tidak perlu dibesar2kan. Umat Islam juga tidak menyedari bahawa Rasulullah SAW adalah sebaik-baik wasilah bagi mereka untuk berdoa kepada Allah SWT. Maka, mereka tidak lagi ambil peduli apabila ada pihak yang mengharamkan tawassul, tabarruk dan istighthah dengan Rasulullah SAW sedangkan ia adalah perkara yang telah ijma' dikalangan ulama' Islam terdahulu.

Sikap tidak sensitif dan tidak ambil peduli terhadap kemuliaan Rasulullah SAW hakikatnya lahir dari kejahilan dan sedikitnya rasa hormat dan cinta. Mengapa tidak? Sekiranya umat Islam terdahulu sentiasa meletakkan Rasulullah SAW dalam doa mereka, puji-pujian mereka, syair mereka, qasidah mereka....kini ada pihak yang melihat semua itu adalah bid'ah. Menurut Dr. Subayh Soleh, fitnah yang cuba meruntun rasa hormat dan agung terhadap Nabi Muhammad SAW dari hati umat baginda SAW adalah fitnah Iblis. [Semoga Allah melindungi kita dengan rahmat-Nya].
Di sini adalah beberapa bukti fahaman Wahhabi yang dapat kami ketengahkan setelah menganalisa kedudukan Nabi Muhammad SAW dalam ajaran Wahhabi. Dan kami mencapai kesimpulan bahawa fahaman-fahaman Wahhabi akan menghakis rasa hormat dan kecintaan serta keagungan kepada Rasulullah SAW di dalam hatinya umat baginda SAW. Fahaman-fahaman tersebut ialah:

- Maqam baginda SAW tidak boleh diziarahi. Kalau sesuatu perjalanan itu dilakukan semata-mata untuk menziarah maqam Nabi SAW maka itu adalah safar maksiat yang tidak boleh diqasarkan solat kerananya.
- Tempat lahir baginda SAW tidak perlu dipelihara. Dahulu dijadikan kandang unta, kemudian dijadikan maktabah setelah dibantah oleh para ulama'. Dengarnya sekarang ini, nak jadi tapak Hotel Hilton, tak tahulah.
- Telaga Aris dan Ghars yang mempunyai hubungan yang rapat dengan baginda SAW dikambus dengan hujah menghindari Syirik.
- Tidak boleh mengagungkan Rasulullah SAW dengan alasan takut jatuh syirik.
- Tidak boleh diraikan hari kelahiran baginda SAW. Semua orang dah maklum mengenai hakikat ini.
- Tidak boleh memuji baginda SAW berlebihan. Mereka mengharamkan segala pujian-pujian termasuk qasidah serta syair para ulama' terhadap baginda dengan alasan melampau dalam memuji baginda SAW.
- Tidak boleh berdiri apabila pujian-pujian dan selawat dibacakan untuk beliau.
- Tidak membenarkan berselawat bagi Rasulullah SAW melainkan dengan selawat yang ma'thur. Pada hakikatnya, umat Islam amat digalakkan mencipta atau menyusun puji-pujian yang indah dan cantik kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.
- Hadis-hadis beliau yang sampai kepada kita dengan sanad yang dhai'f diketepikan. Maka banyaklah amalan umat Islam yang tercabut dan tertanggal disebabkan kaedah yang mereka pegang ini.
- Tidak boleh mentaswid baginda SAW atau meletakkan lafaz Sayyidina bagi baginda SAW. Tapi kalau untuk tokoh-tokoh mereka, gelaran Sheikh al-Islam, Mujaddid, Qami' al-Bid;ah, dan lain-lain digunakan.
- Ibu bapa baginda SAW dikatakan sebagai tidak berjaya dari azab neraka [Penulis: Daku berlindung dengan Allah dan Rasul-Nya daripada kata-kata sebegini yang sering bermain di mulut golongan Wahhabi]. Bahkan lebih teruk lagi, datuk baginda SAW, Abdul Mutallib juga dikatakan dengan tuduhan yang sama.
- Tidak boleh menghadiahkan al-Fatihah kepada baginda SAW.
- Selalu mewar-warkan bahawa baginda hanyalah manusia biasa yang mendapat wahyu. Tidak lebih dari itu.
- Menolak banyak hadis yang berkaitan kemuliaan Rasulullah SAW seperti hadis tawassul Nabi Adam a.s. dengan Nabi Muhammad SAW. Golongan Wahhabi berjuang mati-matian untu menolak perkara ini.
- Tidak boleh bertawassul, bertabarruk atau beristighthah dengan Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda. Dengan ini, mereka melihat kedudukan Rasulullah SAW telah menurun dengan kewafatan baginda SAW.
- Menolak hadis tentang kenabian Nabi Muhammad SAW sebelum penciptaan Nabi Adam a.s.
- Mengharamkan Nama Nabi Muhammad SAW dijadikan hiasan di rumah mahupun di masjid.
- Memadam syair-syair pujian kepada Rasulullah SAW yang banyak terdapat di dalam Masjid Nabawi sebelum Masjid Nabawi diambil alih oleh mereka. Maka selepas itu, syair-syair tersebut ditutup dan dipadamkan.
- Istighathah yang berbunyi: Ya Allah Ya Muhammad telah diubah menjadi Ya Allah Ya Majid [Istighathah ini pada asalnya terdapat di Mihrab Rasulullah SAW, namun diubah setelah dikuasai Wahhabi]
- Mereka ingin mengeluarkan maqam Nabi SAW daripada menjadi sebahagian daripada Masjid nabawi. Maka sebahagian ulama' mereka tidak mahu bersembahyang di Masjid Nabawi selagi maqam Rasulullah SAW tidak dikeluarkan.
- Menolak konsep Nur Muhammad SAW yang diterima oleh banyak ulama' sufi.
- Mengharamkan umat Islam menziarahi tempat-tempat bersejarah yang ada hubungan rapat dengan Rasulullah SAW seperti Gua Thur dan Gua Hira'. Maka tidak ramai yang dapat menghayati sirah Rasulullah SAW dengan sebaik-baik penghayatan.
Sebenarnya banyak lagi kesimpulan yang boleh dibuat mengenai kedudukan Nabi Muhammad SAW dari kaca mata Wahhabi. Semua kaedah yang diasaskan oleh mereka ini akan menyebabkan hilang rasa cinta dan hormat kepada Rasulullah SAW. Yang hanya ditekankan oleh mereka ialah ittiba' (mengikut). Itu pun dalam makna yang salah dan berpenyakit. Jarang kita melihat golongan Wahhabi mampu menghuraikan tentang cinta dan rasa hormat serta adab yang perlu ada dalam diri umat Islam terhadap Rasulullah SAW.
Kami teringat sebuah kisah di mana seorang tokoh GERAKAN WAHHABI yang membandingkan Rasulullah SAW dengan sebatang tongkat. Pada satu hari, apabila dia berada di hadapan pengikutnya, dia memerintahkan agar untanya bangun dengan berkata: "Dengan Nama Muhammad! Bangunlah." Tetapi unta tersebut tidak mahu bangun. Dia mengulangkan kata-kata yang sama di hadapan pengikutnya, dan unta tersebut tetap tidak mahu bangun. Lalu dia memukul unta itu dengan tongkatnya, lantas unta itu pun bangun. Dia pun berkata kepada pengikutnya: "Lihatlah! Tongkat aku ini lebih mampu memberi manfaat berbanding [Nabi] Muhammad [SAW di dalam maqam/kubur baginda]". Tujuannya ialah untuk menyatakan bahawa Rasulullah SAW itu tidak mampu berbuat apa-apa selepas wafat. [Astaghfirullah].
Dengan kaedah-kaedah dan fahaman di atas, FAHAMAN WAHHABI secara sedar atau tidak sebenarnya merobohkan rasa cinta dan hormat dalam diri umat Islam kepada Rasulullah SAW.

Soalan yang perlu ditanya oleh setiap daripada kita:
- Di manakah kedudukan Rasulullah SAW di dalam hati kita?
- Apakah yang telah kita lakukan apabila Rasulullah SAW direndah-rendahkan oleh orang Islam yang berfahaman berpenyakit atau orang bukan Islam yang sememangnya nyata sikap permusuhan mereka dengan Islam?
- Adakah kita tidak takut dihalau daripada hawd (telaga) baginda SAW di akhirat nanti kerana terpengaruh dengan fahaman yang cuba menjatuhkan martabat baginda SAW di mata umat baginda SAW?
Fikir-fikirkanlah.
0 comments:
Post a Comment