Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Thursday, November 5, 2009

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1 Sudah agak lama penulis tidak dapat meluangkan masa untuk menulis di ruangan ini. Alhamdulillah, pengajaran bagi semester ini telah pun tamat dan para pelajar penulis pada waktu ini sibuk mengulangkaji bagi peperiksaan akhir. Pada semester yang lepas, penulis terpaksa memberi fokus kepada “subjek-subjek baru” di peringkat pasca siswazah. Semoga Blog al-Ashairah dapat terus berkongsi manfaat dalam memahami fitnah yang sangat gelap di akhir zaman ini. Fitnah yang memakai pakaian agama, menggunakan slogan agama yang memukau, namun pada hakikatnya ia adalah racun yang sangat berbisa dan sukar untuk diubati.

2 Dalam banyak pengajaran yang penulis kelolakan, penulis sentiasa menyatakan bahawa “Bid’ah” itu seumpama RACUN dan “Maksiat” itu umpama NAJIS. NAJIS adalah sesuatu yang buruk dari segi luaran dan dalaman. Orang ramai mudah mengelaknya. RACUN pula pada kebiasaannya mempunyai rupa zahir yang elok dan seringkali dihidangkan dengan makanan bagi membunuh mangsanya. Mangsa mungkin tidak sedar dia sedang memakan racun tersebut. Hanya golongan ulama’ lah yang mampu mengenalpasti RACUN “Bid’ah” tersebut.

3 Pada waktu ini, umat Islam Malaysia dilanda dengan Isu Wahhabi. Ia bukanlah isu yang baru, ia adalah bid’ah yang dijenamakan semula dengan pakaian dan gaya persembahan yang baru.

4 Di dalam sejarah umat Islam, bid’ah-bid’ah yang timbul pada akhirnya dapat dipadamkan kerana bid’ah-bid’ah tersebut tumbuh di kalangan para ulama’ yang muktabar. Para ulama’ muktabar terdahulu telah menjalankan kewajipan dengan begitu baik [Semoga Allah merahmati mereka] dalam menguburkan bid’ah-bid’ah tersebut seumpama bangkai yang tertutup rapat.

5 Namun begitu, di akhir-akhir zaman ini, pada waktu para ulama’ muktabar begitu sedikit dan sukar dikenali, kejahilan agama tersebar luas, keilmuan agama hanya dinilai berdasarkan sijil akademik semata-mata [hakikatnya, ini adalah tanda akhir zaman], maka bangkai-bangkai bid’ah yang digali semula oleh sesetengah manusia dibentangkan sebagai ilmu di tengah-tengah masyarakat. Masyarakat yang kebingungan menjadi keliru, lantas mengambil jalan mudah dalam mempelajari agama ini dengan mengambil apa yang ada di hadapan mata, di TV, Internet, Suratkhabar, dll. Sedangkan disiplin ilmu Islam yang sepatutnya berasaskan “Talaqqi” dan “Suhbah” diabaikan.

6 Penulis ingin berpesan kepada umat Islam di luar sana, khasnya para Bloggers, agar tidak mudah-mudah mengeluarkan kenyataan mengenai Wahhabi jika anda tidak tahu. Ini adalah kerana “saham bid’ah” juga mungkin anda perolehi tanpa anda sedari. Penulis telah melihat banyak penulis dan pelayar internet yang meletakkan komen-komen di website dan blog bagi mempertahankan Wahhabi. Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya mempertahankan bid’ah yang sangat dikeji oleh para ulama’. Imam al-Shafie r.a. pernah berkata: “Aku lebih suka untuk engkau bertemu dengan Allah dengan segala maksiat di atas muka bumi ini kecuali syirik, daripada engkau bertemu dengan Allah nanti dengan sedikit daripada ahwa’ (mengikut hawa nafsu dalam agama, iaitu bid’ah).” Elok juga kalau penulis mengarang berkenaan “BAHANA BID’AH” di masa akan datang.

7 Ramai juga Bloggers yang mencipta teori berdasarkan pandangan politik mereka yang sangat sempit. Rasa sedih melanda penulis apabila melihat orang awam mula bercakap-cakap isu yang sangat serius di dalam agama tanpa ilmu yang jelas. Janganlah sampai perkataan kita ini membawa malang yang besar di akhirat nanti. Saidatina Aishah r.a. pernah berkata: “Barangsiapa yang memuji ahli bid’ah, maka dia telah menolong memusnahkan agama Islam.” Lihatlah betapa buruknya bid’ah di mata para sahabat r.a. AGAMA KAMU, AGAMA KAMU….peliharalah.

8 Ramai juga ahli agama yang mahu mengulas berkenaan isu Wahhabi, tetapi tak ubah seperti kisah “Empat Orang Buta dengan Gajah”. Melihat Wahhabi hanya daripada satu perspektif dan tidak menyeluruh. Maka, ada yang kata Wahhabi macam “tali” kerana memegang belalainya, ada yang kata Wahhabi macam “dinding” kerana memegang badannya, ada yang kata Wahhabi macam “tiang” kerana memegang kakinya, ada yang kata Wahabi macam “daun” kerana memegang telinganya. Ada juga yang kata Wahhabi ini isu “tingkap” sahaja, ada Wahhabi yang kata tak kenal apa itu Wahhabi dan bermacam-macam lagi ulasan yang dibuat tidak berlandaskan pandangan MAJORITI ULAMA’ MUKTABAR, tetapi hanya berdasarkan pandangan peribadi.

9 Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis berdasarkan kaedah al-istiqra’, Wahhabi boleh dilihat dari lima (5) perspektif, iaitu fiqh, aqidah, tasawwuf & tarikat, sejarah dan keselamatan negara.

10 Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif fiqh (e.g. qunut, air musta’mal, kaifiyyat tayammum, dll) sering menyatakan bahawa Wahhabi isu furu’ (cabang), tak perlu diperbesarkan, isu remeh temeh, dsb. Mereka terlupa bahawa Wahhabi juga banyak menolak hukum-hukum fiqh yang telah menjadi ijma’ (e.g. wajib qadha’ solat yang sengaja ditinggalkan, talak tiga dalam satu majlis jatuh tiga, hukum mengikut mazhab muktabar, dll), mereka juga terlupa bahawa Wahhabi banyak MENGHARAMKAN YANG HALAL di dalam ibadat, bahkan Wahhabi banyak mengkafirkan orang lain dalam isu furu’ dan sehingga mencaci hukum ahkam dan mazhab yang disusun oleh para ulama’ dan awliya, dll. Mereka yang melihat Wahhabi sebagai isu furu’ fiqh biasanya sering berkata: “Tak perlulah kita kecoh-kecoh, ini isu furu’ jer, tak usah gaduh….”. Sebenarnya orang seperti ini tidak mengenal Wahhabi sepenuhnya.

11 Ada juga yang melihat Wahhabi dari perspektif sejarah semata-mata. Mereka mengakui bahawa Wahhabi ada kaitan dengan kerajaan British dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Namun begitu, mereka berkata: “Ini isu lama. Tak guna bincang pada hari ini. Benda dah berlalu.” Orang seperti ini juga memandang isu Wahhabi dengan pandangan sebelah mata. Hakikatnya mereka tidak dapat mengenal perkembangan Wahhabi dan fahamannya. Mereka tidak sedar Wahhabi telah memusnahkan begitu banyak kesan sejarah Islam di semenanjung Arab.

12 Penulis mula mengenali Wahhabi dari perspektif Aqidah, berkaitan dengan sifat-sifat Allah dan ayat-ayat mutashabihat. Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif aqidah (e.g. sifat-sifat Allah, ayat-ayat mutashabihat, af’al al-ibad, kewajipan menghormati Rasulullah SAW, kaedah takfir, menolak ijma’, mempertikaikan karamah dan konsep barakah, dll) biasanya kurang bertolak ansur dengan isu Wahhabi. Bahkan, ramai para ulama’ yang menentang Wahhabi memberi penekanan kepada aspek ini. Ini sebenarnya adalah “titik-titik” pertelingkahan dan perbezaan yang besar di antara Wahhabi dan Ahli Sunnah wal Jama’ah. Namun begitu, ramai juga para ilmuan agama yang tidak dapat memahami “titik-titik” ini.

13 Keseriusan isu Wahhabi ini juga dapat dilihat daripada perspekti Tasawwuf & Tarikat. Golongan Wahhabi sangat membenci golongan Sufi. Bahkan mereka begitu benci dengan istilah Tasawwuf. Golongan Wahhabi sering mengkafirkan, bahkan ada yang membunuh golongan ahli Sufi dan Tarikat yang muktabar. Banyak amalan-amalan Tasawwuf yang ditentang dan dikafirkan oleh golongan Wahhabi seperti zikir berjemaah, zikir ism al-dhat – Allah, Allah, penggunaan tasbih, tahlil, hadiah pahala dan banyak isu-isu lain. Golongan Wahhabi terlupa sebenarnya mereka memusuhi ramai para Wali Allah yang besar-besar apabila mereka memusuhi ulama’ Tasawwuf dan Tarikat. Mereka yang menilai Wahhabi daripada isu Tasawwuf dan Tarikat dapat memahami keseriusan isu Wahhabi ini.

14 Ada juga yang mula mengenali isu Wahhabi daripada perspektif keselamatan negara. Pihak berkuasa kerajaan pada kebiasaannya mula mengenal fahaman Wahhabi hasil daripada kajian mereka ke atas golongan berfahaman ekstrim yang ditahan. Hampir kesemua yang ditahan mempunyai latar belakang Wahhabi yang kuat. Mereka menyanjung tokoh-tokoh Wahhabi dan membaca buku-buku mereka serta mudah mengkafirkan umat Islam yang lain dan menghalalkan darah mereka kerana berpegang dengan kaedah takfir fahaman Wahhabi. Isu ini pernah diperkatakan di parlimen Indonesia. Oleh sebab itu, ramai pegawai di bahagian keselamatan negara yang memahami keseriusan isu ini.

15 Oleh itu wahai umat Islam, lihatlah isu Wahhabi ini daripada kelima-lima perspektif ini, pasti anda akan dapat memahi keseriusan para ulama’ menilai fahaman dan gerakan Wahhabi ini. Dan janganlah menjadi seperti “Empat Orang Buta dan Seekor Gajah”.

Ya Allah! Peliharalah kekuatan Ahli Sunnah wal Jama’ah di dalam umat ini, jauhilah mereka daripada fitnah yang melanda agama mereka, bantulah umat ini menolak dan memerangi golongan ahli bid’ah dan musuh-musuh mereka.

16 Marilah kita bersama-sama bersolat hajat, membaca Yasin, membaca Hizb al-Bahr, solat sunat Tasbih, Hajat & Taubat, atau/dan lain-lain, dan berdoa semoga memelihara pegangan Ahli Sunnah wal Jama’ah di Malaysia ini khususnya, dan seluruh dunia amnya. Amin, Ya Rabbal Alamin.

20 comments:

Abu Muhammad said...

Salam. Moga Allah sentiasa merahmati dan melindungi ustaz dan sekalian pejuang Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sejati.

Artikel yang bermanfaat, mohon diizinkan untuk posting di blog alfaqir.

pang5 said...

Betul apa yang Ustaz katakan... masalahnya macam mana orang awam nak faham yang wahabi ni menyimpang sebab mmg sangat sulit sekali kecuali bagi yang betul2 kenal siapa wahabi ni. Boleh baca di blog saya bagaimana cerita saya mengenali wahabi ini.. mmg tak mudah untuk orang awam.

Ziarah76 said...

semoga Allah perlihara kita semua daripada bahaya wahabi ni.
artikel yg amat bermanfaat, alangkah bagusnya kalau dibaca ramai orang.
boleh kita exchange link?
jazakumullah khair

PUTERI said...

Salam ustaz,

Saya telah letak artikel ini dalam blog saya.

Al-Ashairah said...

Wa'alaikumussalam.

Silalah manfaatkan mana yang boleh di dalam blog ini untuk menjalankan tanggungjawab "Nasihat" di antara sesama Muslim.

Semoga dengan mempertahankan para ulama' umat ini, kita bersama-sama mendapat syafaat mereka di akhirat nanti.

Saya meminjam kata-kata Imam al-Shafie r.a. yang sepatutnya lebih layak dinishbahkan kata-kata ini kepada orang seperti saya.

"Aku menyintai orang-orang soleh, namun aku bukanlah dari kalangan mereka,

Semoga dengan cinta ini, aku mendapat syafaat yang dikurniakan dengan/kepada mereka,

Dan aku membenci sesiapa yang perniagaannya adalah maksiat,

Walaupun kami mempunyai barang dagangan yang sama."

aFeeQ Zu said...

moga perjuangan benar2 utk mempertahankan ahlus sunnah waljamaah nie diteruskan...
semoga ALLAH pelihara kita..

bila dpt ikut majlis ilmu ustaz fuad nie??
kat area KL xde ke??

wahbah said...

ahlusunnah wal jamaah . satu istilah yang disebut oleh nabi . hampir kesemua firqah cuba mengaitkan diri mereka dengan golongan ini . Mengapa tidak diadakan satu dialog dengan golongan yang dipanggil wahhabi ini dan bincangkan masalah akidah yang dibawa oleh golongan ini . Cubalah berdiri diatas dasar ilmu untuk mencari jawaban kepada persoalan ini

1.adakah dengan menghadkan amalan hanya kepada apa yang diajarkan oleh nabi itu satu kesalahan

2. adakah dengan berpegang dengan akidah yang dipegang oleh para salafusoleh sebelum munculnya ilmu kalam dan mantiq itu satu jenayah

3. adakah memberikan pandangan yang berbeza dengan aliran yang dipegang oleh majoriti masyarakat muslim di malaysia adalah satu yang mesti ditentang habis-habisan .

4.adakah menyakini keseluruhan apa yang terkandung di dalam kitab allah dan sunnah nabinya itu satu yang mengeluarkan seseorang muslim dari agama allah

5. adakah bergayut dengan dahan ilmu kalam dan ilmu mantik yunan lebih selamat dari berpegang dengan kitab allah dan sunnah nabinya di dalam masalah tauhid

Al-Ashairah said...

Kata-kata yang benar dengan makna yang salah :)

Unknown said...

Assalamualaikum..
Saya tertarik dgn soalan² daripada En Arifin diatas..
Buleh kah kami disini mendapat jawapan dari saudara pengarang berhubung soalan itu..

Al-Ashairah said...

Untuk jawapan bagi soalan2 En Ariffin, saya tak perlulah jawab.

Seorang wali Allah yang sangat masyhur, penuh dengan karamah dan hujah, salah seorang ulama' besar Al-Azhar di zamannya, ditarbiyah juga oleh gurunya yang merupakan seorang wali,Sheikh Salamah al-Azzami al-Qudha'i al-Shafie dah menjawab soalan-soalan tersebut bahkan lebih lagi di dalam kitabnya:

"al-Barahin al-Sathi'ah fi radd ba'd al-bida' al-sha'i'ah" [Bukti2 Yang Terang bagi Menolak Sebahagian Bid'ah Yang Tersebar"

Itu adalah di antara sebaik-baik kitab yang menolak bid'ah Wahhabiyyah. Pihak al-Ashairah terfikir untuk menterjemahkannya, namun kesuntukan masa dan tenaga. Insya-Allah,akan diusahakan dalam jangka masa panjang,

Kalau en Arifin dan Mohd Farid jelas nak mencari kebenaran dengan ikhlas, silalah cari kitab tersebut. Di Wangsa Maju ada dijual kitab tersebut, mungkin boleh juga ke Gombak, dekat dengan Ong Tai Kim. Kalau tak mampu membaca bahasa arab, mintalah tolong2 kawan yang mampu diskusikan.

Cuma satu persoalan yang perlu difikirkan:

Andainya para ulama' yang masyhur dengan wilayahnya (kewaliannya) dan kedudukan mereka diakui oleh para ulama' di zamannya menolak fahaman dan ajaran Wahhabiyyah, apakah yang kesimpulan yang dapat kita buat?! Adakah para Wali Allah akan memusuhi sesuatu yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah?!!

Fikir-fikirkanlah, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri Wahhabi.

Wassalamu'alaikum.

nobody said...

arifin said...

ahlusunnah wal jamaah . satu istilah yang disebut oleh nabi . hampir kesemua firqah cuba mengaitkan diri mereka dengan golongan ini . Mengapa tidak diadakan satu dialog dengan golongan yang dipanggil wahhabi ini dan bincangkan masalah akidah yang dibawa oleh golongan ini . Cubalah berdiri diatas dasar ilmu untuk mencari jawaban kepada persoalan ini

1.adakah dengan menghadkan amalan hanya kepada apa yang diajarkan oleh nabi itu satu kesalahan

2. adakah dengan berpegang dengan akidah yang dipegang oleh para salafusoleh sebelum munculnya ilmu kalam dan mantiq itu satu jenayah

3. adakah memberikan pandangan yang berbeza dengan aliran yang dipegang oleh majoriti masyarakat muslim di malaysia adalah satu yang mesti ditentang habis-habisan .

4.adakah menyakini keseluruhan apa yang terkandung di dalam kitab allah dan sunnah nabinya itu satu yang mengeluarkan seseorang muslim dari agama allah

5. adakah bergayut dengan dahan ilmu kalam dan ilmu mantik yunan lebih selamat dari berpegang dengan kitab allah dan sunnah nabinya di dalam masalah tauhid
-----------------------------------

HEH!HEH!..biasa ni, tektik wahabi,..wahabi ni kalau kita dengar perkataan & perckapan diorg mmg 'cantik'2 je & bagus je bunyinya...tapi bila pi 'mengaji' sikit lagi...kita dapati ianya batil..& langsung x boleh dipakai...Perkataan2 seperti diatas ler yg selalu digunakan wahabi utk memerangkap org awam yg jahil...bunyi mcm baik, tapi penuh racun...Entah bila diorg ni(wahabi) berjumpa dgn Nabi SAW x pun kita x tau...sbb gerakan wahabi ni baru muncul (proksi Yahudi dlm menumbangkan khalifah othmaniyah)..

Anonymous said...

siap lah wahabiyah ni sedikit masa lagi...habis para awliya Allah dimusuhinya..

sedarlah wahai wahabiyah, new world order dah dekat, arifin o arifin...para arifin billah da menyiapkn thaifah masing2...korang plak berterusan lah jadi bidak musuh, jd bidak yg tak tahu diri d puppet kan..kasihan betul

sampai bila lah korang nak jd bidak musuh ni..jangan sampai imam mahdi keluar pun korang masih lagi membid'ahkan dorang..

moga Allah selamatkan kita semua dr kesesatan.

JeffalQura said...

mohon dipanjangkan artikel dakwah al Haq ini dalam blog ana. JazakaAllah hu khairan kaseero.

nur_ariff said...

Petikan Terjemahan Surah Yunus (10) : 62-63 ”Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali- wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.

Wali Allah atau bahasa melayunya Wakil Allah tidak semestinya mempunyai kelebihan Luarbiasa seperti berjalan atas air atau terbang diawan

nur_ariff said...

Petikan Terjemahan "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?"

Al-Quran adalah Mukjizat yakni yang melemahkan, apa sahaja perkara bathil akan dilemahkan olehnya

Krongthip Mahalakorn said...

Wahhabi Al Mujassimah wa Musyabbihah.
Sama seperti Syiah menghalalkan darah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini berkat Pengasasnya Sibedul Muhammad Abdil Wahab pembunuh yang kejam.
JAUHILAH DIRI ANDA DARI WAHHABI kerana ianya umpama kuman HIV. bila terkena penyakit Wahhabi ni hilanglah keupayaan berfikir, hilang keupayaan beramal. hilang keupayaan menutut ilmu. Otak Fikiran lantas JUMUD, hawa nafsu tambah gelora. Segala keupayaan positif hilang cuma tinggal keupayaan berbicara, berbahas, mengkafirkan orang lain, menghina Nabi dan keluarganya, menolak hadis, memalsukan kitab2 , memutarkan fakta. Golongan SaWah ( Salafy- Wahhabi)menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Aqidah songsang, mujassimah dan musyabbihah sehinggakan mengatakan Allah duduk di atas "KURSI"-Fathul Majid hal:356. Dalam kitab wahhabi yang lain, bila Allah duduk di atas KURSI ianya mengeluarkan bunyi seolah duduk di atas "Pelana Kuda" yang baru.
Menerima ayat "Mutasyabihah" sebagai ayat "Muhkamat" kerana berpegang kepada pengertian secara zahiri. Menyifatkan Allah mempunyai ukuran dan mengambil ruang. Kalau nak tulis banyak lagi cuma ingin diringkaskan jauhi Wahhabi. Perkara furukkiah sengaja dicipta dan ditimbulkan dengan alasan untuk mentakfirkan orang lain pada hal mereka ingin menerapkan "Aqidah Songsang" pegangan mereka. Mereka mengaku mengikut mazhab fiqh Hambali tapi bila beramal tidak mengikut mazhab.
Kaum SaWah berpecah kepada banyak kumpulan dan masing2 saling mentakfirkan antara satu sama lain. Rasul Dahri, Wahhabi Singapura berbeza pendapat dan amalan dengan Asri serta Juanda Wahhabi Malaysia pada hal mereka semua ini berada dalam majlis Ulama Perlis. Wahhabi di Arab Saudi tak sekepqala dengan Wahhabi di London. Anak kepala Wahhabi di India,Omar Moulavi telah murtad menjadi Pendita Hindu(sikit atas pada sami). Doakan semoga kerajaan Saud di Arab Saudi cepat tumbang kerana rakyatnya sudah memberontak sekarang.
Kaum SaWah adalah sebodoh-bodoh manusia.

Abdun said...

Keyakinan dalam beragama dibina di atas ilmu yang cukup bukan hanya berdasar kepada perasaan dan perkiraan apalagi hanya taklid membabi buta.

Kalau ingin mengetahui sepak terjang ulama dalam berdakwah, silahkan mampir di website berikut:

http://muslim.or.id/aqidah

http://almanhaj.or.id/category/view/2/page/1

Harimau-Menaip said...

jika dengan berdiri atas manhaj salaf itu dapat membuatkan aku beroleh syurga allah, dan pada masa yang sama aku digelar wahabiah, maka bersaksilah wahai manusia dan jin, aku adalah wahabiyah.

t-come's said...

Insyaallah, bantulah dan berdoalah agar PAS mendapat kuasa di Malaysia...banyak pihak yang tidak menyiasat dulu sesuatu isu pasti akan menuduh wahabi dan syiah mempengaruhi perjalanan PAS...semua itu tidak benar kerana PAS ditubuhkan oleh ulama ASWJ yg sejati..tanpa kuasa politik, agak sukar untuk kita menghalang fahaman wahabi dari terus membiak di Malaysia ini...Wallahua'lam...

t-come's said...
This comment has been removed by the author.