Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Tuesday, May 13, 2008

JAUHILAH GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH

CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH


AQIDAH

1.Membahagikan Tawhid kepada 3 Kategori
(i)Tawhid Rububiyyah: Dengan tawhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tawhid.
(ii)Tawhid Uluhiyyah: Dengan tawhid ini, mereka menafikan tawhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama’ Islam khasnya ulama’ empat mazhab.
(iii)Tawhid Asma’ dan Sifat: Tawhid versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim
i. Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam/bersila
ii. Merterjemahkan yadd sebagai tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka
iv. Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ‘ulya)
v. Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk
vi. Menterjemah nuzul sebagai turun dengan zat
vii. Menterjemah saq sebagai betis
viii. Menterjemah asabi’ sebagai jari-jari, dll
ix. Menambah bi zatihi haqiqatan [dengan zat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat
2.Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama’ Asha’irah
3.Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa huraian terperinci dari ulama’ mu’tabar
4.Menolak Asha’irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama’ Islam dalam perkara Aqidah
5.Sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah
6.Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat
7.Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek
8.Berselindung di sebalik mazhab Salaf
9.Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hashawiyyah, al-Mushabbihah, al-Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah
10.Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha’irah
11.Mendakwa kononnya ulama’ Asha’irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha’ri
12.Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat
13.Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik
14.Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik
T15.idak mengambil berat kesan-kesan sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik
16.Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik
17.Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin
18.Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik
19.Memandang remeh karamah para awliya’
Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.

SIKAP


1.Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
2.Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
3.Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
4.Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
5.Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6.Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal)

ULUM HADIS


1.Menolak beramal dengan hadis dhaif
2.Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain
3.Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4.Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’ [mereka melonggokkan hadis dhaif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama]
5.Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat
6.Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.

ULUM QURAN


1.Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil)

FIQH


1.Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
2.Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
3.Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’
4.Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah
5.Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
6.Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’
7.Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
8.Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai ta’sub mazhab
9.Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain
10.Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum
11.Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab]
12.Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu’ al-rukhas 13.Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman

Najis
1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah

Wudhu’
1. Tidak menerima konsep air musta’mal
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.

Azan
1. Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak

Solat
1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi SAW yang sebenar
2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah
3. Berdiri secara terkangkang
4. Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam
7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil)
8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah
9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah
10. Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah
11. Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa.
12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah
13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan
14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah
15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir
17. Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah
18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau
19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat

Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran
1. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah
2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah
4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll.
5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah
9. Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll
10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban
13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah
15. Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih

Pengurusan Jenazah dan Qubur
1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
5. Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah
6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah

Munakahat
1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)

Majlis Sambutan Beramai-ramai
1. Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
2. Menolak amalan marhaban
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid’ah
5. Menolak sambutan Ma’al Hijrah, Isra’ Mi’raj, dll.

Haji dan Umrah
1. Cuba mengalihkan "Maqam Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu.
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf.
3. Mengubah tempat sa'ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama' Islam dari seluruh dunia.

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


1. Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka (di Malaysia)
2. Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c. Muhammad Abdul Wahhab
d. Sheik Abdul Aziz Ibn Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. Sheikh Soleh Ibn Uthaimin
g. Sheikh Soleh Fawzan al-Fawzan
3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”

PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM


1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik
5. Di Malaysia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’ al-Sunnah ini.

TASAWWUF DAN TAREQAT


1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat
Perhatian:

Sebahagian daripada ciri-ciri di atas adalah perkara khilafiyyah. Namun sebahagiannya adalah bercanggah dengan ijma’ dan pendapat mu’tamad empat mazhab. Sebahagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) dan patut dipandang dengan serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita. Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkan pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah. Kami terpaksa mengugurkan banyak lagi ciri-ciri lain yang berkaitan bagi meringkaskan risalah ini. Wallahu A’lam.
Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

4 comments:

Azita - Purchasing said...

APAKAH BUKTI-BUKTI TERHADAP ARTICLE YANG SAUDARA TULIS DI ATAS? DARI MANA SUMBER YANG SAUDARA DAPAT TENTANG CIRI-CIRI WAHABI? SUDAH CUKUPKAH ILMU DI DADA UNTUK MEMBUAT KRITIKAN YANG TIDAK BERASAS.APAKAH HUJAH-HUJAH SAUDARA UNTUK MEMBUKTIKAN KEBENARAN BAIT-BAIT DI ATAS YANG SAUDARA TULIS? SIAPAKAH ULAMA-ULAMA YANG SAUDARA MAKSUDKAN YANG KITA PERLU TURUT? NAMAKAN...KENAPA SAUDARA MEMPERTIKAIKAN AL-QURAN DAN HADITH? BUKANKAH AL-QURAN DAN HADITH ADALAH DITINGGALKAN UNTUK PEGANGAN UMAT ISLAM? DIMANAKAH SAUDARA BELAJAR...DARI ULAMA MANAKAH YANG SAUDARA DAPAT ILMU? DARI APA YANG SAYA BACA SAUDARA TERNYATA SEORANG "BLIND FOLLOWER" PENGIKUT YANG BUTA HATI DAN BUTA MATA...TAHUKAH APA YANG SAUDARA SEDANG LAKUKAN DI LAYAR INTERNET? SESUNGGUHNYA BERTAUBATLAH KERANA SAUDARA SEDANG MENYEBARKAN FITNAH YANG TIDAK BERASAS...CUMA SATU YANG SAYA MINTA BUKTIKAN BIOGRAPHY ULAMA-ULAMA YANG SAUDARA DAPAT ILMU DARI MEREKA DAN BUKTIKANLAH TULISAN SAUDARA BERKENAAN CIRI-CIRI SALAFIYYAH WAHABI DIAMBIL DARI MANA...SESUNGGUHNYA SAYA BUKANLAH PENGIKUT WAHABI TETAPI SAYA FAHAM BENAR AJARAN AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH....PADA SAYA WAHABISM TIDAK WUJUD ITU ADALAH GELARAN SEMATA KERANA SYAKH MUHAMMAD ABDUL WAHAB ADALAH BERMANHAJ AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH APA YANG DILAKUKAN BELAU ADALAH MERUNTUHKAN TEMPAT PERBUATAN SYIRIK YANG DILAKUKAN MANUSIA PADA MASA SEKARANG...SEJAUH MANAKAH SAUDARA MENGEMBARA UNTUK MELIHAT APA YANG BERLAKU DI DUNIA INI DAN DI SEKELILING SAUDARA? BUKANKAH LEBIH ELOK SEKIRANYA SAUDARA MENDAPATKAN SUMBER DARI ULAMA YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN ARAB SAUDI DARI MENDENGAR CERITA DONGENG USTAZ TEMPATAN YANG ENTAH DARI MANA ILMUNYA DIPUNGUT. KENAPA KITA MENGHANTAR ANAK-ANAK BELAJAR ILMU AGAMA DI SAUDI ARABIA SEKIRANYA KITA ANGGAP MEREKA ITU SALAH DAN TIDAK TAHU HUKUM HAKAM. SIAPALAH SAUDARA DAN SAYA UNTUK MEMPERTIKAIKAN ULAMA DARI SAUDI ARABIA YANG DILAHIRKAN DARI KETURUNAN NABI-NABI KITA DAN BERDARAH ARB BERTUTUR BAHASA ARAB YANG KITA SENDIRI BELUM TAHU SATU PATAH PERKATAAN MELAINKAN sedikit HAFALAN UNTUK MENGKRITIK ORANG LAIN. SIAPALAH KITA UNTUK MENAFSIR ERTI-ERTI YANG DIMAKSUDKAN DALAM AL-QURAN BUKANKAH ADA MUHADISIN-MUHADISIN YANG DIIKTIRAF KERANA ILMUNYA YANG DALAM DAN MEMPELAJARI QURAN DAN HADITH SEUMUR HIDUP MEREKA. DAN SIAPALAH KITA YANG BELAJAR ILMU AGAMA HANYA UNTUK LULUS PEPERIKSAAN SEMATA DAN PULANG MENGAJAR DITANAH AIR MENGIKUUT TRADISI MELAYU DAN BUKAN APA YANG DIAJAR DAN DITURUNKAN OLEH ALLAH S.W.T. KEPADA PESURUHNYA NABI MIHAMMAD SAW. CARILAH KEBENARAN DARI KATA-KATA SAYA INI DAN BERTAUBATLAH SAUDARA KEATAS FITNAH YANG DILEMPARKAN TANPA USUL PERIKSA SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MENERIMA TAUBAT HAMBANYA. DARI TULISAN SAUDARA SAYA DAPAT LIHAT YANG SAUDARA BUKAN SEORANG YANG JENIS MEMBACA, MENGHADIRI KELAS BERBENTUK ILMU AGAMA, MENGADAKAN SOAL JAWAB ATAU MENCARI KEBENARAN ILMU. SESUNGGUHNYA APA YANG SAUDARA KATAKAN ADALAH SESUATU FITNAH YANG AMAT BERAT YANG PERLU SAUDARA TANGGUNG SEKIRANYA IA BERTERUSAN. HANYA ALLAH SUBHANA HU WATAALA YANG MAHA MELIHAT DAN MENDENGAR JADI CARILAH ILMU YANG BENAR BUKAN MENDENGAR CAKAP ORANG SEMATA. SAYA BANYAK MEMBACA BUKU-BUKU TULISAN ULAMA YANG DIIKTIIRAF DAN JUGA MENGHADIRI ISLAMIC CONFERENCE YANG DI MANA BERPELUANGG BERSOAL JAWAB TENTANG KEMUSYKILAN HUKUM HAKAM AGAMA SAYA LIHAT BEGITU BERBEZA CARANYA DAN TULISAN BUKU-BUKUNYA DENGAN YANG JAHIL DAN BUTA HATI DAN MATA. TULISAN MEREKA SEMUANYA TERDAPAT RUJUKAN DAN BERASAS BERDASARKAN ALQURAN DAN SUNNAH. TAHUKAH SAUDARA HANYA SATU GOLONGAN SAHAJA YANG AKAN MEMASUKI SYURGA IAITU AHLUSSUNNAH WALJAMAAH DAN 72 GOLONGAN LAIN KEDALAM API NERAKA IAITU SALAH SATUNYA ASHAARIAH.JADI, SAYA SUDAH NAMPAK KENAPA SAUDARA MENOLAK AJARAN ALQURAN DAN SUNNAH. DIMANAKHA SAYA BOLEH DAPATKAN RUJUKAN TENTANG KENYATAAN CIRI-CIRI SALAFIYYAH WAHHABIYAH YANG SAUDARA TULISKAN. SEMOGA ALLAH SWT MEMBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH KEPADA KITA SEMUA. SEKIAN WASSSALAM.

Ibn Salleh. said...

Salam, minta keizinan utk copy artikel ini utk blog ana bagi tujuan penyebaran.

shayy omeyy said...

Info yg baik bg sy..tp x tw la org lain..saudara tw x pasal golongan Ateis??

Am Ham said...

satu penilaian yg cukup detail. kebenarannya Allah yang Maha Mengetahui. Pada pandangan saya adalah wajar jika kita mengambil satu langkah ke depan, yakni menilai/mengetahui aliran musuh sebenar Islam dengan lebih inisiatif, sesuai dgn isu semasa. Penulisan sebegini merupakan jalinan daripada kupasan mengenai pertelingkahan yang wujud lebih 100 tahun dulu. Salah satu saranan saya, mengkaji aliran/agama selain islam: kristian (berdasarkan isu murtad yg kian meletus), jika adanya kesedaran mengenai agama lain (secara amnya) & kristian (secara khasnya) yg batil hasil drpd penulisan yg meluas daripada kita umat Islam sekalian, nescaya ramai di antara kita yg tidak terjerumus dalam kancah murtad. Persoalan di sini:"Wajarkah jika kita tepis terlebih dahulu bahana wahabbi/sufi/syiah dan mengalih skop perbincangan kepada isu tersebut yg tidak kurang pentingnya??!!!".Sekian