PUTRAJAYA 7 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin berhubung artikelnya dalam blog Malaysia Today yang didakwa menghina Islam dan Rasulullah.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, laporan polis terhadap penulis blog itu amat perlu untuk membendung kegelisahan di kalangan orang Islam yang berasa tersinggung apabila kesucian agama mereka dihina.
Beliau berkata, dengan laporan polis itu, tidak bermakna Jakim tidak boleh berdialog dengan penulis blog itu bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya.
"Kami mengambil langkah pentadbiran sesuai dengan kedudukan Jakim sebagai sebuah agensi Pusat untuk mencegah dan membendung kegelisahan di kalangan rakyat terutama orang Islam.
"Jadi saya menolak andaian sesetengah pihak kononnya langkah yang diambil oleh Jakim ini sebagai tidak tepat sebaliknya perlu berdialog dengan penulis blog tersebut,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini yang memetik Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai berkata, tindakan empat agensi Islam termasuk Jakim membuat laporan polis terhadap Raja Petra adalah tidak tepat.
Mohd. Asri sebaliknya menegaskan, Jakim sepatutnya mengadakan sesi dialog dengan Raja Petra bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya terhadap Islam sebagai langkah pertama bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Dalam hubungan ini, Wan Mohamad berkata, Jakim bersedia pada masa bila-bila masa untuk mengadakan sesi dialog dengan mana-mana pihak dan selama ini pihaknya memang sering mengadakan dialog seumpama itu.
Justeru, tegas beliau, Asri seharusnya merujuk terlebih dahulu kepada pihaknya berkaitan perkara tersebut dan tidak menyindir rakan-rakan sejawatan secara terbuka kerana ia satu langkah tidak beretika.
Beliau yang secara terbuka menegur mufti muda itu berkata, forum terbaik bagi Asri untuk menyampaikan kritikan adalah melalui Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti yang jauh lebih berpengalaman.
"Masalahnya beliau kerap tidak hadir dalam muzakarah tetapi beliau lebih senang menghadiri program yang lebih beliau sukai dan berorientasikan hizbiah (kepartian).
"Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan), bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain,'' katanya.
Sumber: Utusan Malaysia, 7 Sept 2008
Ulasan:

- Syabas kepada pihak JAKIM yang terus mempertahankan maruah Islam di tanah air tercinta ini dari golongan anti-Islam dan ahli bid'ah yang sering mengkritik Islam dan para ulama'nya.
- Orang yang sering mengkritik para ulama' (khasnya yang bertaraf wali) mendedahkan diri mereka dengan kebinasaan.
- Ini adalah kerana Allah SWT mengiyhtiharkan perang kepada dua golongan. Pertama, golongan yang mengamalkan riba walaupun setelah ditegah. Kedua, golongan yang memusuhi para awliya' (dan mereka adalah golongan ulama'). Banyak para ulama' Ashairah, Maturidiyyah, Mazhab Fiqh yang empat (Hanafi, Maliki, Shafie & Hanbali), ulama' sufi dan tarikat merupakan para wali Allah dan mereka sering menjadi sasaran kritikan golongan Salafi Wahabi Kata para ulama: "Sesungguhnya berperang dengan Allah itu adalah kufur." Lihatlah kisah Ibn al-Saqa yang akhirnya mati di dalam kekufuran lantaran sifatnya yang meremehkan seorang wali Allah.
- Golongan Wahabi yang sering mengkritik ulama' Ashairah, Maturidiyyah, Mazhab Fiqh yang empat (Hanafi, Maliki, Shafie & Hanbali), ulama' sufi dan tarikat sememangnya terdedah kepada ancaman yang besar ini. [Semoga Allah melindungi kita semua dari akibat yang buruk].
6 comments:
dari apa yang utarakan ingin saya bertanya satu soaalan
Adakah ulama-ulama kita di Malaysia ini sudah mencapai ke martabat wali? Yang zahirnya ramai yang cenderong ke arah duniawi, mengejar darjah kebesaran Dato, Dato seri dan Tan sri.
Ikhlas dari
Insan Jahil
"....Banyak para ulama' Ashairah, Maturidiyyah, Mazhab Fiqh yang empat (Hanafi, Maliki, Shafie & Hanbali), ulama' sufi dan tarikat merupakan para wali Allah...."
Harap dapat difahami betul2.
Wassalamu'alaikum
Jawaban al-ashairah tidak menepati soalan saya. Kenapa takut untuk menerangkan kebenaran, kerana sayangkan duniawi ini. Saya terang-terang katakan di malaysia tiada saorang pun yang boleh di iktiraf sebagai ulama.Walaupun berkelulusan Al-azhar.
Bukan tidak menepati, tapi tak mampu.
Saya tak mampu nak tentukan siapakah ulama' dan siapakah ulama' bertaraf wali.
Insya-Allah, kalau en amer bertawajjuh dan bedoa kepada Allah untuk en amer ditemukan "wali"-Nya di kalangan hamba-Nya yang dapat memimpin dan menyampaikan en amer kepada-Nya, en amer akan temui jua.
Pesanan saya, jangan cepat membuat hukum ke atas orang lain, apatah lagi dalam bentuk "generalization" atau "al-ta'mim". Takut2 jadi hijab daripada bertemu guru yang mampu membimbing.
Semoga Allah memberi kita hidayah al-tawfiq dan hidayah al-irshad.
Saya tak menghukum pun sebab saya bukan ahli hukum seperti saudara2 yang banyak ilmu agama, tau hukum-hukum agama. Tapi realitinya begitukan tetapi saya hairan kenapa masih tak mahu menerima hakikat sebenar.Yang nyatanya saudara2 semua sangat sayang akan dunia ini, sayangkan kerja yang bergaji besar, sayangkan pangkat dan berbagai lagi sehinggakan takut untuk menyatakan yang benar, maklumlah orang makan gaji, nanti kena cop dan hilang pangkat dan kerja. Begitukah aqidah saudara terhadap Allah dan agama?
:) - Cukuplah sekadarnya, banyak belajar dan beramal lebih baik daripada banyak membuat andaian.
Wassalamu'alaikum.
[Sekadar ini sahajalah]
Post a Comment