Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam,
Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;
1. Dalam penulisan kali ini, penulis membawa sebuah tema yang baru bagi penulisan dalam Blog ini. Tema tersebut ialah “Mempertahankan Al-Asha’irah”. Ini adalah kerana penulis melihat beberapa penulisan yang diterbitkan oleh majalah-majalah tertentu telah mula menyerang ulama’ Al-Asha’irah dengan tuduhan-tuduhan yang sangat berat.
2. Sebagai contoh, sebuah artikel terbaru di dalam Majalah-i [Bil. 73, November 2008] dengan secara terang-terangan meletakkan ulama’ Al-Asha’irah (atau Al-Ash’ariyyah) sebagai salah satu “kelompok Ahli Bid’ah.” Lihat muka
3. Penulis tidaklah terkejut dengan tuduhan dan tohmahan yang sangat berat ini terhadap ulama’ Al-Asha’irah kerana dendam golongan bid’ah terhadap Al-Asha’irah memang telah lama diketahui. Namun, penulis begitu sedih apabila tuduhan seperti ini dimuatkan di dalam majalah-majalah yang menjadi bacaan masyarakat awam dan pihak yang bertanggungjawab tidak memantau hal ini dengan berhati-hati.
WAHAI JABATAN, MAJLIS AGAMA DAN PEGAWAI-PEGAWAI YANG BERKUASA!
INGATLAH JAWATAN-JAWATAN YANG ANTUM SEMUA PEGANG ITU MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT BESAR DAN AKAN DIHISAB DI HARI AKHIRAT KELAK!
DI MANAKAH ANTUM SEMUA SEWAKTU ULAMA’ ISLAM DIHINA OLEH GOLONGAN AHLI BID’AH?!!!
DI MANAKAH ANTUM SEMUA SEWAKTU AHLI BID’AH MENYEBARKAN FAHAMAN MEREKA DI TENGAH-TENGAH MASYARAKAT AWAM?!!!
4.Ulama’ Al-Asha’irah dan Al-Maturidiyyah telah diberi tawfiq oleh Allah SWT untuk menghancurkan golongan-golongan ahli bid’ah seperti Muktazilah, Jahmiyyah, Jabariyyah, , Qadariyyah, Hashawiyyah/Mushabbihah/Mujassimah, dll apabila golongan ini mula timbul di akhir-akhir kurun ke-3 hijrah dan awal kurun ke-4 hijrah. Sesiapa yang mengkaji sejarah Islam pasti tidak dapat menolak hakikat ini dan para ulama Al-Asha’irah dan Al-Maturidiyyah adalah penyelamat aqidah umat ini. Insya-Allah, satu masa nanti, penulis akan menghuraikan sejarah Ulama’ Al-Asha’irah dan al-Maturidiiyah secara terperinci.
5. Bagi menolak tuduhan yang sangat buruk ini, penulis membawa kata-kata al-Imam al-Mujaddid al-Allamah Murtadha al-Husayni al-Zabidi daripada kitabnya yang sangat masyhur: “Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin”. Kitab ini adalah syarahan bagi kitab “Ihya’ Ulumiddin” karya al-Imam al-Mujaddid al-Ghazali. Hadis-hadis di dalam kitab “Ihya’ Ulumiddin” telah ditakhrij oleh al-Imam al-Mujaddid al-Hafidh Nuruddin al-‘Iraqi.
Ketahuilah wahai pembaca sekalian:
KITAB IHYA’ ULUMIDDIN DITULIS OLEH SEORANG MUJADDID (IMAM AL-GHAZALI), DITAKHRIJ HADISNYA OLEH SEORANG MUJADDID (AL-HAFIDH NURUDDIN AL-‘IRAQI) DAN DISYARAH OLEH SEORANG MUJADDID JUA (AL-IMAM MURTADHA AL-ZABIDI). Maka berpeganglah dengan kitab-kitab ini.
Terjemahan (Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin):
“ Dan apabila disebutkan istilah “Ahli Sunnah dan Jama’ah” secara mutlak/umum, maka golongan yang dimaksudkan ialah (ulama’) Al-Asha’irah dan Al-Maturidiyyah.
Berkata Imam Al-Khayyali di dalam Hashiyahnya bagi (kitab) Syarh al-Aqa’id: Al-Asha’irah itu adalah Ahli Sunnah dan Jama’ah dan istilah ini masyhur di negeri-negeri
Dan (manakala) di negara-negara Asia Tengah (istilah Ahli Sunnah dan Jamaah) itu digunakan bagi Al-Maturidiyyah, para ulama’ yang mengikut manhaj Abu Mansur (al-Maturidi), dan di antara dua golongan ini perbezaan pendapat dalam beberapa perkara seperti isu al-Takwin dan lain-lainnya. (Selesai).”
Huraian:
6. Lihatlah betapa jelasnya bahawa istilah Ahli Sunnah dan Jama’ah itu adalah sebenarnya merujuk kepada ulama’ al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah. Perbezaan di kalangan al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah adalah bukan dalam perkara-perkara pokok. Insya-Allah, penulis akan memberi penerangan mengenai perkara-perkara perbezaan ini di masa akan datang.
7.Namun begitu, kita melihat golongan Wahabi (atau yang sering mendakwa diri mereka sebagai Salafi atau Muwahhidun atau Firqah Najiyah atau Gerakan Islah dan Tajdid) cuba “merompak” istilah ini untuk mereka dan mengelirukan orang awam bahawa istilah al-Asha’irah dan istilah Ahli Sunnah dan Jama’ah adalah bertentangan.
8. Kejahilan mengenai hakikat dan kedudukan ulama’ Al-Asha’irah ini bukan sahaja berlaku di kalangan kebanyakan masyarakat awam, bahkan para penuntut ilmu agama dan para ustaz juga masih ramai yang masih keliru di dalam isu ini.
9. Penulis sentiasa menasihati diri sendiri dan para pembaca agar sentiasa memohon petunjuk daripada Allah SWT dan berpeganglah dengan majoriti ulama’ dan di dalam bidang aqidah, majoriti ulama’ adalah al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya (ulama’) umatku tidak akan bersepakat di dalam kesesatan.”
Wassalamu ‘ala man ittaba’a al-huda.
Dan sejahteralah ke atas mereka yang mengikut petunjuk (daripada Allah SWT).
6 comments:
kalau asya'irah dan maturidiyah adalah merujuk kepada ASWJ, bagaimanakah dengan para imam yang empat yang tidak pernah kenal siapa dia Abul Hasan Al-Asy'ari dan Abul Mansur Maturidi?
Kamu seolah-olah hendak mengatakan yang ahl sunnah hanya merujuk pada dua nama tersebut... Adakah mereka yang mengasaskan fahaman ASWJ tersebut?
Janganlah TAKSUB dengan pendapat anda sahaja... bacalah sejarah dgn lebih teliti. jgn hanya membaca buku-buku yang mendokong asyairah sahaja. bagaimana kita hendak mengenal kelemahan lawan kita, jika kita sendiri tidak tahu apakah pegangan sebenar lawan tersebut..?
Kamu seolah-olah berada dalam tempurung yang menanam bermacam-macam tumbuhan dalamnya lalu disangkakan tanamannya paling subur, tetapi tidak sedari yang tanaman di luar sana lebih subur dari tanaman kamu...
Percayalah, jika anda benar2 ikhlas dalam mencari kebenaran Allah akan tunjukkan anda jalan kebenaran tersebut. Ketahuilah jalan kebenaran ada satu, jalan kesesatan ada banyak. Sebab tu cahaya kebenaran di panggil Nur bukan di panggil Anwar. Tetapi kegelapan kesesatan di panggil zulumaat kerana ia ada banyak..
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)” (al-an’am: 116)
“Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah", mereka menjawab: "(Tidak), bahkan Kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (Mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?” (al-Baqarah: 170)
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (al-Isra’: 36)
“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” (al-Hujuraat: 1)
“Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (an-Nisa’: 59)
Semoga Allah merahmati kita semua..
Wallahua'lam
Assalamu'alaikum,
Abu-Hurairah
Apa yang anda berikan dari dalil al Quran dan hujjah kamu itu bukan jawapan.
Terima kasih.
wahai abu hurairah,tukarlah nama kamu dulu kepada nama lain selain nama sahabat.jgn guna nama tabiin dan tabi' tabiin kemudian baru kamu berhujjah dgn hujjah yang agak bodoh.abu hurairah zaman nabi ialah org yang berdamping dgn nabi antara paling banyk mendengar hadis dari nabi.imam malik,syafii pun orang yang paling dekat dgn zaman nabi.Jgn main ambik jer ayat Al-Quran pastu letak,apa tafsirnya.Nampaknya kamu bukan anak beranak pak wahab.anak pak wahab berhujjah dgn zahir hadis dan ayat Quran.kamu berhujjah dgn ayat yang salah.Belajar lah bnyk dulu,khatam kitab bnyk2 dulu,kuasai 15 cabang ilmu dulu.Jgn jadi anak pak wahab balik makkah madinah 4 tahun dah nak bina mazhab sendiri.Betul kata nabi keluar tanduk setan dari Nejd. Tp geng wahabi tetap nak kesampingkan maksud hadis sebenar. Penulis sudah mengemukakan hujjah ulama yang benar,sebenarnya kamu yang syok sendiri mengatakan ada tanaman di luar lebih subur. Sebenarnya benih ahli sunnah dah membuahkan hasil dari tanaman yang subur semenjak 700 tahun selepas zaman nabi.Sampai zaman pak wahab ,barulah terbukti sabda nabi.Abu !!!!! Ko tukar lah nama ko jadi Abu Wahab
Seingat akulah,Nasiruddin Albani adalah seorang ulama kitab hadis yang kerjanya radd orang masa hidup.Saksikanlah wahai manusia dia mati dgn 200 orang sahaja solat jenazah.Orang cakap ada ular dalam kubur masa nak tanam dia aku x pasti.
Ibnu Solah bila dibongkar kubur untuk di pindah masih utuh kain kafan dan jazad dia.tgoklah betapa Allah meredhai ulama ini,setau aku dia syafiiyyah.Kalau aku tahu cerita 2 sahih begini berlaku kepada ulama hanafiyyah, malikiyyah dan sesiapa sahaja yang yang berkaitan,kecuali geng wahabi pasti aku akan ceritakan. Arwah seorang mufti melaka satu ketika dulu,wangi kuburnya orang yang berada semsa pengebumian menghidunya.Ustaz atiqullah di Kelantan juga mati dalam sujud Hari Jumaat,subhanallah.Inilah manusia kaki tahlil,pejuang kebenaran di pondok.allah meredhainya.Barangkali geng Al laa mazhabiyyah zaman akhir ini yang cetek ilmu x reti buta mata hati tentang hal-hal sebegini.
Barangkali Mohd asri Zainal Abidin yang suka berkontroversi tupun nak jadi mcm Al-Albani,hidup penuh dgn 'radd' orang radd ulama.sama2 tengok nanti,kalau dia masih dengan jalanan menyalahkan orang tu.
jauh di perantaun di sarawak ni, aku jumpa orang yang berguru dengan bapa nya yang balik mengaji di madinah. Aku mengajar kitab Fathul Muin waktu malam, dia asyik cerita tentang bid'ah itu dan bid'ah waktu siang.Jadi tugas aku kaki jahil menjawab balik pandangan2 pelik orang ni.Salam selepas solat takot dia,dia tak baca kitab Imam Nawawi mungkin.Letak jari kat telinga masa azan pun di tentangnya. Cubalah tengok di Madinah,tok bilal madinah pun letak di telinga tapak tgn di pipi,kerana nak menguatkan suara. Apa problemnya dgn geng pak whab nieh, klu dia usik bini orang tak sesat pulak????????abis anak dara orang di kebas x pulak jadi masalah?????Please tolonglah baiki akhlak dulu klu nak bicara tentang hadis n hukum.Geng pak wahab ni senang jer nak hidup masuk dlm bukit,saya pasti anda x akan jumpa benda bid'ah.Atau anda pergi saja tinggal di negara2 yang pendokong fahaman wahabibaru bahagia.kami di Malaysia menjadi pengikut ulama selepas zaman nabi yang mengambil ilmu al-quran dan hadis dari nabi.
Sesiapa nak berbahas dgn geng wahabi pastikan anda ada hujjah yang mantap n jelas.Kerana dgn hujjah yang jelas pun anak pak wahab akan radd mentah2.Apatah lagi kalau hujjah x ada. Kita berlepas diri dari golongan wahabi yang pada kasyaf para ulama solehen zamannya,,pengasas wahabi adalah pembawa kerosakan ummat.
Bismillahirahmanirahim...
wahai abu hurairah,tukarlah nama kamu dulu kepada nama lain selain nama sahabat<---adakah Abu Hurairah adalah NAMA sahabat??bukankah ianya adalah gelaran??
Shazeri:Aku bukan orang2 yang banyak ilmu..maybe ilmu aku tak sampai ke tahap sedara..tapi adakah cara sedara berhujah (ayat2) itu selari dengan apa yang Islam kehendaki??Maaf..
Pada aku,kita menghormati dan memuliakan ulama tp bukan bermaksud kita kena terima bulat2..kita sendri mesti mengkaji.Jgn terlampau fanatik/taksub..
Setiap perkara pasti ada dalil dan hujah..kita sesama Islam seharusnya sama2 bermuafakat supaya kita bersatu..
Sesungguhnya Allah jua Yang Maha Berilmu..
Alhamdulillah.
Post a Comment