Status Hadis Nabi Adam 'alaihissam Bertawassul Dengan Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam.
Soalan:
Siapa di USİM boleh rujuk buku hadis hadis Palsu dalam Mustadrak Al Hakim oleh pensyarah hadis di USİM Al Ustaz Prof Dr Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. Adakah benar ini hadith maudhu'?
Jawapan Ustaz Khafidz:
Memang kebanyakan orang akan terkesan dengan penilaian al hafiz az zahabi kerana nama besarnya dalam ilmu hadis. Namun ada sesetengah penilaian beliau tak mesti diterima jika ada khilaf.
Di sini dikongsikn ulasan saya semalam..
بسم الله
Saya melihat al hafiz ibn hajar tidak mnilai secara jelas hadis tersebut sebagai palsu kerana yang dinukilkan dalam lisan al mizan adalah daripada kata-kata az zahabi. Hanya kemungkinan sahaja beliau menyetujui penilaian az zahabi.
Sy pernah takhrij dulu dalam bahasa arab dengan seringkas mungkin seperti brikut:
رُوِي عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله : لَمَّا اقْتَرَفَ آدَمُ الْخَطِيْئَةَ قَالَ: يَا رَبِّ، أَسْأَلُكَ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ لَمَّا غَفَرْتَ لِى، فَقَالَ الله: يَا آدَمُ، وَكَيْفَ عَرَفْتَ مُحَمَّدًا وَلَمْ أَخْلُقْهُ؟ قَالَ: يَا رَبِّ، لِأَنَّكَ لَمَّا خَلَقْتَنِى بِيَدِكَ وَنَفَخْتَ فِيَّ مِنْ رُوْحِكَ رَفَعْتُ رَأْسِي، فَرَأَيْتُ عَلَى قَوَائِمِ اْلعَرْشِ مَكْتُوْبًا: لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ الله، وَعَرَفْتُ أَنَّكَ لَمْ تُضِفْ إِلَى اسْمِكَ إِلاَّ أَحَبَّ الْخَلْقِ إِلَيْكَ. فَقَالَ اللهُ: صَدَقْتَ يَا آدَمُ، إِنَّهُ لأَحَبُّ الْخَلْقِ إِلَيَّ، إِنْ سَأَلْتَنِى بِحَقِّهِ فَقَدْ غَفَرْتُكَ، وَلَوْلاَ مُحَمَّدٌ مَا خَلَقْتُكَ.
تخريج:
أخرجه الحَاكِمُ وقال: صحيح الإِسناد، ووافقه التقي السبكي في شفاء السقام، وفيه عبد الرحمن بن زيد بن أسلم، والطَّبرانِي في الأوسط والصغير، وزاد فيه: "إنه آخر النبيين من ذريتك". والبيهقي في الدلائل وضعفه، وقال الهيثمي في مجمع الزوائد (8/153): وفيه من لم أعرفهم.اهـ وهو ضعيف فقط، لا موضوع كما زعمه الحافظ الذهبي. وله شاهد قوي من حديث ميسرة، أخرجه أبو الحسن بن بشران، وقال الحافظ عبد الله بن الصديق الغماري في الرد المحكم المتين: إسناد هذا الحديث قوي، وهو أقوى شاهد وقفتُ عليه.اهــ ولفظه: ((لما خلق الله الأرض واستوى إلى السماء فسواهن سبع سماوات، وخلق العرش، كتب على ساق العرش: محمد رسول الله خاتم الأنبياء، وخلق الله الجنة التي أسكنها آدم وحواء، فكتب اسمي على الأبواب والأوراق والقباب والخيام، وآدم بين الروح والجسد، فلما أحياه الله تعالى: نظر إلى العرش فرأى اسمي فأخبره الله أنه سيد ولدك، فلما غرهما الشيطان، تابا واستشفعا باسمي إليه)).اهـ
Maka sebenarnya hadis yang diguna pakai adalah hadis yang terakhir ini..
Mengambil kira jalan-jalan riwayatnya maka hadis tersebut daif sahaja.. namun hadis penyokong tersebut adalah kuat dan menyokong untuk menjadi dalil tawassul.. dalil tawassul bukan ini sahaja bahkan ada dalil-dalil lain ..
Pengharaman tawassul dengan nabi saw dan para solihin hanya baru pada zaman syekh ibn taimiyyah..
Dalil-dalilnya sejak itu terus menjadi perselisihan antara ulama yang pro & kontra..
Sedangkn isu ini hanya bab khilaf sahaja sebagaimana dalam usul imam hasan al banna...
(*Ustaz raja mukhlis juga ada ulas dengan lebih panjang lebar: http://rajamukhlis.blogspot.com/2013/01/penjelasan-kedudukan-hadis-tawassul.html?m=1 )
Ulasan tambahan Ustaz Zulhusni Mat Resat:
Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari ada komen tentang hadis ni dalam kitab Ittihaf Al-Azkiya' Bi Jawaz Al-Tawasul Bi Al-Anbiya' Wa Al-Auliya', kata beliau sebenarnya hadis ini bukanlah sahih dan bukanlah maudhu', bahkan ianya hanya daif sahaja sebagaimana yang diterangkan oleh al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwah. Bahkan bagi hadis ini ada penguat yang boleh menaikkannya ke darjat hasan.
Ulasan tambahan Aurangzeb Himalaya:
Maulana yunus al-joufuri juga ada memberikan ulasan beliau berkaitan Hadīth ini dalam surat menyurat beliau. Pandangan beliau sama seperti pandangan guru beliau iaitu hadith tawassul Nabi adam dgn Nabi muhammad صلى الله عليه وسلم itu tidak sampai ke darjah palsu
http://madrasahsunnionline.blogspot.com/2015/12/status-hadith-nabi-adam-bertawassul.html?m=1
Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu
Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:
"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"
Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Home
»
»Unlabelled
»
Friday, June 5, 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment