Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Monday, June 15, 2009

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam, Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;


1. Baru-baru ini penulis dan bapa penulis menziarahi salah seorang guru yang sangat kami hormati dan kasihi. Beliau telah banyak mengajar kami solat dengan "kayfiyyat" yang sangat teliti mengikut mazhab Imam Tercinta, Imam al-Shafie r.a. Beliau juga sering menekankan tauhid berdasarkan mazhab Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari. Percakapan beliau juga sering disulami dengan sentuhan fiqh semasa, tasawwuf dan makrifat. [Semoga Allah memelihara beliau. Amat jarang ditemui seorang guru seperti beliau].


2. Dalam pertemuan kami, penulis melahirkan rasa kesal dengan perkembangan ilmu agama di dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi.


3. Penulis menyatakan bahawa bahawa banyak blog dan website - sama ada yang berbahasa Arab atau Inggeris atau Melayu - menyebarkan pemikiran Wahhabi atau sekurang-kurangnya mengandungi unsur-unsur Salafi Wahhabi ini.


4. Beliau menyatakan bahawa beliau pernah mendengar para ulama' berkata: "Seandainya teknologi yang ada pada hari ini adalah merupakan kaedah atau jalan yang terbaik bagi pengambilan ilmu dan penyebaran agama Allah SWT, maka Allah SWT pasti akan mengurniakan kekasihNya Sayyiduna Muhammad SAW teknologi yang ada pada hari ini. Namun begitu, itu tidak berlaku."


Maksudnya, jalan yang terbaik dalam mengambil ilmu agama dan penyebarannya adalah sepertimana yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada RasulNya dan sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya iaitu dengan mengambilnya secara langsung daripada guru melalui pertemuan (talaqqi) dan persahabatan (suhbah).


5. Kemuliaan para Sahabat r.anhum adalah dengan bertemu dan bersahabat dengan Rasulullah SAW, dan kemuliaan para Tabi'in adalah kerana bertemu dan bersahabat dengan para Sahabar r.anhum dan kemulian para Tabi'i al-Tabi'en adalah kerana bertemu dan bersahabat dengan para Tabi'in... mereka adalah sebaik-baik kurun dan teladan.


6. Maka, inilah jalan sirathul mustaqim... mengambil ilmu agama dengan guru yang mengambil ilmu dengan jalan bertemu dan bersahabat dengan guru-guru sebelum mereka.


7. Penjelasan beliau yang ringkas ini memberi kepada penulis jawapan kenapa RAMAI ORANG YANG BERGURU DENGAN "SHEIKH INTERNET" SERING TERSALAH MEMILIH ILMU DAN GURU, DAN AKHIRNYA RAMAI JUGA YANG TERPERANGKAP DENGAN FAHAMAN TERPESONG SEPERTI SALAFI WAHHABI TANPA MEREKA SEDARI. MEREKA MENELAN RACUN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGENALI UBAT. Ini adalah kerana mereka telah lari daripada asas pengajian agama Islam.


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar". Tak dinamakan belajar, kalau tidak ada pengajar.


8. Bukanlah bermakna, teknologi maklumat dan komunikasi yang ada pada hari ini tiada gunanya, bahkan banyak kegunaannya. Namun begitu, keselamatan ilmu dan keberkatan ilmu agama di dalam dunia "cyber" ini amat terbatas.


9. Oleh itu, penulis menasihati diri ini khasnya dan para pembaca blog ini agar tidak meninggalkan pengajian ilmu secara talaqqi khasnya yang berkaitan ilmu para ulama' muktabar - ulama' empat mazhab .. agar kita tidak terkeluar dari jalan yang lurus ini dalam mengambil ilmu. Moga-moga kita semua di dalam pemeliharaan Allah SWT dalam perjalanan menuju kepada-Nya.


Wassalamu'alaikum.

2 comments:

AyKay said...

salam.

sangat setuju dgn sdr. perlu berguru secara talaqqi untuk menuntut ilmu. Namun sedihnya zaman internet dan serba cepat ini, semua org nak apa2 pun dihujung jari je, termasuk ilmu agama. dan yg lagi sedih, ada pula yg ambil kesempatan dan sebarkan ajaran2 yg songsang kpd mereka yg cari ilmu Sheikh Net (spt yg sdr gambarkan)

Sunni Salafi said...

Nasihat amat berguna sekali.

Jelas sekali bahawa ilmu mesti dituntut dari mulut ke mulut baru ada keberkatan begitulah kata guru saya.

Selain itu thabat (berpegang teguh) dalam manhaj ahlussunnah juga penting bagi mendapat kebaikan dan keberkatan ilmu itu.

Saya nak tanya tuan blog. Siapa guru yang anda maksudkan? sekiranya berdekatan saya juga ingin menziarahi dia, mendekati ulama soleh amat susah sekarang ini.

Syukran.