Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Tuesday, March 2, 2010

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Sudah agak lama, penulis tidak menjenguk dan menulis di laman ini. Ini adalah keranan penulis masih lagi memikirkan konsep yang patut diketengahkan oleh laman yang serba sederhana ini agar ianya dapat dijadikan koleksi penulisan atau buku pada suatu hari nanti.

2. Penulis bercadang ingin menterjemah beberapa buku kecil yang disusun oleh para ulama’ mengenai Fitnah Wahhabiah ini, dan Insya Allah, penterjemahan akan dimulakan pada “posting” yang akan datang.

4. Dalam penulisan kali ini, penulis ingin membincangkan kata-kata yang sering kita dengari sejak akhir-akhir ini bermain di bibir-bibir orang-orang jahil yang tidak mengerti dan memahami adab dengan para ulama’ dan awliya’, iaitu, “TIDAK ADA DALIL”.

5. Mereka menyatakan dengan begitu mudah bagi hukum-ahkam yang tidak selari dengan “PENDIRIAN WAHHABI” mereka sebagai “TIDAK ADA DALIL”.

6. Sebagai contoh, kata-kata mereka :

  • Kenajisan babi dan anjing TIDAK ADA DALIL
  • Qunut subuh TIDAK ADA DALIL
  • Sambutan Mawlid Nabi TIDAK ADA DALIL
  • Menyapu Muka selepas Solat Sambil berdoa TIDAK ADA DALIL dan (kata mereka) ia adalah Sunnah Fathani.
  • Berzikir Berjemaah Selepas Solat TIDAK ADA DALIL
  • Dan begitu banyak lagi masalah yang tidak terhitung…

Bahkan, lebih daripada itu mereka menuduh amalan tersebut sebagai Bid’ah masyarakat Melayu, jatuh syirik dan kufur dan sebagainya.

7. Tanpa mereka sedari, mereka mendedahkan diri mereka kepada KECELAKAAN yang sangat besar.

8. Mengatakan bahawa hukum ahkam yang diistinbat oleh para ulama’ itu TIDAK ADA DALIL adalah seolah-olah:

  • Menyatakan bahawa para ulama’ mengeluarkan hukum berdasarkan “HAWA NAFSU” mereka. Ini adalah kerana hukum ahkam yang tidak terbit daripada dalil yang muktabar itu sebenarnya terbit daripada hawa nafsu. Secara jelasnya, ini adalah tuduhan yang berat.

  • Menyatakan bahawa mereka telah mengetahui semua dalil-dalil di dalam Shariat Islam sehingga mereka mampu membuat dakwaan bahawa “TIDAK ADA DALIL” bagi hukum ahkam tersebut. Secara jelasnya, ini adalah dakwaan yang sangat palsu.

9. Ramai para ulama’ empat mazhab merupakan para wali Allah dan Allah mengisytiharkan perang terhadap golongan yang memusuhi para Wali-Nya [di dalam sebuah hadis qudsi yang sangat masyhur – Rujuk al-Arba’in al-Nawawiyyah]. Dan para ulama’ menambah: “Berperang dengan Allah itu kufur”.

10. Menuduh para ulama’ dan awliya’ dengan menyatakan bahawa hukum ahkam yang diistinbatkan oleh mereka sebagai “TIDAK ADA DALIL” seolah-olah menyatakan mereka membuat hukum berdasarkan hawa nafsu. Astaghfirullah. [Semoga kaedah: “Lazim al-madhhab lasya bi madhhab” dapat digunakan di sini].

11. Adakah mereka sengaja MEMUSUHI para ulama’ dan wali Allah? dan tanpa mereka sedari Allah MEMUSUHI mereka?

12. Lihatlah kisah-kisah golongan yang memusuhi dan cuba menghina para ulama’ dan Wali Allah yang akhirnya mati di dalam kekufuran seperti kisah Ibnu al-Saqa.

13. Moga-moga selepas ini, kita semua (khasnya golongan Pro-Wahhabi) lebih berhati-hati dalam tutur kata kita berkenaan para ulama’ dan hukum ahkam yang telah diistinbatkan oleh mereka.

14. Janganlah hanya kerana beberapa patah perkataan yang dituturkan tanpa adab oleh seseorang menjadi penyebab ketergelincirannya dalam agama dan seterusnya ke lembah kekufuran dan neraka.

[Ya Allah! Perlindungan-Mu, perlindungan-Mu].


5 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum.

Kalau ustaz nak buat buku, cuba hubungi Penerbit PTS. Baru2 ni mereka ada buat Bengkel Penulisan kat tempat ana.

Royaltinya nampak sikit aje, cuma 7% - 11%, tapi sekali cetak sampai 20-30 ribu naskah. Royaltinya pula jenis berterusan, bukan jenis pukal (bayar sekali sahaja).

Ada yang dapat duit royalti sehingga RM 60 ribu setahun. Penerbit PTS boleh dihubungi disini:

http://pts.com.my/

Musafir Kelana said...

inilah kesan ulama yang meninggalkan ilmu tarekah....dan tasauf...
mereka ini berhujah bergantung kpd syariat semata-mata....

catatanhamba.blogspot.com

Unknown said...

Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah s.a.w.

Beliau telah dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi.

Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah. Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain.

Kat kampung kita ada Muhammad,situ ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra'

NOTA : sila lawati klip video mengenai perkara di atas di alamat
http://hanifsalleh.blogspot.com/2010/02/tok-guru-oh-tok-guru.html

Banyak lagi maklumat seumpama ini boleh diperolehi dari blog Fakeh Khalifah

Al-Ashairah said...

Kalau merujuk kepada kitab "al-Shifa'" oleh al-Qadi 'Iyad..komen2 yang dibuat oleh FAKEH telah masuk di dalam kategori merendah2kan martabat dan kedudukan Rasulullah SAW. [Rujuk di bahagian2 akhir].

Setengah ulama' mewajibkan hukuman bunuh ke atas perbuatan menghina dan merendah2kan Rasulullah SAW tanpa perlu dituntut taubat. Jadi, berhati-hatilah apabila kita berbicara berkenaan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.

Komen FAKEH juga ada unsur kesalahan yang besar apabila anda menyatakan:

Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain.

Ini adalah kerana tidak ada yang bernama "Muhammad" sebelum kelahiran Rasulullah SAW.

Pemilik blog berharap agar tiada lagi komen yang menyentuh diri Baginda Rasulullah SAW selepas ini. Banyak dalil yang boleh dikemukakan berkenaan kemuliaan Rasulullah sebelum kelahiran baginda SAW lagi.

Wassalamu'alaikum.

B.M. said...

salam berkenalan..

mohon perkongsian pendapat :

1- kalaulah dengan kita menyambut maulidurrasul itu tak menyelesaikan masalah, apatah lagi jika kita tak menyambutnya.

2- Keperibadian nabi muhammad sebelum kenabian menjadi hujjah kpd apa yang dibawa oleh baginda selepas kenabian. Menafi kemulian baginda sebelum kenabian seolah2 menafi kemulian baginda selepas kenabian jua.

terima kasih.