Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Sunday, June 27, 2010

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1. Penulis merasa agak pelik melihat sebahagian masyarakat yang merasakan diri “berilmu dan mengkaji serta berdiri di atas fakta dan kesarjanaan” begitu terkejut dan tidak percaya bahawa Aqidah Wahhabiyyah adalah benih kepada fahaman ekstrim yang berlaku di dalam masyarakat Islam.

2. Yang lebih melucukan ialah apabila ditanya tentang Wahhabi mereka menjawab: “Kami tidak tahu apa itu Wahhabi?”. Tapi kalau dilihat di dalam blog-blog dan ceramah mereka di YouTube, mereka cukup memuji gerakan Wahhabiyyah dan tokoh-tokohnya. Bahkan, ada sebahagiannya menulis artikel dan buku mempertahankan gerakan Wahhabiyyah. Tetapi apabila di hadapan wartawan, slogan “Kami Tidak Tahu Apa Itu Wahhabi” didendangkan. Maka orang ramai yang kurang mengkaji pun tertipu dek kerana “Taqiyyah” ini.

3. Penulis telah melihat begitu banyak penulisan di dalam bahasa Arab yang mengaitkan dan membuktikan Aqidah Wahhabiyyah Takfiriyyah adalah benih kepada fahaman-fahaman ekstrim yang memecahbelahkan dan mengancam umat Islam.

4. Al-Azhar di bawah kepimpinan Sheikh Al-Azhar Prof. Dr. Ahmad Tayyib pada waktu ini dilihat begitu berterus-terang dan tegas dalam menolak dan menentang Wahhabi.

5. Kerajaan Arab Saudi di bawah Raja Abdullah sehingga waktu ini telah megambil berbagai-bagai tindakan untuk mengendurkan fahaman Wahhabi kerana sedar bahawa fahaman ini telah melahirkan begitu ramai ekstrimis agama. . Apakah kerajaan Malaysia tidak mahu mengambil iktibar?

6. Penulis masih ingat di mana salah seorang rakan penulis, Prof. Madya di salah sebuah IPTA telah memberitahu penulis bahawa di sana terdapat beberapa laporan di peringkat kerajaan Saudi yang membincangkan hal ini – Fahaman Wahhabi dan kesannya kepada Ekstrimis agama. Apakah kerajaan Malaysia tidak mahu mengambil iktibar?

7. Lihatlah juga perkembangan di Somalia wahai para pengkaji! . Apakah kerajaan Malaysia tidak mahu mengambil iktibar?

8. Di Indonesia, pihak keselamatan negara mereka telah lama membincangkang hal ini dan mengaitkan keganasan yang berlaku dengan fahaman Wahhabi. . Apakah kerajaan Malaysia tidak mahu mengambil iktibar?

9. Di Malaysia, pihak berkuasa telah lama sedar berkenaan hal ini namun di akhir-akhir ini hal ini telah diperbincangkan secara serius dan mula mendapat perhatian media.

10. Lihatlah di Iraq, Pakistan dan tempat-tempat di mana berlakunya peperangan dan pembunuhan di antara kaum Wahhabi dan Syiah. Namun begitu, wartawan yang tidak mengetahui mengenai Wahhabi ini menamakan pihak yang menentang dan membunuh kaun Syiah itu adalah kaum Sunnah, atau sengaja dinamakan kaum Sunnah bagi menyembunyikan fahaman Wahhabiyyah ini. Adakah kita sanggup melihat ini berlaku di bumi Malaysia ini?

11. Tak perlu cari bukti jauh-jauh, para pembaca tanyalah mana-mana umat Islam Ahli Sunnah dan Jamaah yang berasal dari Pakistan ataupun Iraq. Penulis sendiri pernah berbincang hal ini dengan seorang pensyarah (Dr.) yang berasal daripada Iraq dan masih lagi mengajar di IPTA di Malaysia ini.

12. Begitu ramai ulama’ yang menulis mengenai Wahhabiyyah menyifatkannya sebagai golongan Khawarij. Fahaman Khawarij yang berasaskan “Takfir” [mengkafirkan umat Islam] adalah sebab berlakunya timbul golongan-golongan yang ekstrim atas nama agama. Imam Abu Zahrah – seorang ulama’ besar al-Azhar – ada menyebut berkenaan al-Wahhabiyyah yang bersikap seumpama Khawarij ini seperti di bawah:

Dan dapat dilihat bahawa ulama’ Wahhabiyyun mewajibkan pendapat mereka ke atas orang lain sebagai kebenaran yang tidak boleh disalahkan, dan mereka melihat pendapat orang lain sebagai kesalahan yang tidak boleh diperbetulkan, bahkan mereka mengganggap bahawa orang lain yang membuat binaan di perkuburan dan mengelilingi kawasan tersebut adalah seumpama penyembah berhala, dan mereka di dalam hal ini seumpama Khawarij yang mengkafirkan dan memerangi golongan lain yang berbeza pendapat dengan mereka sepertimana yang telah kami sebutkan.”

(Imam Abu Zahrah. Tarikh al-madhahib al-Islamiyyah: ms: 201)

13. Banyak lagi bukti yang akan kami kemukakan di masa akan datang, cuma kami gambarkan di sini terlebih dahulu bagaimanakah fahaman Salafiyyah Taymiyyah berkembang menjadi Salafiyyah Wahhabiyyah dan akhirnya menjadi Salafiyyah Wahhabiyyah Irhabiyyah seperti yang dipegang oleh Osama Ibn Laden.

Berdasarkan gambaran tersebut: Semakin jauh tersimpang daripada garis lurus dengan berlalunya masa yang lebih panjang, kaedah Takfir [Tauhid Tiga] yang dimulakan oleh Ibnu Taymiyyah suatu masa dahulu telah berkembang menjadi bertambah buruk.

14. Ya, kita tidak boleh menyatakan Ibnu Taymiyyah dan Muhammad Bin Abdul Wahhab bersalah 100% di atas semua yang berlaku ini, namun kita tidak boleh juga menafikan bahawa gerakan ekstrimis agama (atau Irhabiyyah) ini membina tapak asas mereka di atas fahaman Takfir yang di bawa dan dikembangkan oleh dua individu tersebut.

Wallahu a’lam.

1 comments:

Unknown said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

Fakeh Khalifah Saka