Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;
1. Sejak akhir-akhir ini, penulis melihat berlaku beberapa perkembangan di dalam gerakan dan fahaman Salafiyyah Wahhabiyyah di Malaysia.
2. Pendekatan mereka sejak akhir-akhir ini lebih lembut dan lebih berwaspada atau mungkin lebih “licik”. Mungkin mereka telah sedar bahawa gelagat mereka diperhatikan dan dinilai oleh ramai “Sarjana” Islam di luar sana.
3. Cara mereka mempertahankan pegangan dan amalan mereka mula nampak lebih lembut walaupun “isi”nya masih sama. Mereka mula menunjukkan sikap agak terbuka untuk lebih diterima oleh masyarakat Islam di Malaysia.
4. Namun begitu, sesuatu yang melucukan ialah apabila mereka mula gelabah apabila dilabel sebagai “menyeleweng”. Rujuk tulisan mantan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Mohd Nakhaie Ahmad di dalam Majalah Milenia Muslim.
5. Gegak gempita seluruh Malaysia mereka berkokok dan tuduhan “hasutan” dilontarkan kepada Datuk Mohd Nakhaie. Hampir seluruh akhbar harian di Malaysia menyentuh isu ini. Datuk Nakhaie juga didesak untuk minta maaf di atas penulisan beliau.
6. Lihatlah sikap mereka:
a. Apabila mereka mengkritik, itu namanya “ILMIAH” dan “KESARJANAAN”; apabila mereka dikritik, itu namanya “FITNAH” dan “HASUTAN”,
b. apabila mereka merubah dan “menghasut” masyarakat meninggalkan amalan-amalan yang baik, itu namanya “TAJDID” dan “ISLAH”
c. apabila mereka melontarkan pendapat yang pelik dan shazz, itu namanya “MENGIKUT SUNNAH”,
d. apabila mereka menolak pendapat umat Islam yang lain, itu namanya “MENENTANG BID’AH DAN KHURAFAT”,
e. dan lain-lain……
7. Lupakah mereka segala kata-kata kesat dan tuduhan mereka dengan sesat, kufur dan bid’ah terhadap umat Islam yang lain selama ini? Bilakah mereka akan memohon maaf di atas “keculaparan” mereka terdahulu?
8. Bila terkena atas batang hidung sendiri, baru nampak gelabah dan tak senang duduk.
9. “Sikap Suka Mengkritik Orang Lain tetapi Tidak Menerima Kritikan Orang Lain” begitu terserlah. Ya! Sememangnya sikap ini telah banyak disebutkan oleh para ulama’ yang menulis tentang Salafiyyah Wahhabiyyah.
10. Semoga insiden seperti ini dapat memberi sedikit pengajaran buat mereka yang berfikir di luar sana.
Selamat Menyambut Ramadan dan Mencari Laylatul Qadr..
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
1 comments:
Assalamualaikum WBT Saudara-saudara dari kalangan Al-Ashairah,
Merujuk kepada:
Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu;
Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:
"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesunggunya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"
Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' empat mazhab terdahulu yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan?
Berdasarkan keterangan diatas besarlah harapan saya yang dhoif dan lemah ini inging mendapat kepastian tentang pandangan mutlak dari Imam-iman yang empat dari kalangan Mazhab Ahlis Sunnan dan Jemaah berkenaan dengan keislaman seluruh pengikut Mazhab Syiah di serata dunia. Saya berserta jemaah sunni yang jahil dalam perkara ini berharap mendapat petunjuk dan hidayat dari Allah SWT serta dengan Ahlul Bait Rasulullah SAW... Wassalam.
Post a Comment