Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Monday, March 25, 2013




Semoga Allah SWT merahmati al-Marhum Shaykh Dr. Uthman el-Muhammady, salah seorang permata ASWJ di bumi Malaysia ini.

Semoga perjuangan ASWJ sentiasa berterusan dan silih berganti dari generasi ke generasi yang lain. Penulis pernah bersama-sama dengan beliau di dalam beberapa urusan dan penulis sangat menghormati serta mengkagumi kebaikan dan kesantunan watak Shaykh kita ini.


Ketika penulis bersama beliau, mulut beliau sentiasa bergerak membaca zikrullah serta jari-jemari beliau sentiasa bergerak menghitung zikrullah. Apabila penulis bertanya adakah beliau ada mengamalkan mana-mana tariqat muktabar, beliau menjawab bahawa beliau beramal dengan amalan yang dianjurkan oleh Imam al-Ghazali r.a.

Satu perkara yang paling sukar dicari ganti ialah kesungguhan beliau dalam mempertahankan ASWJ dalam mendepani golongan seperti Wahhabism, Pluralism, intellectuals yang menyeleweng yang melihat ibadat sebagai ritualism, dan lain-lain. Kefahaman beliau tentang sejarah, aqidah dan bahaya golongan Wahhabiyyah sangat mendalam. Minat beliau yang mendalam di dalam bidang ilmu adalah luar biasa.

Beliau menegur beberapa agamawan agar sentiasa kembali kepada kerangka ASWJ dan beliau sering menekankan agar para ustaz sentiasa kembali kepada kerangka ASWJ.

Semoga Allah SWT merahmati tokoh kita ini dan meletakkan beliau di kalangan para solihin.

Al-Fatihah buat al-Marhum Shaykh Dr. Uthman el-Muhammady..

Pemergian Shaykhuna Dr. al-Buti dan Shaykh Dr. Uthman el Muhammady adalah merupakan kehilangan besar buat pejuang ASWJ dan umat Islam ....................

Firman Allah SWT (al-Ahzab: 23):

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً

[23]Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

0 comments: