Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Friday, January 10, 2014

1 comments:

Jabalnur said...

Admin blog ini pendusta, pembid'ah dan pemfitnah:

Beliau mengalihkan fatwa Jabatan Mufti Selangor, dan menambahkan apa yang beliau tuduh kononya "wahabi" menjisimkan Allah bila beliau mengeditkan poster tersebut:

"Kepercayaan bahawa Allah duduk bersila dan bertempat adalah keprcayaan Musyabbihah atau Mujassimah...."

Tidak ada siapa dari kalangan orang yang dituduh "wahabi" berkata seperti yang dia tulis.

Sifat uluw Allah ini kami imani seperti kata Imam Malik r. a., istiwa itu diketahui, tetapi, tentang bagaimana Allah istiwa itu tidak diketahui (majhul) beriman dengannya wajib, dan bertanya tentangnya adalah bed'ah. . "