Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;
TERJEMAHAN BERITA
Kaherah - Al-Hayah
Kaherah - Al-Hayah
Selasa, 5 April 2011
Sheikh al-Azhar Dr. Ahmad al-Tayyib menyifatkan golongan Salafi (Salafiyyin) sebagai “Khawarij Masa Kini”. Dalam masa yang sama, beliau memberi amaran bahaya tentang wujudnya “rancangan untuk mengubah pemikiran dan manhaj Al-Azhar yang pertengahan dan sederhana yang telah dipelihara oleh Al-Azhar lebih daripada seribu tahun.
Beliau juga menyatakan bahawa:
“Aqidah Al-Azhar al-Sharif adalah Aqidah Al-Ash’ari (Al-Ashairah) dan al-Maturidi (Al-Maturidiyyah) dan (berpegang dengan) fiqh Imam Yang Empat serta Tasawwuf Imam al-Junayd.”
Dr. Ahmad al-Tayyib juga mengkritik pencerobohan golongan Salafi ke atas kawasan perkuburan dan maqam para Awliya’ dan dengan tegas menyatakan bahawa amalan tersebut sebagai bertentengan dengan ajaran Islam yang sebenar, ini dinyatakan di hadapan ratusan pelajar-pelajar asing yang mengikuti pengajian di Al-Azhar semalam. Dan Al-Azhar:
akan terus berkekalan di atas mazhab Al-Ash’ari dan memelihara pemikiran tasawwuf yang benar dan yang telah didokong oleh puluhan (ramai) para shuyukh (ulama’) Al-Azhar di dalam sejarahnya.
Penegasan beliau ini datang pada waktu golongan-golongan ekstrim menceroboh dan memusnahkan masjid-masjid ahli sufi di mana sebahagian golongan Salafi telah menyalakan api di maqam Sayyid Izz al-Din di daerah Manufiyyah (Delta Nil) sehingga maqam tersebut terbakar sepenuhnya sebelum pihak pertahanan awam dan bomba sempat memadamkan api tersebut daripada merebak ke masjid yang bersebelahan dengannya.
Dalam waktu yang sama, Universiti Al-Azhar telah memutuskan untuk membuat penyiasatan ke atas seorang profesornya di Fakulti Kejuruteraan, Dr. Muhammad Ridha Muharram yang didakwa telah menggambarkan (Nabi) Muhammad SAW sebagai “tokoh terbesar sekular di dalam sejarah manusia” di dalam banyak syarahan akademiknya kepada para pelajar yang telah menyebabkan kemarahan terhadapnya bertukar menjadi demonstrasi.
Rektor Universiti Al-Azhar Dr, Usamah Al-Abd telah menegaskan kepada “[wartawan] al-Hayah” bahawa satu komiti/lujnah undang-undang akan dibentuk untuk penyiasatan isu tersebut dengan Profesor (tersebut) dan beliau menerangkan bahawa “pembentukan lujnah tersebut dibuat sebagai satu reaksi kepada demonstrasi yang telah dilakukan oleh mahasiswa fakulti kejuruteraan dan daripada fakulti-fakulti yang lain.” Beliau juga menyatakan bahawa “pihak universiti telah memutuskan untuk menggantung Dr. Ridha Muharram daripada tugasnya sehingga selesainya penyiasatan dan keputusan yang sesuai telah dibuat berkenaan dakwaan yang dikenakan terhadapnya.”
[Selesai terjemahan]
Komentar penulis:
- Dr. Mahmud Subayh juga telah menulis mengenai kejahatan golongan Salafi di Mesir pada waktu ini yang telah menyerang banyak maqam-maqam para Awliya’ di bandar Qaliyub pada waktu tengah malam dan mereka telah menghancurkan empat maqam para awliya’ yang bersejarah iaitu : Sheikh Raddad, Sheikh Abdul al-Al, Sheikh al-Gharib dan Sheikh Jamaluddin dan hampir-hampir memusnahkan maqam yang kelima sebelum disedari oleh orang tempatan[Rujuk: http://www.msobieh.com/akhtaa/viewtopic.php?p=40460&sid=bfd24c86a8e09187a8550438a5460f76]
- Pencerobohan dan pemusnahan maqam para awliya’ dengan biadap juga telah dilakukan baru-baru ini oleh golongan Salafi Wahhabi di Somalia i.e. golongan al-Shabab dan Hizb al-Islami.
- Ini merupakan lanjutan daripada apa yang telah dilakukan oleh oleh golongan Wahhabi di era kebangkitan mereka. Bahkan, usaha-usaha mereka untuk mengeluarkan maqam Nabi Muhammad SAW daripada masjid nabawi masih kedengaran sehingga hari ini.
- Atas nama Tauhid Uluhiyyah, mereka mengkafirkan sedara Islam mereka dengan dakwaan menyembah kubur, memusnahkan kubur para awliya’ sedangkan para Sahabat r.a. tidak pernah meruntuhkan binaan rumah Saidatina Aishah r.a. dan Rasulullah SAW yang akhirnya menjadi binaan bagi maqam Baginda SAW, Saidina Abu Bakr r.a. dan Saidina Umar r.a.. Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa Nabi Isa a.s. juga akan dimaqamkan di kawasan tersebut nanti. Allah! Allah!
- Bahkan lebih dari itu, Rasulullah SAW telah dibawa menziarahi maqam Nabi Musa a.s. dan Bayt al-Lahm tempat lahir Nabi Isa a.s. sebelum beliau pergi ke Bayt al-Maqdis dalam peristiwa al-Isra’ dan al-Mi’raj yang menunjukkan kemuliaan tempat wafat dan lahirnya para anbiya’.
- Lihatlah wahai saudara permusuhan mereka terhadap saudara islam mereka dan para awliya, bahkan anbiya’! di atas nama Tauhid Uluhiyyah ciptaan dan tafsiran mereka! Sedangkan perkara ini telah dibincangakan dengan panjang lebar oleh ulama’ Ahli Sunnah kita …….
- Sememangnya dan tidak diragui lagi sepertimana kata Sheikh al-Azhar Dr. Ahmad al-Tayyib dan ratusan ulama’ yang lain bahawa “SALAFI WAHHABI adalah KHAWARIJ ZAMAN/MASA KINI”.
- Ya Allah! Rahmatilah umat ini, berkatilah umat ini, peliharalah umat ini, dan tampunglah kekurangan umat ini dengan berkat kekasih Mu Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarga dan para sahabat baginda serta para ulama’ Ahli Sunnah dan Jama’ah sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Allahumma Amin!
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
11 comments:
Salafi diterjemah sebagai golongan terdahulu kan?
Kalau ikut hadis yg diberi time permulaan tu, mcm salafi je yg betul, sbb as-shairah menyokong imam yg 4, walhal salafi merujuk terus kepada para sahabat, iaitu golongan terdahulu, tanpa menolak pun imam yang 4 nih.
ke saya salah faham? mohon penjelasan...
Bismillah
Selawat dan salam atas Rasulullah SAW
al-Salaf adalah merujuk kepada golongan generasi terdahulu terutama 3 kurun yang pertama dan sebahagian ulama' menyatakan 5 kurun yang pertama.
Khalaf bermaksud pengganti yang baik bagi generasi terdahulu.
Khalf bermaksud pengganti yang buruk/jahat bagi generasi terdahulu.
Oleh itu, para ulama' menyatakan bahawa kita mengikut salafus soleh (generasi terdahulu yang soleh) yang dibawa oleh khalaf tayyib (generasi yang baik selepas salafus soleh).
al-Salafiyyah adalah nama yang diberikan oleh Imam Abu Zahrah dan para ulama' lain kepada fahaman dan metodologi ilmiah Ibnu Taymiyyah kerana beliau sering mendakwa sebahagian pegangannya sebagai pegangan salafus soleh, walaupun dipertikaikan oleh majoriti ulama'zamannya dan zaman selepasnya.
Al-Wahhabiyyah adalah istilah yang diberikan oleh Imam Abu Zahrah dan ramai ulama' lain bagi aliran fahaman Muhammad Ibn Abd al-Wahhab yang sebahagiannya merupakan kembangan daripada fahaman al-Salafiyyah yang dibawa oleh Ibnu Taymiyyah tetapi dibawa dalam bentuk yang lebih keras dan disokong kekuatan tentera, kerajaan dan wang.
al-Salafiyyin adalah merujuk kepada golongan yang sering mendakwa mereka sebagai pengikut salafus soleh sedangkan mereka sebenarnya di atas jalan al-salafiyyah al-wahhabiyyah.
Dakwaan memang mudah dibuat, namun untuk mengetahui sama ada dakwaan itu benar atau salah, kita perlulah merujuk kepada majoriti ulama' Islam.
Wallahu a'lam wahuwa yahdi ila al-sirat al-mustaqim.
Muhammad bin Abdul Wahab ni kiranya berjasa juga le kan sebab dia menghapuskan syirik dan amalan yang tiada kaitan dengan islam ketika di tanah arab ketika itu. Jadi xleyh la juga kita menghukumnya secara total hanya kerana kekerasan yang dibawanya pada ketika itu?
Berdasarkan penerangan saudara, Salafi ini manhaj yang benar la kan? Cuma bila ada dipengaruhi wahabi tu yang jadi nampak mcm negetif ek?
Kalau kebenaran tu ditimbang kepada kritikan ramai ulama', bermaksud mazhab Hanafi juga perlu ditakrifkan sebagai sesat kerana ulama' sezamannya yang ramai berfahaman muktazilah telah mempertikaikan tindakannya kerana tidak mengiktiraf Al-Quran sebagai makhluk. Jadi berdasarkan maklumat ilmu saya yang sedikit ni, majoriti ulama' tidaklah menentukan sesuatu itu benar, tetapi ditimbang kepada Al-Quran dan hadis. Ini pendapat saya yang lemah saja. Sedia untuk dikritik. Saya muslim yang aware dengan keadaan muslim. ^_^
Terima kasih.
Maafkan saya kerana saya tidak berminat untuk memanjangkan perbincangan di ruang sebegini. Saya hanya menjawab mana yang saya rasa perlu.
Afwan.
semoga Allah Memberi rahmat kepada kita
Di Sulu salah sebuah maqam para wali yang terletak di atas gunung Tumantangis selalunya dikunjungi para Tausug, setelah golongan Salafi berganding bahu [secara tidak zahir] dengan tentara Filipina para pengunjung tidak lagi berani naik mengunjungi maqam. Kerana setiap kali ada datang Tentera Filipina akan menembak dengan alasan ianya Abu Sayyaf.
Di Bandar Jolo pula para ustadz Salafi tidak habis-habis melabelkan para pengunjung sebagai ahli bidaah, penyemba kubur dan sebagainya.
YA Allah jauhkan kami dari fitna Najdis ini.
Elok kita renung sejenak huraian SIFAT 20 dan hubungannya dengan kalimah NAFI ISBAT yang di cungkil daripada kitab Sheikh Abdul Kosim. Penerangan ringkas ada di
http://www.siapaallah.blogspot.com
@sang pujangga: zamannya hanafi muktazilah bukanlah majoriti, jdi tdk relefan bila disandingkan dgn definisi mayoritas ulama yg admin tulis dipostingan ni, ^_^ afwan
MEMAHAMI KARAKTER SALAFI
(INGAT BUKAN SALAF/SAAFIYYAH karena salaf adalah sebutan bagi santri pondok pesantren yg menanut paham syafi'ie di pulau jawa )
Mungkin saat kita berdiskusi dengan golongan yang mengaku sebagai salafi, salafiyun atau salafush shalih, akan menimbulkan kesan bahwa golongan ini merasa paling benar sendiri dan cenderung mencela golongan lain. Sehingga TIDAK ADA GOLONGAN yang begitu aktif mencela golongan lain selain salafi,NAUDZU BILLAH....
Secara tidak sengaja saya memperoleh jawaban atas karakter salafi tersebut dari sebuah buku karangan ulama salafi dengan judul Menepis Penyimpangan Manhaj Dakwah karangan Abu Abdillah Jamal bin Farihan Al-Haritsi namun Mungkin buku tersebut dimaksudkan memberikan nasehat kepada golongan yang dianggap menyalahi as-Sunnah dan mereka yang tidak termasuk golongan salafi, tetapi secara tidak sadar buku tersebut telah menelanjangi KARAKTER ASLI SALAFI. Dalam tulisan ini akan diungkapkan karakter salafi dan bantahan terhadap pendapat mereka. Karakter-karakter salafi dapat kita simpulkan sebagai berikut :
1. Salafi merasa dirinya yang paling benar.
karena mereka meyakini kebenaran hanya satu, indikasi yang terdapat dalam hadits hanya satu golongan yang masuk syurga dari 73 golongan adalah golongan salafi, serta salafi menganggap sesat dan bid’ah golongan yang berseberangan ijtihad dengan mereka. Sehingga sulit bagi salafi untuk menerima ijtihad yang berbeda dengan mereka dan sangat taqlid dengan ijtihad ulama-ulama mereka.
2. Salafi cenderung mencela golongan lain.
karena salafi diperintahkan untuk mengungkapkan semua keburukan golongan sesat dan bid’ah itu dan dilarang mengungkapkan secuil-pun kebaikan mereka. Karena mengungkapkan kebaikan mereka akan menyebabkan orang lain mengikuti golongan sesat dan bid’ah itu. Sehingga tidak heran jika buku-buku dan website-website salafi banyak memuat celaan sesat dan bid’ah kepada golongan lain.
3. Salafi juga melarang untuk berkasih sayang,berteman dengan golongan selain mereka, bahkan tidak boleh shalat di belakang mereka, salafi menyesatkan ulama yang mereka anggap ahlu bid’ah.
melarang memuji, mengagungkan, membaca kitab dan mendengarkan kaset ulama-ulama tersebut. Sehingga salafi akan mengalami kesulitan dalam menjalin ukhuwah dengan golongan lain, malah akan menimbulkan pertentangan dan perpecahan dengan golongan lain.
4. Salafi akan menghambat gerak da’wah golongan yang dianggap sesat dan bid’ah oleh mereka.
bahkan harus memusnahkan mereka (golongan da’wah dan partai politik), karena golongan itu dianggap akan meracuni umat dan menimbulkan perpecahan. Sehingga akan timbul benturan di medan da’wah antara salafi dengan golongan lain, karena golongan lain merasa dihalang-halangi saat berda’wah di area-area yang dikuasai oleh salafi.
Diharapkan setelah memahami karakter salafi ini, kita mampu mengantisipasi menghadapi golongan seperti ini. Tetapi jangan kaget, jika penjelasan dari kitab-kitab salafi di atas, akan ditemukan pertentangan dalam kitab-kitab salafi yang lain. Karena di antara ulama salafi sendiri bisa terjadi saling pertentangan, seperti halnya terpecahnya salafi dalam beberapa golongan.
Wallahua’lam Bishowab
benar,asal-usul dakwah salafi ialah untuk menyelamatkan nas-nas islam dari penafsiran akal yang melampau oleh muktazilah.namun apabila ia bergerak mengikut zaman,akhirnya dakwah ni didukung oleh orang-orang bodoh yang berfikir bahawa sumber islam ialah quran sunnah sahaja tanpa mahu memahami sejarah munculnya dakwah tu sniri oleh imam ahmad rahimahullah....
jika benar mahu mengikut para sahabat,maka jangan mengkafir sesama muslim dan berakhlaklah dengan baik sebab para sahabat tak bunuh dan kafirkan saudara islamnya!
berani ana katakan setiap surau/masjid dikaws kita kurang org islam solat berjemaah.ketika azan banyak org yang mengaku islam tak solat .apa perlu kita buat ya? agama tengah diruntuh oleh org sekeliling kita?mayday!
Post a Comment