Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Sunday, May 2, 2021

 EDISI KHAS BONGKAR AQIDAH SEBENAR GOLONGAN WAHHABIYYAH/SALAFIYYAH/ TAIMIYYŪN  YANG MENDAKWA KEPADA AKIDAH SALAF


أستغفر الله العظيم

Dua pesanan awal:

1. Kajian ini agak berat, panjang dan WAJIB baca sampai habis. Pertama kajian siapa al-Dārimiy ini dan kedua kajian isi kitab beliau.

2. Sebarkan seluasnya tulisan ini bagi menyingkap siapa sebenarnya Wahhabiyyah/Salafiyyah ini.


Sejak kebelakangan ini, semakin rancak golongan Wahhabiyyah/Salafiyyah termasuk pelapis-pelapis muda mereka seperti Saudara Adam Iman هداه الله mengajak masyarakat kita yang umumnya telah berpegang dengan Akidah Àsyā’iroh selama ini kepada Akidah Salaf mereka.


Mari kita telusuri sama-sama dengan Hidayah dan Taufiq Allah. Wahhabiyyah mengajak kita supaya membaca dan berpegang dengan Akidah Imam-Imam Salaf mereka di antaranya ialah :

AL-IMĀM ABŪ SA’ID UTHMAN BIN SA’ID AL-DĀRIMIY (280H). Siapakah beliau? 


1.Beliau bukanlah al-Imām Abī Muhammad Abdullah al-Dārimiy (255H) pengarang Sunan al-Dārimiy.


2.Beliau disifatkan oleh al-Imām al-Zahabiy di dalam Siyār A’lām an-Nubalā’ (13/319-320)sebagai al-Imām, al-‘Allāmah, al-Hāfiz dan al-Nāqid. Seorang Ahli Hadith yang sangat hebat.

3. Ada mengarang dua buah kitab akidah yang menjadi rujukan penting golongan Salafiyyah/Wahhabiyyah iaitu:

١. الردّ على الجهمية

٢. الردّ على بشر المرّيسي

4. Namun, oleh kerana terlalu taksub dan melampau menolak golongan Jahmiyyah, beliau jatuh ke lembah TAJSĪM DAN TASYBĪH yang tercela dan menjadi seorang MUJASSIM yang melampau pada mengithbatkan sifat-sifat Allah.


5. Al-Imām al-Zahabiy di dalam Kitab al-‘Uluw (halaman 214) berkata: 

“Terdapat di dalam kitab al-Dārimiy (al-Radd ‘àlā al-Marrisiy juga dipanggil dengan nama al-Naqd) perbahasan-perbahasan yang mencengangkan bersama al-Marrisiy. Al-Dārimiy MELAMPAU pada MENGITHBATKAN (sifat Allah). Diam daripadanya itu lebih hampir dengan manhaj salaf dulu dan kini .”


6. Al-Zahabiy juga mengkritiknya kerana beliau mengatakan bahawa “Umat Islam semua sepakat satu suara bahawa Allah Ta’ālā berada di atas ‘arasy, di atas langit-langit”. Lihat al-Siyār (13/325).


7. Al-Syaikh Nasiruddin al-Albāniy juga mengkritik al-Dārimiy kerana MELAMPAU pada ITHBĀT sifat Allah di dalam kitabnya: الرد على المريسي sekaligus mengkritik al-Syaikh al-Muàllimiy al-Yamaniy (tokoh hadith Salafiyyah) yang mempertahankan pegangan TAJSĪM al-Dārimiy yang menyabitkan bagi Allah sifat berdiri, duduk, bergerak, berat, menetap pada suatu tempat, had (batas) dan umpama demikian. Lihat [Al-Tankīl Lī al-Mu’allimiy 2/572 Tahqiq dan Ta’liq al-Syaikh al-Albāniy].


8. Kitab al-Dārimiy ini menjadi rujukan paling penting dalam akidah TASYBĪH atau  ITHBĀT Makna Zahir Lafaz dan Serah Kaif kepada Allah. Sedangkan Ahli Sunnah yang TAFWIDH ialah serah Makna kepada Allah dan menafikan Kaif .Mereka masing gagal memahami perkataan ulama-ulama Salaf yang menafikan Kaif seperti بلا كيف , لا يقال كيف، والكيف عنه مرفوع، والكيف غير معقول dan mereka menyamakan dengan perkataan والكيف مجهول kerana mengikut tafsiran Ibn Qayyim {in syāaLlāh akan dibongkar pada edisi seterusnya In syāaLlāh}. 


9. Hal ini demikian kerana Ibn Qayyim mengatakan kedua kitab al-Dārimiy tersebut antara kitab tentang Sunnah (Tauhid) yang paling hebat dan paling bermanfaat. Tambahan pula Ibn Taimiyyah MEWASIATKAN dengan sekuat-kuat wasiat kepada para pengikutnya dengan dua kitab al-Dārimiy ini dan Ibn Taimiyyah sangat mengagungkan kedua kitab ini kerana ada padanya huraian Tauhid dan Asmā’ wa al-Sifāt dengan hujjah akal dan naql yang tidak ada pada selain keduanya menurut Ibn Taimiyyah. Rujuk [ Ijtimā’ al-Juyūsy al-Islāmiyyah karangan Ibn Qayyim halaman 174].

Pesanan dan wasiat Ibn Taimiyyah ini sama seperti wasiat Saudara Adam Iman dan Salafiyyah yang lain.


SEKARANG, MARI LIHAT DAN NILAI DENGAN HIDAYAH ALLAH APA YANG ADA DI DALAM KITAB AL-DĀRIMIY INI ( الرد على المرّيسي)


1. Halaman 20:

“Tuhan al-Hayy al-Qayyūm melakukan apa yang Ia kehendak, BERGERAK apabila Ia kehendak, TURUN dan NAIK apabila Ia kehendak, Qobd dan Bast apabila Ia kehendak, BERDIRI dan DUDUK apabila Ia kehendak, kerana tanda sesuatu antara hidup dan mati ialah BERGERAK, tiap-tiap yang hidup itu BERGERAK semestinya dan tiap-tiap yang mati itu tidak bergerak semestinya”. 

Beliau (al-Dārimiy menqiaskan Tuhan dengan manusia dan haiwan). Maha Suci Allah ليس كمثله شيء . 

Pentashih dan Penta’liq kitab ini , al-Syaikh Muhammad Hāmid yang merupakan Ketua Jemaah Ansōr al-Sunnah al-Muhammadiyyah (Salafiyyah di Mesir) juga mengatakan bahawa lafaz-lafaz tersebut tidak ada dalam al-Quran dan Al-Sunnah, maka kita tawaqquf daripada menyifatkan Allah dengan demikian.


Ke mana hilangnya slogan yang sering dilaungkan:

لا نصف الله إلا بما وصف به نفسه، ونثبت لله ما أثبت لنفسه


2. Halaman 23: 

- “Orang yang membantah (Al-Marrīsiy) juga mendakwa bahawa sesungguhnya tidak ada bagi Allah HAD (batas) dan GHOYAH dan NIHAYAH (penghujung). Inilah asal (asas) yang mana Jahm Bin Sofwan bina di atasnya segala kesesatannya. Dan terbit daripadanya oleh segala kesalahannya.” 

- “Dan ada bagi Allah HAD yang tidak seorang pun yang mengetahuinya selain Dia”

- “Dia (Allah) berada di atas ‘arasynya di atas segala langit. Maka ini dua HAD”.

-Sekali lagi Pentashih kritik al-Dārimiy dengan mengatakan lafaz الحد tidak ada dalam al-Quran dan al-Sunnah.

- Ibn Taimiyyah sangat kuat dan melampau pada mengithbatkan sifat الحد bagi Allah sehingga mengkafirkan orang yang tidak menyabitkannya. (In syāaLlāh akan dibahas secara berasingan pada edisi seterusnya).

-Al-Dārimiy dan Ibn Taimiyyah lupa dan tidak tahukah bahawa al-Imām Ahmad Bin Hanbal رحمه الله antara orang yang menafikan الحد bagi Allah Ta’āla???

Imām Ahmad رحمه الله berkata: 

والله تعالى لم يلحقه تغير ولا تبدل، ولا يلحقه الحدود قبل خلق العرش، ولا بعد خلق العرش.

Terjemahanya: Allah Ta’ālā tidak menghubungi (tidak boleh dikatakan) akannya oleh perubahan dan pertukaran, dan HAD-HAD sebelum penciptaan ‘arsy dan juga selepas penciptaan ‘arsy. Lihat [Tobaqōt al-Hanābilah 2/297]


Jika menurut al-Dārimiy, adakah al-Imām Ahmad juga Jahmiyyah kerana menafikan HAD? 

Jika menurut Ibn Taimiyyah, adakah al-Imām Ahmad juga Jahmiyyah dan Kafir? والعياذ بالله. 

Adik-adik yang baru nak kenal dengan Salafiyyah hati-hati.


3. Halaman 25: 

كل أحد بالله ومكانِه أعلم من الجهمية

Terjemahannya: “Tiap-tiap orang lebih kenal Allah dan lebih kenal tempatNya daripada Jahmiyyah”.

Jelas-jelas ia menyabitkan tempat dan arah bagi Allah. Maha Suci Allah. 


4. Halaman 29:

“Dan jikalau Allah tidak ada DUA BELAH TANGAN yang dengan keduanya Allah menciptakan Nabi Adam عليه السلام dan MEMEGANG/MENYENTUH Nabi Adam عليه السلام sebenar-benar pegang seperti yang kamu (al-Marrīsiy) dakwa, NESCAYA tidak boleh dikatakan بيدك الخير  , وأن الفضل بيد الله “. 

Ini jelas TAJSĪM dan TASYBĪH kerana mengQIYASKAN Allah dengan Manusia. قياس الغائب على الشاهد.


5. Halaman 48:

“Dan pada takwilan (tafsiran) bagi Sabda Nabi صلى الله عليه وءاله وسلم ((Sesungguhnya Allah bukan A’war (buta sebelah mata) )) ada penjelasan bahawa Allah ialah Yang Melihat mempunyai DUA BELAH MATA bersalahan dengan al-A’war”. 

Jelas menyabitkan kedua belah mata seperti makhluk. Maha Suci Allah.


6. Halaman 74:

“Dan sesungguhnya Allah benar-benar DUDUK di atas kursiy. Dan tidaklah ada ruang lebih daripada kursiy tersebut melainkan sekadar empat jari, Dan Ia (Allah) membuka keempat-empat jariNya. Dan ada bagi Allah suara أطيط seperti suara ar-Rahl (reka di atas badan binatang kebiasaanya untuk mengangkut barang) yang baru apabila ditunggang oleh mereka yang memberatkannya”.


7. Halaman 80:

“sesungguhnya Allah menyifatkan diriNya bahawa Ia ada pada satu tempat tidak pada tempat yang lain. Allah menyebutkan bahawa Ia di atas ‘arasy dan ‘arasy di atas langit-langit. Yang demikian diketahui oleh kebanyakan orang-orang perempuan dan kanak-kanak. Bagaimana dengan orang-orang lelaki??? Allah berkata الرحمن على العرش استوى ...... 

Ini jelas tafsiran yang didasari dengan fahaman Tasybīh. Maha Suci Allah.


8. Halaman 85:

“Dan jikalau Allah kehendak berada (istiqrōr) di atas belakang seekor nyamuk, nescaya Istiqlāl nyamuk tersebut dengan Allah......”.

Maha Suci Allah.


9. Halaman 100:

“Siapa yang beritahu engkau (al-Marrīsiy) bahawa puncak bukit itu tidak lebih dekat kepada Allah berbanding bawah bukit? Kerana sesiapa yang beriman bahawa Allah berada di atas ‘arasy di atas langit-langit mengetahui dengan yakin bahawa puncak bukit itu lebih dekat kepada segala langit berbanding bawah bukit, dan bahawa langit ketujuh lebih dekat dengan ‘arasy Allah.”


Sekadar ini sahaja kajian ringkas dalam الرد على المرّيسي yang menjadi rujukan dan dasar penting golongan Wahhabiyyah/ Salafiyyah/ Taimiyyah. 


Semoga mendapat Hidayah Allah dan mudah-mudahan Allah menjaga Umat Islam khususnya di Malaysia 🇲🇾 tercinta dari kekotoran Aqidah buruk Musyabbihah ini dan kekal aman sentosa dalam pegangan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamā’ah (Àsyā’iroh dan Māturidiyyah). 


Kepada semua, jangan mudah ditipu dengan dakwaan golongan Salafiyyah/Wahhabiyyah ini. Ada ulama Ahli Sunnah pergi menuntut dan menadah ilmu sebaiknya. Usaha dapatkan ADAB dan ILMU. كلاهما لا ينفكّان . Jangan bergantung kepada video-video di media sosial sahaja. Ada akal, nilai sendiri dan banyakkan berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan ke jalan dan manhaj yang benar. In syāaLlāh ada edisi bongkar seterusnya demi MENJAGA kesucian ajaran Islam menurut Aqidah Ahli Sunnah wal Jamā’ah sebagaimana manhaj AL-AZHAR AL-SYARIF dan pegangan rasmi negara kita sejak dulu.


DILARANG KOMEN YANG JAHAT-JAHAT DAN JAGA ADAB SEBAGAI UMAT ISLAM. 


اللهم وفّقنا لإصابة الصواب والحق ، وزينّا بالإخلاص والصدق، واختم لنا بالحسنى في لطف وعافية.


Ditulis oleh:

al-Faqīr ilaLlāh

خالد بن سبت بن عبد الله الأزهري

Azan Subuh 21 April 2020 / ٢٨ شعبان ١٤٤١هـ

Nasr City, Cairo, Egypt 🇪🇬 ❤️

0 comments: