Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Tuesday, May 26, 2020

KESESATAN PEMIKIRAN WAHHABI BERDASARKAN KITAB-KITAB TOKOH MEREKA

1) Al-Wahhabiyyah ialah satu kumpulan yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab yang terbit dari Najd, Hijaz ini telah membuktikan isyarat Nabi SAW dengan keluarnya tanduk syaithon di dalam riwayat Imam Al-Bukhari.

2) Muhammad bin Abdul Wahhab tidak mengakui seorang pun sebagai Islam di atas muka bumi selain jemaahnya dan semua yang menyalahinya dikirim orang untuk membunuh ketika tidur kerana dia mengkafirkan orang Islam dan halal darah mereka. Lihat kitab السحب الوابله ص 276 و حاشية رد المحتار ( ج4/262) dan selain keduanya.

3) Ulama’ sezamannya telah memberi peringatan untuk menjauhinya bahkan bapanya sendiri As-Syeikh Abdul Wahhab dan Abangnya As-Syeikh Sulaiman. Abangnya mengarang dua kitab untuk menolak Muhammad B Abdul Wahhab. Pertama فصل الخطاب فبي الرد على محمد بن عبد الوهاب kedua الصواعق الإلهية في الرد على الوهابية begitu juga gurunya memberi amaran seperti Muhammad b Sulaiman Al-Kurdi di dalam kitabnya Al-Fatawa.

4) Golongan wahhabi berkata sesungguhnya Allah duduk di atas ‘arash dan Allah duduk bersama Muhammad pada hari kiamat. Semoga Allah jauhkan kita daripada akidah yang kufur ini. Sila rujuk (كتاب مجموع الفتاوى (ج4/374) و بدائع الفوائد (ج4/40)

5) Golongan Wahhabi mempertahankan mereka yang mengatakan alam ini ada bersama dengan Allah Ta’ala sejak azali. Moga Allah jauhkan kita daripada akidah yang membawa kekufuran ini. Rujuk kitab-kitab berikut ;
 موافقة صريح المعقول (ج1/75) و منهاج السنة (ج1/24) و نقد مراتب الإجماع 168-شرح حديث عمران بن الحصين ص 193-شرح حديث النزول 161- مجلة التمدن محرم 1381ه ص 387

6) Golongan wahhabi mengatakan Allah Ta'ala ada mulut seperti yang tertulis alam kitab mereka yang bernama As-Sunnah mukasurat 77.

7) Golongan wahhabi mengatakan : Umat Nabi Muhammad syirik dan syirik mereka lebih teruk daripada syirik menyembah berhala. Rujuk kitab مجموعة التوحيد ص 266 و 281.

8 Wahhabi mengkafirkan ahli Syam, Maghrib, Yaman, Irak dan Mesir. Rujuk kitab فتح المجيد ص 217

9) Wahhabi mempertahankan mereka yang berkata neraka itu hancur tidak kekal seorangpun dan menganggap mempertahankan akidah ini mendapat pahala. rujuk kitab mereka حادي الأرواح ص 260 و التعليق على رفع الستار ص 32

10) Wahhabi mengatakan Siti Hawa رضي الله عنها adalah seorang musyrik seperti yang tersebut di dalam kitab Ad-Din Al-Khalish Juzuk 1 mukasurat 160.

11) Wahhabi mencela Sahabat Nabi yang Mulia iaitu Bilal b Al-Haarith Al-Mazani Radhiallahu ‘Anhu dengan kufur dan melakukan syirik. Ini terdapat di dalam ta’liq mereka kepada kitab Fathul Baari cetakan Dar Ar-Rayyan lilturath juzuk 2 mukasurat 575.

12) Wahhabi mengatakan : Abu Jahal dan Abu Lahab lebih kuat tauhid dan tulus imannya daripada sekalian muslim yang menyebut kalimah لا اله إلا الله محمد رسول الله. Rujuk kitab yang bernama كيف نفهم التوحيد ص 16

13) Wahhabi mengkafirkan mereka yang berpegang dan bertaqlid kepada satu mazhab daripada mazhab yang empat seperti yang tercatit dalam kitab yang bernama هل المسلم ملزم باتباع مذهب معين من المذاهب الأربعة dan mengatakan sesungguhnya taqlid itu raja kepada syirik seperti yang terdapat di dalam kaset salah seorang ulama mereka.

14) Firman Allah Ta’ala : “Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan sesiapa yang melakukan syirik denganNya” Wahhabi berkata “Sesungguhnya Allah mengampunkan setengah daripada syirik seperti terdapat di dalam kitab فتاوى الألباني ص 351

15) Imam Bukhari mengtakwilkan di dalam kitab sahihnya firman Allah “Setiap sesuatu akan binasa kecuali wajah Allah" (Surah Al-Qasas ayat : 88) dengan berkata kecuali kekuasaanya namun wahhabi mengatakan sesiapa yang mengtakwil dengan takwilan ini maka dia bukan muslim seperti tercatat di dalam kitab فتاوى الألباني ص 523

16) Wahhabi mengatakan sesungguhnya sesiapa yang solat dan berpuasa dan berkata dengan lidahnya “sahaja aku solat atau sahaja aku berpuasa” diazab di dalam neraka. Ini tercatat di dalam akhbar yang benama Australia Islamic review 26 march 9 April 1996 page 10.

17) Wahhabi menghalalkan darah sesiapa yang berselawat ke atas Nabi SAW secara kuat selepas azan dan menganggap ia lebih teruk daripada zina. Lihat akhir kitab Tarikh Al-Sultonah Al-Uthmaniyyah dan kitab Ad-Dalil Al-Kaafi.

18) Wahhabi mengharamkan sambutan maulidurrasul seperti yang terdapat di dalam kitab mereka فتاوى مهمة ص 45 dan hampir-hampir mengkafirkan mereka yang menyambut maulidurrasul seperti yang terdapat di dalam kitab صيانة الإنسان ص 233 tetapi mereka mengharuskan bagi mereka untuk berkumpul untuk ceramah sirah Muhammad b Abdul Wahhab sempena tahun kelahiran dan wafatnya. Lihat kitab هذا والدي ص 123

19) Wahhabi mengatakan bacaan Al-Quran kepada orang muslim yang mati termasuk di dalam kesesatan seperti di dalam kitab فتاوى مهمة ص 32

20) Wahhabi mengharamkan ziarah orang hidup kepada orang hidup pada dua hari raya. Lihat kitab فتاوى الألباني ص 63

21) Imam Ali Radhiallahu ‘Anhu mengatakan “Keluar pada dua hari raya kepada kubur termasuk daripada sunnah". Riwayat Al-Baihaqi. Tetapi wahhabi mengatakan haram ziarah kubur pada dua hari raya seperti tercatat di dalam kitab Fatawa Al-Albani.

22) Wahhabi bercita-cita untuk menghancurkan kubah hijau Rasulullah SAW dan menggalakkan kepada yang demikian. Lihat kitab تحذير الساجد ص 68

23) Sabda Nabi SAW :  من زار قبري و جبت له شفاعت “Sesiapa yang mengziarahi kubur aku dan diwajibkan baginya syafaat aku” Hadith disahihkan oleh Al-Hafiz As-Subki dan selainnya tetapi wahhabi mengharamkan ziarah kepada kubur Nabi SAW seperti di dalam kitab mereka الفتاوى الكبرى ص 142

24) Sabda Nabi SAW إذا كانت ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها و صوموا نهارها “Apabila malam nisfu Sya’ban maka dirikan malam dan berpuasalah pada sianghari” Riwayat Ibnu Majah tetapi wahhabi mengharamkan mendirikan malam nisfu sya’ban di dalam kitab mereka فتاوى مهمة ص 57

25) Firman Allah SWT : فالذين ءامنوا به و عزروه و نصروه و اتبعوا النور الذي انزل معه أولئك هم المفلحون “Maka orang-orang yang beriman kepadanya dan memuliakannya juga menolongnya serta mengikut cahaya yang diturunkan kepadaya (Al-Quran) mereka itulah orang-orang yang berjaya” Surah Al-‘A’raaf :157 tetapi wahhabi menghalalkan darah mereka yang membesarkan dan memuliakan Rasulullah SAW seperti tercatat di dalam kitab mereka مجموعة التوحيد ص 139

26) Nabi SAW bersabda : “Demi diri aku di dalam kekuasaanya, membunuh orang mukmin itu lebih besar di sisi Allah daripada seluruh isi dunia” Riwayat An-Nasaie tetapi wahhabi menghalalkan darah orang islam sehingga ke Timur Jordan di mana disembelih orang wanita dan kanak-kanak sehingga bilangannya mencecah 2750 lihat akhbar As-Sofa April 1924.

27) Wahhabi menghalalkan darah jemaah tabligh dan mengkafirkan ketua-ketua mereka As-Sheikh Khalid An-Naqsyabandi dan As-Sheikh Muhammad Ilyas dan As-Syeikh Muhammad Zakariyya, As-Sheikh Muhammad In’aam Al-Hasan Rahimahumullahu. Lihat kitab mereka القول البليغ في التحذير من جماعة التبليغ

28) Telah ittifaq ulama’ dan orang awam daripada orang Islam bahawa ayat ليس كمثله شئ و هو السميع البصير “Adalah Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dan Dia maha mendengar lagi maha melihat” Surah As-Syura : 11 di mana ayat ini menunjukkan mahasuci Allah daripada menyerupai makhluk adapun wahhabi berkata : ayat ini tidak sunyi daripada tasybih bagi Allah dengan makhluk seperti yang tertulis dalam kitab mereka بغية المرتاد ص 178

29) Sahabat Nabi Abdullah bin ‘Amr adalah beliau menggantungkan di atas tengkuk anaknya azimat yang daripada ayat-ayat Al-Quran dan daripada zikir. Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Al-Bukhari di dalam kitab mereka خلق أفعال العباد dan selain keduanya. Adapun wahhabi mengharamkan dan menjadikannya jalan-jalan kepada syirik di dalam kitab mereka iaitu فتاوى مهمة ص 111

30) Rasulullah SAW membenarkan wanita memakai emas sepertimana riwayat Ibnu Majah dan selainnya tetapi Al-Albani mengharamkan memakai gelang, rantai dan cincin dan seumpamanya daripada emas kepada wanita. Rujuk kitab آداب الزفاف ص 132

31) Wahhabi mengatakan orang yang berpuas jika bercium atau menyentuh atau bermesra-mesra atau berpelukan tanpa setubuh dan keluar mani atau mazi tidak membatalkan puasa. Ini dinaqalkan oleh penulis kitab الإنصاف عن زعيمهم ج 3 ص 301 و 315

32) Wahhabi mengatakan onani iaitu mengeluarkan mani samada sebab mencium isteri atau dengan tangan tidak membatalkan puas seperti yang tersebut di dalam kitab تمام المنه ص 418

33) Wahhabi mengharamkan ke atas umat Islam berkumpul untuk membaca Al-Quran atau mengajar agama sebelum solat Jumaat seperti yang terdapat di dalam majalah mereka ذكرى العدد السادس آب 1991 ص 25 و 26

34) Wahhabi mengharamkan menyebut “Sodaqallahul ‘Adzim” selepas membaca Al-Quran seperti yang tersebut di dalam majalah mereka البحوث العلمية

35) Wahhabi mengharamkan ke atas orang Islam kekal di Bumi Palestin dan menyuruh mereka keluar dan meninggalkan kepada Yahudi seperti terdapat di dalam kitab mereka فتاوى الألباني ص 18 و جريدة اللواء الأردنية في 7/8/1992

35) Wahhabi mengatakan As-Syeikh Hassan Al-Banna Rahimahullah sebagai musyrik kerana mengajak kepada syirik dan kesesatan seperti tertulis dalam majalah mereka المجلة العدد ى830 كانون الثاني 1996

36) Rasulullah SAW mengajar seorang lelaki buta agar berdoa
اللهم إني أسألك و أتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي لتقضى لي صححه
Hadith disahihkan oleh At-Thobrani dan selainnya tetapi wahahbi mengkafirkan mereka yang bertawassul dan beristighasas dengan Rasulullah SAW seperti yang terdapat di dalam kitab mereka مجموعة التوحيد ص 139

Semoga Allah memelihara kita dan anak cucu kita daripada fahaman takfir, tasyrik dan tabdi' yang menghalalkan darah umat Islam. Semoga apa yang saya catitkan ini kerana Allah tidak kerana yang lain selainNya.

Ayuh kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith sepertimana yang difahami oleh salafunassoleh daripada Imam-Imam mazahib dan para ulama yang tulus berantaian daripada Nabi Muhammad SAW sehingga kepada kita pada hari ini.

Allahul Musta'aan..

Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
BA (Hons) Usuluddin Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir

0 comments: