Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' aqidah ASWJ al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah (Hanafi, Maliki, Shafie dan majoriti Hanbali) yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Sunday, June 28, 2020

Kenapa wahabi tak termasuk dlm "Wal Jamaah"?

'Ahli Sunnah' ialah kita mengikuti sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, manakala 'Wal Jamaah' ialah kita mengikuti para sahabat, tabiin, tabi tabiin, imam2 mazhab, para ulama yg mengikuti mereka sampai hari kiamat.

Ini bermakna ASWAJA itu merangkumi generasi para sahabat, tabiin, tabi tabiin, para imam mazhab, imam2 hadith (salaf) dan para ulama yg mengikuti mereka sehingga hari kiamat (khalaf) yg mana semua mereka mengikuti apa yg diajarkan oleh baginda Nabi صلى الله عليه وسلم. Salaf dan khalaf itu berkesinambungan yg tidak terpisah antara satu sama lain. Itulah ASWAJA.
ASWAJA mempunyai disiplin ilmu yg kukuh utk dipelajari bagi memahami agama yg dibawa oleh Nabi صلى الله عليه وسلم.

Manakala golongan wahabi yg biasa didengar, mereka claim diri mereka sbg Salafiyyah. Mereka kata mereka hanya ikut golongan salaf saja. Dengan dakwaan sedemikian, dengan sendirinya mereka telah keluar daripada mengikuti golongan khalaf. Sanad pengajian mereka terputus krna tidak mau ambil ilmu daripada ulama khalaf. Oleh itu, di mana lagi kesesuaian utk kita mengatakan mereka ini ASWAJA?

Berdasarkan perkara ini, di mana 'wal jamaah'nya Wahabi?
 Sebab itulah tidak sesuai bagi pihak yg berpandangan bahawa wahabi termasuk juga ASWAJA sbab mereka bukanlah ASWJA, tetapi mereka golongan terpencil yg cuba utk mengambil alih nama 'ASWAJA' utk diletakkan kpd mereka, sedangkan mereka bukanlah golongan Sawad al-A'zam.

Berhati-hatilah dgn fitnah akhir zaman. Ianya umpama semut hitam yg amat kecil yg tidak kelihatan oleh mata kasar, melainkan mereka yg diberikan petunjuk bagi mengikuti jalan yg benar.

#Just Stay At Home.

Wallahua'lam.

By : Srikandi Aswaja.

0 comments: